omniture

Embassy Office Parks REIT Umum Keputusan Suku Kedua Tahun Fiskal 2019-20; Lapor Satu lagi Suku Tahun Pemajakan Kukuh dan Agihan Suku Tahunan sebanyak Rs. 4,630 Juta

Embassy Office Parks REIT
2019-11-12 18:06 107

BENGALURU, India, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- Embassy Office Parks REIT (NSE: EMBASSY) (BSE: 542602) ('Embassy REIT'), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) senaraian pertama India dan yang terbesar di Asia berdasarkan kawasan, melaporkan keputusan pada hari ini untuk suku tahun kedua yang berakhir pada 30 September 2019.

Mengulas mengenai keputusan berkenaan, Michael Holland, Ketua Pegawai Eksekutif Embassy REIT, berkata, "Kami berasa gembira untuk melaporkan satu lagi suku tahun prestasi dan agihan yang mantap kepada pemegang Unit kami melalui komitmen asas kami bagi menyediakan penyelesaian ruang kelas dunia kepada penghuni-penghuni global. Syarikat-syarikat di seluruh dunia terus mencari kakitangan yang berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi dan berorientasi teknologi pada kos yang munasabah dan hal ini terus memacu permintaan yang tekal untuk pejabat India dan portfolio kami. Kini, kami mengalihkan tumpuan kami untuk meneruskan prestasi mantap ini pada separuh kedua tahun kewangan ini."

Agihan

Lembaga Pengarah Embassy Office Parks Management Services Private Limited ('EOPMSPL'), Pengurus Embassy REIT, di Mesyuarat Lembaganya yang diadakan awal hari ini, mengisytiharkan agihan sebanyak Rs 4,630 juta atau Rs. 6.00 per unit untuk Suku Kedua Tahun Fiskal 2020. Dengan ini, agihan kumulatif untuk Separuh Pertama Tahun Fiskal 2020 berjumlah Rs.8,797 juta atau Rs.11.4 per unit. Tarikh rekod untuk agihan Suku Kedua Tahun Fiskal 2020 adalah pada 19 November 2019 dan agihan akan dibayar pada atau sebelum 26 November 2019.

Sorotan Utama Kewangan

  • Pendapatan daripada Operasi untuk Suku Kedua Tahun Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 15% kepada Rs. 5,206 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya sebanyak 17% untuk Separuh Pertama Tahun Fiskal 2020
  • Pendapatan Kendalian Bersih untuk Suku Kedua Tahun Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 16% kepada Rs. 4,384 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya sebanyak 18% untuk Separuh Pertama Tahun Fiskal 2020
  • Margin Pendapatan Kendalian Bersih untuk Suku Kedua Tahun Fiskal 2020 dan Separuh Pertama Tahun Fiskal 2020 mencecah 84%
  • Kunci kira-kira konservatif dengan Hutang Bersih kepada TEV mencecah 11% setakat 30 September 2019

Sorotan Utama Perniagaan

  • Penempatan portfolio meningkat kepada 94.7% setakat 30 September 2019; satu peningkatan 100 mata asas (basis point, bps) berbanding tahun sebelumnya
  • Pemajakan baharu semasa Suku Kedua Tahun Fiskal 2020 ialah 595,000 kaki persegi (kp) dengan perancangan mantap kira-kira lebih 500,000 kp
  • Pemajakan baharu kumulatif untuk Suku Pertama Tahun Fiskal 2020 mencecah kira-kira 1.2 juta kaki persegi (jkp) dengan 67% taburan tanda-untuk-pasaran pada kira-kira 0.9 jkp YTD pemajakan semula 
  • Projek-projek pembangunan pejabat jangka pendek berjumlah 1.4 jkp menjejaki dua suku tahun menjelang penyerahan yang disasarkan dengan 23% yang telahpun dipra-pajak dan tambahan kira-kira 400,000 kp dalam perancangan

Vikaash Khdloya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Embassy REIT, berkata, "Aktiviti pemajakan mantap kami memperlihatkan skala dan kualiti perniagaan kami dan asas-asas pasaran yang terus kukuh. Program pembangunan kami berjalan lebih awal daripada jadual dan kami mempunyai modal yang mencukupi untuk membiayai peluang-peluang pertumbuhan tak organik masa depan."

