omniture

WOG Group Berjaya Laksana Strategi Keluar Loji Rawatan Air Guna Semula Patong

WOG Group
2019-11-11 21:53 151

BANGKOK, 11 November 2019 /PRNewswire/ -- WOG ITR Water Solution Company Limited berpangkalan di Thailand ("WOG ITR") berjaya diambil alih oleh Wiik Water Company Limited ("Wiik Water"), subsidiari Wiik & Hoeglund Public Company Limited. WOG ITR ialah Projek SPV daripada WOG Group untuk konsesi yang ditandatangani dengan perbandaran Patong di Phuket, Thailand.

WOG Group (www.woggroup.com) ialah sebuah syarikat air terkemuka yang mempunyai kepakaran dalam projek-projek air buangan, rawatan air dan penyahgaraman. WOG Group mempunyai pengalaman dalam melaksanakan projek-projek dengan jayanya di seluruh Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah dan juga Caribbean menggunakan teknologi rawatan air yang canggih. WOG beroperasi sebagai sebuah syarikat Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) selain daripada membina dan mengendalikan loji rawatan air secara BOOT, BOT, DBOT dan BOO.

WOG ITR, ditubuhkan pada tahun 2012, telah menandatangani perjanjian konsesi selama 30 tahun dengan Perbandaran Patong di wilayah Phuket Thailand secara Bina, Milik, Kendali dan Pindah (BOOT). Projek 25,000 m3 sehari itu adalah untuk merawat air buangan, menukarkannya kepada air yang boleh digunakan semula dan membekalkannya kepada pelanggan selepas meletakkan saluran paip. Loji ini telah siap pada tahun 2014 dan menjual air yang dirawat sejak itu. Pelanggan semasa untuk projek berkenaan termasuk rangkaian hotel terkemuka, pengendali pusat membeli belah dan pusat peranginan.

Wiik & Hoeglund (www.wiik-hoeglund.com), disenaraikan pada Bursa Saham Thailand, menyertai perniagaan pengurusan sumber air pada tahun 2016 bagi memenuhi permintaan untuk air dalam sektor perindustrian. Syarikat ini merupakan peneraju pasaran sejak 30 tahun yang lalu dalam pembuatan paip dan kelengkapan HDPE. Syarikat ini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi produk dan kawalan kualiti produk. Wiik Water telah meningkatkan bidang perkhidmatannya selepas transaksi berkenaan.

WOG menjual loji berkenaan pada nilai 300 juta Baht Thai (~ USD 10 Juta) dan akan terus menjadi rakan kongsi minoriti dengan perjanjian sehingga 10 peratus perkongsian hasil untuk baki tempoh hayat konsesi berkenaan.

Ini merupakan satu perjanjian penting dalam industri rawatan air Thai. Jualan projek berkenaan kepada Wiik Water mencipta peluang pertumbuhan yang baharu dan membuka laluan baharu untuk WOG Group. Perjanjian berkenaan merupakan strategi keluar pertama yang berjaya untuk WOG daripada projek-projek miliknya. Hal ini mengukuhkan keupayaan kewangan kami dan menyediakan modal untuk melabur dalam rancangan projek-projek yang mantap di seluruh dunia, kata Sunil Rajan, Presiden WOG Group.

Untuk butiran lanjut hubungi En. Rajagopal A at info@woggroup.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1024265/WOG_Logo.jpg

Source: WOG Group
Related Links:
Keywords: Utilities Water Utilities Acquisitions, mergers, takeovers