omniture

Xinhua Silk Road: Pameran foto raikan wanita Cina baharu berakhir dengan jaya di Guangzhou Selatan China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-11-11 10:20 135

BEIJING, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- Sebuah pameran foto kebangsaan yang bertemakan "membiarkan kecantikan berkembang dengan masa -- merahmati China baharu dan memberi penghormatan kepada wanita-wanita Cina baharu" disempurnakan dengan jayanya pada hari Selasa di Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong Selatan China selelpas menjelajah lima bandar Cina yang lain dalam tempoh hampir dua bulan.

Kapsyen: Suasana Guangzhou di pameran foto
Kapsyen: Suasana Guangzhou di pameran foto

Dianjurkan bersama oleh China Image Group, Muzium Wanita dan Kanak-kanak Cina dan pejabat Projek Jenama Negara Agensi Berita Xinhua dengan sokongan eksklusif Beautrio, sebuah jenama LKK Health Products Group, pameran ini bertujuan membantu wanita Cina hari ini untuk mencari erti "kecantikan" dengan meraikan wanita-wanita Cina yang cemerlang dalam tempoh 70 tahun kebelakangan ini.

Dengan gambar berharga wanita yang luar biasa dari semua lapisan masyarakat di China sejak 70 tahun yang lalu dipilih daripada Arkib Foto China Agensi Berita Xinhua, pameran ini mempamerkan wajah baharu wanita Cina yang telah membuat sumbangan penting dalam membina sosialisme dengan ciri-ciri Cina.

Terdapat banyak wanita yang cemerlang yang bukan sahaja dapat membantu keluarga mereka tetapi turut banyak menyumbang untuk meningkatkan pembangunan sosial, menjadikan pencapaian abadi dalam perjalanan untuk merealisasikan penyegaran semula negara besar, kata Zong Huanping, timbalan pengarah eksekutif pejabat Projek Jenama Negara Xinhua, di pameran Guangzhou di pameran itu.

Kisah-kisah yang diceritakan oleh gambar menonjolkan keyakinan, daya tarikan, kebijaksanaan dan penuh kepelbagaian wanita China yang cemerlang, kata Shen Jianping, Pengarah Komunikasi Korporat LKK Health Products Group, sambil menambah bahawa wanita Cina di era baharu akan lebih menyumbang kepada kemajuan sosial dan kemakmuran negara.

Tahun ini menandakan ulang tahun kesepuluh penciptaan Beautrio yang melancarkan cadangan jenama baharu "membiarkan kecantikan berkembang dengan masa" di suasana Guangzhou bagi pameran itu.

Foto-foto dalam pameran itu merakam detik-detik paling indah wanita Cina di era baharu, membuktikan bahawa keindahan wanita sedang berkembang dengan masa, yang selari dengan proposisi Beautrio, kata seorang eksekutif jenama.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/309248.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191107/2635677-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Art Entertainment