Bahan Pelabur dan Butiran Panggilan Pelabur Suku Tahunan

Embassy REIT telah mengeluarkan pakej maklumat tentang keputusan dan prestasi suku tahunan, termasuk
(i) penyata kewangan berasingan dan disatukan yang diringkaskan untuk Suku Tahun dan Separuh Tahun berakhir pada 30 September 2019, (ii) penyampaian pelabur meliputi keputusan Suku Kedua Tahun Fiskal 2020, dan (iii) buku data kendalian dan kewangan tambahan yang selaras dengan amalan pelaporan utama dalam seluruh REIT global. Semua bahan ini disediakan pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com 

Embassy REIT mengadakan panggilan persidangan pada 11 November 2019 pada jam 18:30 Waktu Standard India bagi membincangkan tentang keputusan Suku Kedua Tahun Fiskal 2020. Ulangan panggilan akan disediakan sehingga 26 November 2019 pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com 

Penafian

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan maklumat dan anggaran pengurusan. Ia mutakhir hanya setakat tarikhnya, belum disahkan secara bebas dan mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Embassy Office Parks Management Services Private Limited ("Pengurus") dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan dan kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab semata-mata untuk penilaian sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan. Dengan adanya risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain ini, penerima siaran media ini diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini. Pengurus tidak bertanggungjawab untuk meminda atau mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan.

Siaran media ini mengandungi langkah-langkah kewangan tertentu yang bukan merupakan langkah-langkah yang ditentukan berdasarkan GAAP, Ind-AS atau mana-mana prinsip-prinsip perakauan lain yang diterima di peringkat antarabangsa, dan penerima tidak patut menganggap item-item berkenaan sebagai alternatif kepada keputusan kewangan terdahulu atau penunjuk-penunjuk lain daripada aliran tunai Embassy REIT berdasarkan Ind-AS atau IFRS. Langkah-langkah kewangan bukan-GAAP ini, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pengurus, mungkin tidak dapat dibandingkan dengan langkah-langkah bertajuk serupa sebagaimana yang dikemukakan oleh REIT lain lantaran perbezaan melalui cara langkah-langkah kewangan bukan-GAAP dihitung. Meskipun langkah-langkah kewangan bukan-GAAP digunakan oleh pihak pengurusan bagi menilai kedudukan kewangan, keputusan kewangan dan kecairan Embassy REIT dan jenis-jenis langkah-langkah ini biasanya digunakan oleh pelabur, ia mempunyai batasan penting sebagai alatan analitik dan anda tidak patut menganggapnya secara berasingan atau sebagai pengganti untuk analisis kedudukan kewangan atau keputusan operasi Embassy REIT sebagaimana yang dilaporkan di bawah Ind-AS.

Pelabur juga perlu mengambil perhatian bahawa Embassy REIT telah disenaraikan pada 1 April 2019 dan aset-aset Embassy REIT diperoleh antara 22 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Oleh itu, maklumat kewangan suku tahunan komparatif telah disediakan dengan membandingkan penyata kewangan yang belum diauditkan digabungkan untuk suku pertama bagi Tahun Fiskal 2018-19 (dengan mengandaikan bahawa Embassy REIT memegang aset-aset REIT dalam bentuk sedia ada semasa Suku Tahun dan Separuh Tahun yang berakhir pada 30 September 2018) dibandingkan dengan penyata kewangan disatukan diringkaskan semasa Suku Tahun dan Separuh Tahun yang berakhir pada 30 September 2019.

Latar Belakang Embassy REIT

Embassy Office Parks ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. REIT ini mencakupi 25 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 8 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi 33 jkp merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menjadi pusat kepada 165 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 75 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan sebuah taman solar 100MW yang dapat membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penyewa taman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com 
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/959202/Embassy_Office_Parks_Logo.jpg

Source: Embassy Office Parks REIT
Related Stocks:
Bombay:542602 Bombay:EMBASSY.BO ISIN:INE041025011 India:EMBASSY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Earnings