omniture

Valtrix bakal Pamer di Sidang Kemuncak RISC-V Mulai 10-12 Disember

Valtrix Technologies Private Limited
2019-11-06 18:35 88

Bakal Bawakan STING, Penyelesaian Penentusahan RISC-V Paling Canggih Dalam Industri 

BANGALORE, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Valtrix Systems, penyedia bagi produk-produk penentusahan reka bentuk untuk membina CPU yang berfungsi dengan betul dan pelaksanaan sistem-pada-cip, akan hadir di Sidang Kemuncak RISC-V akan datang yang berlangsung di Pusat Konvensyen San Jose, San Jose, California mulai 10-12 Disember.

Valtrix akan mengetengahkan produk unggulannya – STING, penyelesaian penentusahan RISC-V komersial yang pertama dalam industri, di reruai pameran #302. Sama penting ialah Rangka Kerja Pengaturcaraan Rangsangan Ujian STING yang akan digunakan oleh pengguna untuk melaksanakan sambungan RISC-V khusus atau pelaksanaan mikro seni bina asasnya. Turut ditampilkan ialah suit penentusahan seni bina RISC-V berasaskan STING, pengumpulan komprehensif kes-kes ujian pemeriksaan kendiri yang dikenal pasti dalam rancangan penentusahan yang diperoleh daripada pengguna RISC-V dan spesifikasi tahap keistimewaan.

Pengarah Urusan Shubhodeep Roy Choudhury akan turut membentangkan sesi mengenai 'Penentusahan Vektor RISC-V dan Sambungan Manipulasi Bit menggunakan Alatan Penentusahan Reka Bentuk STING' semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak RISC-V pada hari Rabu, 11 Disember.

Para hadirin boleh mengaturkan mesyuarat untuk membincangkan tentang STING dan sokongannya terhadap pelaksanaan RISC-V dengan menghubungi contact@valtrix.in

Latar Belakang Valtrix:

Valtrix Systems ialah sebuah syarikat baharu EDA yang menyediakan produk dan penyelesaian untuk penentusahan reka bentuk bagi pelaksanaan SoC/IP/CPU. Ditubuhkan dengan misi untuk mencipta alatan dan kaedah pengujian bertaraf dunia yang akan membantu syarikat-syarikat menentusahkan dengan cekap reka bentuk IP dan SoC, Valtrix bekerjasama dengan beberapa vendor RISC-V untuk menentusahkan produk-produk mereka dengan lebih pantas dan lebih berkesan kos. Produk unggulannya, alatan penentusahan reka bentuk STING merangkumkan kaedah-kaedah penjanaan ujian terkawal rawak, terarah dan berasaskan graf serta amat sesuai bagi tujuan penentusahan pelbagai pelaksanaan RISC-V bermula daripada IoT/terbenam kepada platform pelayan. Kunjungi www.valtrix.in untuk mengetahui lebih lanjut.

Berhubung dengan Valtrix di:

Twitter: @ValtrixSystems
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/valtrix-systems

Hubungan media: 
Shubhodeep Roy Choudhury
Pengarah Urusan
+91-98457-35129

 

Source: Valtrix Technologies Private Limited
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Computer Accessories Trade show news