omniture

Negara Pertama di Micronesia Warga Ekonomi St Kitts and Nevis Boleh Mengembara Tanpa Visa

CS Global Partners
2019-11-04 07:53 115

LONDON, 3 November 2019 /PRNewswire/ -- Republik Kepulauan Marshall bakal menjadi destinasi ke-155 yang membolehkan warga persekutuan St Kitts and Nevis masuk tanpa visa. Pada 26 Oktober, wakil-wakil daripada dua negara pulau ini menandatangani perjanjian penepian visa semasa satu majlis berlangsung di Taiwan.

Kepulauan Marshall ialah negara pertama dalam Micronesia yang membenarkan warga St Kitts and Nevis, sama ada warga tempatan atau ekonomi, memasukinya tanpa visa. Seseorang boleh menjadi warga ekonomi St Kitts menerusi Program Kerakyatan melalui Pelaburan (CBI).

Jasmine Huggins, Duta St Kitts and Nevis ke Taiwan, berucap semasa majlis penandatanganan pada hari Sabtu: "Kami menyedari keistimewaan mengembara ke tempat yang baharu dan jauh menyediakan peluang bagi perkembangan dan pembangunan diri dan hari ini kami menjadikan ia lebih mudah untuk warga negara kami." Menteri Luar Kepulauan Marshall, John Silk, mengalu-alukan kolaborasi yag lebih erat antara kedua-dua negara, yang hanya akan membawa makna bahawa "lebih banyak peluang akan terbuka untuk kedua-dua negara bekerjasama melalui pertukaran antara individu dan individu dengan hasrat untuk memupuk perhubungan diplomatik yang dipertingkat."

St Kitts and Nevis terkenal dengan keaktifannya melabur dalam meluaskan perhubungan diplomatik di seluruh dunia. Setakat ini, warga negara pulau kembar ini boleh mengembara tanpa visa perlepasan ke dua pertiga negara dan wilayah di dunia. Negara Caribbean yang kecil ini berada pada kedudukan ke 24 di seluruh dunia dari segi kemantapan pasportnya dan ke-30 bagi peraturan undang-undangnya. Ia juga turut memperoleh mata 10/10 bagi piawaian usaha wajarnya yang tinggi, menurut Indeks CBI 2019 FT Specialist.

Mereka yang berhasrat untuk menjadi warga St Kitts and Nevis boleh berbuat demikian tanpa perlu mempunyai hubungan terdahulu dengan negara ini.  Walaubagaimanapun, mereka perlu melepasi satu siri semakan usaha wajar dan membuat pelaburan minimum US$150,000 ke dalam Dana Pertumbuhan Mapan (SGF) di bawah program CBI. Diwujudkan pada tahun 1984, Program ini bertujuan menarik pelaburan langsung asing selepas St Kitts and Nevis memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom. SGF diperkenalkan oleh Perdana Menteri Timothy Harris sebagai laluan yang jelas untuk  memperoleh kerakyatan kedua di St Kitts and Nevis, tetapi ia juga merupakan satu cara untuk membiayai inisiatif-inisiatif sosio-ekonomi di kepulauan tersebut.

pr@csglobalpartners.com 
www.csglobalpartners.com

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel New products/services Legal Services Public Interest