omniture

Teknologi Skru Tanpa Minyak Elmo Rietschle Berikan Vakum Cekap dalam Sektor Penjagaan Kesihatan

Gardner Denver
2019-11-11 07:50 356

SINGAPURA, 9 November 2019 /PRNewswire/ -- Memandangkan populasi terus bertambah, institusi-institusi perubatan di seluruh dunia berdepan dengan cabaran untuk mengurus sumber-sumber dengan cekap bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap penjagaan dan rawatan perubatan. Melalui jalinan kerjasama dengan pakar-pakar tekanan dan vakum baru-baru ini seperti Elmo Rietschle Gardner Denver, SHJ, pembekal yang terkemuka bagi sistem gas perubatan paip, berupaya untuk memastikan bahawa sistem-sistem mereka membantu hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan memaksimumkan kecekapan dan penjimatan kos sekaligus menyediakan tahap penjagaan pesakit yang tertinggi.

SHJ menyediakan penyelesaian yang dapat menyediakan gas yang penting kepada dewan bedah dan wad hospital. Syarikat ini mempunyai sejarah selama 40 tahun bekerjasama dengan amanah National Health Service (NHS) dan organisasi-organisasi penjagaan kesihatan untuk mereka bentuk, memasang dan menyelenggara sistem gas kritikal ini di hospital-hospital seluruh United Kingdom.

Dikuasakan oleh pam vakum skru S-VSI Elmo Rietschle, sistem gas perubatan paip SHJ mematuhi sepenuhnya panduan estet NHS untuk sistem saluran paip gas perubatan (HTM 02-01). Sistem ini telahpun dibekalkan kepada pelbagai hospital; termasuk Charing Cross, Hammersmith dan hospital-hospital St. Mary.

Pam vakum skru S-VSI Elmo Rietschle
Pam vakum skru S-VSI Elmo Rietschle

Pam vakum skru S-VSI 301 memperlihatkan teknologi vakum beroperasi kering yang moden dan canggih. Memerlukan sedikit penyelenggaraan berbanding pam berpelincir minyak yang setanding, S-VSI 301 berupaya untuk menyediakan vakum yang bersih dan andal yang ideal untuk pelbagai aplikasi kritikal dalam industri penjagaan kesihatan.

Teknologi Tanpa-Minyak 

Pam vakum skru kering S-VSI Elmo Rietschle menggunakan teknologi beroperasi secara kering tanpa minyak. Dengan menghapuskan penggunaan minyak dalam kebuk pam, S-VSI dapat menyingkirkan risiko pencemaran proses; menyediakan vakum bersih yang ideal untuk aplikasi perubatan dan juga makmal.

Cekap Tenaga 

Dipacu oleh penyongsang, teknologi pemacu dengan kelajuan berubah-ubah dapat memaksimumkan kecekapan tenaga. Dengan sentiasa membuat pelarasan mengikut keperluan proses, S-VSI berupaya untuk menggunakan sedikit tenaga, membantu pengendali bukan sahaja untuk mengurangkan kos proses, tetapi juga meminimumkan jejak karbon mereka.

Hingar & Getaran Rendah 

Kelajuan putaran rendah yang diberikan oleh teknologi skru kering S-VSI menawarkan tahap hingar dan getaran yang luar biasa rendah. Operasi yang senyap merupakan pertimbangan yang penting dalam persekitaran perubatan dan makmal, bagi memastikan ruang yang selamat dan selesa untuk kakitangan perubatan, jurutera makmal dan juga pesakit di bawah jagaan.

Julat Prestasi Luas 

S-VSI menawarkan kapasiti sedutan bermula daripada 100 hingga 600 m3/j, serta vakum hujung 0.08 mbar (abs.); memberikan masa pemindahan yang pendek, serta keupayaan untuk beroperasi pada sebarang tekanan antara vakum hujung dan tekanan atmosfera.

Jeda Servis Dilanjutkan 

Teknologi tanpa sentuh, tanpa minyak dapat menghapuskan keperluan terhadap komponen tambahan, seperti unsur pemisah; mengurangkan risiko kerosakan yang mungkin berlaku dan melanjutkan jeda servis. Hasilnya merupakan penyelenggaraan dan kos kitaran hayat yang lebih rendah berbanding model-model berpelincir minyak yang setanding.

Elmo Rietschle berbangga dapat memainkan peranan penting dalam membekalkan sistem yang menyokong penyedia penjagaan kesihatan bagi memaksimumkan keselesaan dan kualiti penjagaan untuk bilangan pesakit yang semakin bertambah. Melalui jalinan kerjasama dengan SHJ, Elmo Rietschle dapat membawa hospital-hospital dan penyedia-penyedia penjagaan kesihatan selangkah lebih hampir untuk mencapai matlamat mereka bagi mengurus dengan berkesan permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan perubatan, tanpa mengorbankan kualiti penjagaan pesakit.

Latar Belakang Gardner Denver 

Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah penyedia global yang terkemuka bagi kawalan aliran misi kritikal dan peralatan mampatan serta komponen selepas jualan berkaitan, barangan guna habis serta perkhidmatan, yang dijual olehnya merentas pelbagai pasaran akhir yang menarik dalam perindustrian, industri tenaga dan juga perubatan. Rangkaian luas dan lengkap produk serta perkhidmatan pemampat, pam, vakum serta peniup, berserta kepakaran aplikasinya dan lebih 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver untuk menyediakan tawaran produk dan perkhidmatan berbeza untuk kegunaan tertentu oleh pelanggannya. Gardner Denver menyokong pelanggannya melalui jejak geografi globalnya melibatkan 41 kemudahan pengilangan utama, lebih 30 pusat perkhidmatan dan pembaikan pelengkap dalam enam benua serta menggaji kira-kira 6,700 pekerja di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191106/2634024-1?lang=0

Source: Gardner Denver
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services