omniture

CCTV Video News Agency sasar perkukuh perkongsian dengan outlet media ASEAN

CCTV+
2019-11-08 00:49 301

BEIJING, 8 November 2019 /PRNewswire/ -- Perbincangan Meja Bulat Media ASEAN kali ke-2 telahpun diadakan pada 31 Oktober yang lalu di Beijing, bersama-sama dianjurkan oleh CCTV Video News Agency (CCTV+) dan People's Television Network (PTV) dari Filipina. Mesyuarat tersebut, bertema "Pembangunan Bersama & Masa Depan Dikongsi", dihadiri oleh lebih 120 delegasi dari China dan kira-kira 40 negara lain.

Teng Yunping, Ketua Pegawai Eksekutif China Global Television Network Corporation dan Pengerusi CCTV Video News Agency berkata, "Tahun 2019 menandakan Tahun Pertukaran Media China-ASEAN. CCTV+ bersedia untuk menggalakkan kerjasama media China-ASEAN melalui perkongsian kandungan, penerbitan bersama dan pertukaran kakitangan."

Julio Castillo, Pengerusi Lembaga Pengarah PTV Filipina, penganjur bersama perbincangan meja bulat tersebut, memuji CCTV+ kerana mengadakan acara berkenaan. Beliau berkata, "Pertukaran antara media arus perdana merupakan satu peluang yang baik untuk mengetahui tentang status dan trend pembangunan masa depan industri media Cina dan ASEAN serta untuk memupuk kerjasama, penerbitan kandungan dan juga promosi projek."

Semasa berlangsungnya persidangan berkenaan, CCTV Video News Agency menandatangani satu Perjanjian Perkhidmatan Berita bersama MCOT Public Company Limited dari Thailand. Sehingga kini, CCTV+ telah menjalin hubungan kerjasama dengan 41 organisasi media arus perdana di 9 negara ASEAN.

The 2nd ASEAN Media Roundtable was held on October 31 in Beijing, co-hosted by CCTV Video News Agency (CCTV+) and People’s Television Network (PTV) of the Philippines.
The 2nd ASEAN Media Roundtable was held on October 31 in Beijing, co-hosted by CCTV Video News Agency (CCTV+) and People’s Television Network (PTV) of the Philippines.

Watcharin Setakudan, Ketua Pengarang MCOT Thailand percaya bahawa acara ini dapat menjadi model kolaborasi yang berkesan antara China dan negara-negara ASEAN.

Sofman Mahmood, Pengurus Besar Kumpulan, Hal Ehwal Korporat Media Prima Berhad dari Malaysia menyeru adanya platform video yang dapat mengumpul dan berkongsi kisah-kisah semua negara.

Souphaksone Silaphet, Penyampai Berita Bahasa Inggeris untuk Lao National Television berkata, "CCTV+ bukan sahaja memuat naik rakaman berita yang cekap masa dan berguna pada setiap hari, tetapi juga turut menyediakan isyarat langsung untuk mengakses media sosial di China."

Pakar-pakar daripada agensi-agensi berita dan syarikat-syarikat teknologi media yang terkenal di dunia turut berhimpun dalam satu mesyuarat di luar acara utama bagi membincangkan tentang kepentingan revolusi teknologi dan media.

CCTV Video News Agency ialah agensi berita video yang pertama dan terkemuka di China. Ia menawarkan produk dan perkhidmatan berita kepada organisasi-organisasi media global melalui Sistem Pengedaran Global dalam taliannya (www.cctvplus.com) dan turut bekerjasama dengan pengedar-pengedar kandungan berita profesional yang terkemuka di dunia.

People's Television Network ialah rangkaian televisyen kerajaan Filipina, yang ditubuhkan pada tahun 1974. Program-program PTV disiarkan melalui alat pemancar utamanya di Bandar Raya Quezon dan disampaikan ke stesen-stesen wilayah di seluruh negara melalui Sistem Satelit Penyiaran Asia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191105/2632354-1?lang=0

Source: CCTV+
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television Licensing/marketing agreements Trade show news