omniture

Thuraya MarineStar Tawar Suara, Jejak dan Pantau Ubah Corak Perniagaan dalam Satu Produk Fleksibel Tunggal

Thuraya Telecommunications Company
2019-11-07 07:41 80

- Lebih 300 ribu kapal kecil dijangka mendapat manfaat daripada penyelesaian maritim yang versatil ini

-Membolehkan sistem penjejakan dan pemantauan kapal, kebajikan krew dan komunikasi suara

ABU DHABI, UAE, 6 November 2019 /PRNewswire/ -- Thuraya memberi respons kepada permintaan tinggi daripada sektor maritim dan pengedar dengan melancarkan MarineStar, penyelesaian suara mampu milik yang terbaik dalam kelasnya dengan keupayaan penjejakan dan pemantauan dua-hala yang termaju.

 

MarineStar, the most affordable maritime satellite voice solution with tracking and monitoring capabilities
MarineStar, the most affordable maritime satellite voice solution with tracking and monitoring capabilities

 

Direka oleh penyedia paling inovatif dunia bagi komunikasi satelit, MarineStar ialah terminal suara istimewa Thuraya yang baharu bagi pengguna maritim peringkat permulaan. Ia berdasarkan platform yang berjaya yang sama seperti perkakasan suara Thuraya yang lain yang telah terjual melebihi 1 juta unit setakat ini. Cepat dan mudah dipasang, Thuraya MarineStar ialah penyelesaian sehenti bagi rangkaian operasi yang meluas termasuk penjejakan dan pemantauan kapal, kebajikan krew dan komunikasi suara.

Thuraya MarineStar sangat sesuai untuk kapal-kapal kecil, dan sangat boleh diskala untuk memenuhi keperluan operasi kapal-kapal besar. Perkhidmatan akan tersedia melalui rangkaian pengedaran global Thuraya, dan akan meliputi laluan laut tersibuk di dunia dan kawasan utama perikanan dalam jejak satelit Thuraya.

Permintaan yang tinggi untuk Thuraya MarineStar dijangka daripada industri perikanan global, yang berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk menangani perikanan yang tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia. Kerajaan kini menuntut kapal perikanan untuk melaporkan tangkapan mereka secara elektronik dan mengelog pergerakan mereka ketika di laut. MarineStar memudahkan pematuhan dengan menghimpunkan kesemua elemen penting ke dalam satu pakej yang mampu milik. Aplikasi utama termasuk Geobatas, Penjejakan, Pemberitahuan dan Pelaporan Tangkapan Ikan. Penjejakan dipakejkan sebagai perkhidmatan sedia guna hujung-ke-hujung berdasarkan masa, jarak, kelajuan dan kawasan, tanpa memerlukan sebarang perkakasan tambahan. Butang SOS disediakan untuk kegunaan kecemasan. Menurut data daripada Suruhanjaya Perikanan Pasitik Barat & Tengah (WCPFC), 80% daripada rantau perikanan dunia berada dalam jejak Thuraya, oleh yang demikian perkhidmatan ini benar-benar satu perkhidmatan global.

Thuraya MarineStar juga ideal untuk kapal perdagangan serantau yang memerlukan alternatif sokongan kepada komunikasi radio, GSM, VSAT, atau sebarang perkhidmatan komunikasi suara utama yang lain.

Shawkat Ahmad, Ketua Pegawai Komersial Thuraya, mengulas: "Thuraya MarineStar mewakili babak baharu dan penting dalam portfolio maritim Thuraya. Dengan lebih 300 ribu kapal kecil dijangka mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini, kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan rakan pengedar kami untuk melancarkan Thuraya MarineStar ke seluruh dunia dan mengambil faedah daripada potensi permintaan yang tinggi daripada pengguna bagi penyelesaian yang mengubah industri ini."

Lebih kefungsian untuk penyepadu sistem

Thuraya MarineStar menawarkan kefungsian hebat dalam berbilang bahasa kepada pengguna dan penyepadu sistem. Rangkaian antara muka fizikal yang luas akan menyokong berbilang sensor dan peranti pihak ketiga. Maklumat sensor boleh dipindahkan dengan mudah dan dengan harga berpatutan, menyokong pemantauan operasi atas kapal. Peranti ini turut membolehkan pemprograman udara dan akses terminal jarak jauh.

Panggilan suara rendah kos, yang tinggi kualiti menyokong operasi harian dan membolehkan krew berhubung dengan darat semasa di laut. Dengan lebih 395 perjanjian perayauan di 161 negara, Thuraya merupakan satu-satunya pengendali jalur-L yang membuka peluang perniagaan kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO). MarineStar disokong oleh pelan nombor tempatan dan perayauan GSM melalui rangkaian satelit Thuraya. Hasilnya, pengguna terus kekal terhubung pada nombor GSM walaupun berada di luar liputan daratan. 

Proposisi nilai unik Thuraya MarineStar bermakna ia merupakan penyelesaian yang wajib dimiliki oleh pengguna dan pengedar. Pakej masa ke udara yang fleksibel dan disesuaikan tersedia untuk semua aspek, daripada suara hinggalah kepada penjejakan dan pemantauan, oleh itu penyelesaian ini mampu dimiliki oleh kebanyakan syarikat. Tiada kontrak jangka panjang, yuran tersembunyi dan yuran penamatan awal. Manfaat-manfaat ini, digabungkan dengan ciri-ciri penyelesaian dan keversatilannya, merupakan gabungan yang menguntungkan kepada pengguna dan menjadikan Thuraya MarineStar satu bahagian yang penting dalam portfolio mana-mana pengedar.

Hubungi Thuraya sekarang

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thuraya MarineStar and bertanyakan tentang pengujian, harga atau menjadi pengedar, emel Thuraya di customer.care@thuraya.com

 

 

Mini Narayanan
Thuraya Telecommunications Company
corporatecomms@thuraya.com
Tel: +971-2-5076584

 

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Maritime/Shipbuilding Telecommunications Transportation VoIP New products/services