omniture

Kastam Dubai Menangi Anugerah Platinum Inovasi EFQM

Dubai Customs
2019-11-05 02:08 253

DUBAI, UAE, 4 November 2019 /PRNewswire/ -- Kastam Dubai memenangi anugerah platinum inovasi, dengan penilaian 6-bintang daripada Anugerah Kecemerlangan Global EFQM yang memperoleh 700 mata, iaitu mata tertinggi antara semua organisasi yang mengambil bahagian.  Menerusi pencapaian luar biasa ini, Dubai Customs telah menjadi organisasi pertama di dunia untuk memenangi anugerah global yang bereputasi baik ini berdasarkan sistem penilaian baharu pada tahun 2019.

H.E. Ahmed Mahboob Musabih receiving the award
H.E. Ahmed Mahboob Musabih receiving the award

Ahmed Mahboob Musabih, Ketua Pengarah Kastam Dubai menerima anugerah tersebut dalam majlis penyampaian anugerah yang diadakan untuk peristiwa ini di Finland.

"Memenangi anugerah EFQM merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap pencapaian utama kami dan tahap maju yang kami capai dalam inovasi kastam," ulas Musabih.

Objektif Program Anugerah Kecemerlangan EFQM adalah untuk mengiktiraf organisasi-organisasi Model Peranan di seluruh dunia, sama ada organisasi-organisasi swasta, awam atau bukan untung. Program Anugerah Kecemerlangan EFQM disokong oleh salah satu proses penilaian yang paling mencabar.

Musabih berkata:

"Sebagai sebuah organisasi model peranan, kami melabur dalam inovasi bagi membangunkan dan menaik taraf prosedur-prosedur kastam demi memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan yang terbaik. Hal ini tercapai dengan memenuhi arahan bijak dan wawasan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai.

"Kami telah membangunkan dan menaik taraf beberapa sistem dan aplikasi termasuk Mirsal 2, yang dianggap oleh WCO sebagai sistem kastam bersepadu yang terbaik di dunia. Kami juga telah melakukan lebih lagi dengan Pengendali Ekonomi Sah kami dan pada tahun 2018, 34% daripada pengisytiharan kastam kami dilakukan melalui sistem ini berbanding 23% pada tahun 2017. Peratusan ini dijangka meningkat kepada 50% menjelang tahun 2020 dan lebih banyak perjanjian pengiktirafan bersama dijangka akan ditandatangani susulan pemeteraian perjanjian bersama Korea Selatan, KSA dan juga China."

Terdapat begitu banyak sistem dan projek inovatif dibangunkan oleh Kastam Dubai termasuk inisiatif Koridor Maya, yang membantu menyelaraskan pergerakan barangan antara pelabuhan dan pintu masuk Dubai.  Ini menghasilkan pengurangan kos dan prosedur-prosedur kastam yang lebih diperkemas.  Pada tahun 2018, 324,435 transaksi kastam dilakukan melalui Koridor Maya.

Pengarah Kastam Dubai mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerja atas usaha-usaha ketara mereka dalam menukarkan strategi kepada tindakan dan terus meningkatkan prestasi mereka dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kerana mematuhi dan menggunakan piawaian antarabangsa dalam kerja-kerja mereka.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1022028/Dubai_Customs.jpg

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Yousef Alfeel
Tel: +971-4-4177163
Emel: Yousef.alfeel@dubaicustoms.ae

Source: Dubai Customs
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards