omniture

Neurovalens Perkenal Modius SLEEP, Alat Genius Generasi Seterusnya oleh Neurosains untuk Optimumkan Kesihatan Tidur dan Tangani Krisis Tidur Global, Tanpa Ubat

Neurovalens
2019-11-12 20:04 128

Susulan Kejayaan Modius SLIM, Yang Mengumpul $2.5 Juta melalui Indiegogo, Syarikat Lancar Kempen Baharu untuk Bawakan Satu Lagi Alat Rintis kepada Dunia 

SAN DIEGO, 12 November 2019 /PRNewswire/ -- Neurovalens, sebuah syarikat Teknologi Kesihatan (HealthTech ) global yang memberi tumpuan untuk membangunkan produk-produk berkuasa neurosains yang inovatif bagi memperbaiki kehidupan, hari ini melancarkan kempen Modius SLEEP melalui Indiegogo. Alat berkenaan mengikuti kejayaan set kepala pertama Syarikat, Modius SLIM, yang mengumpul sebanyak $2.5 juta melalui Indiegogo pada tahun 2017, meraih populariti seluruh dunia dengan mendapat pesanan daripada lebih 80 negara di seluruh dunia dan terus mencapai lebih setengah juta sesi pengguna.

Jason_McKeown_with_headset
Jason_McKeown_with_headset

Modius SLEEP meneruskan misi Syarikat untuk memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan global dengan menyediakan penyelesaian neurologi tanpa ubat. Sepanjang tempoh kempen ini berjalan di Indiegogo, Modius SLEEP disediakan bermula pada harga $249 dan akhirnya akan dijual pada harga $499. Kempen ini boleh didapati di sini: https://igg.me/at/modiussleep

"Setelah mengumpul maklum balas daripada beribu-ribu pengguna SLIM, kami mendapati bahawa tidur yang lebih baik merupakan bonus yang dialu-alukan dan ini menjadi motivasi kami untuk membuat perubahan kepada teknologi kami bagi mencipta Modius SLEEP," said Jason McKeown, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Neurovalens. "Set kepala baharu kami menerokai kuasa hipotalamus otak, yang mempengaruhi banyak bahagian pada otak, termasuk kehilangan berat badan dan tidur. Matlamat kami adalah untuk membantu orang ramai mengelakkan sedatif dan pil tidur memandangkan ia hanya menyembunyikan masalah dan mempunyai pelbagai kesan sampingan yang buruk. Kami menggunakan neurosains untuk memperbaiki kehidupan melalui produk-produk yang selamat serta inovatif dan kami mempunyai keyakinan penuh bahawa alat SLEEP kami mengubah kehidupan sebagaimana alat SLIM kami yang terus menjalankan fungsinya."

Dalam kajian peringkat awal selama 30 hari, 95% daripada pengguna Modius SLEEP dapat memperbaiki skor tidur keseluruhan mereka dengan 85% menyatakan bahawa mereka lebih berpuas hati dengan corak tidur mereka. Selain itu, 71.3% daripada responden yang disoal selidik yang mempunyai masalah tidur melaporkan perubahan yang positif apabila menggunakan Modius SLEEP.

Set kepala Modius SLEEP dipakai selama 30 minit sebelum tidur dan tidak perlu dipakai di tempat tidur. Ia berfungsi dengan menghantar denyutan elektrik yang selamat ke dalam saraf vestibular yang mempengaruhi kawasan hipotalamus dan pangkal otak yang mengawal ritma sirkadian serta corak tidur pengguna.

Ketahui lebih lanjut di sini: http://modiushealth.com.

Untuk imejan dan kandungan video tambahan kunjungi bit.ly/ModiusSLEEPassets.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1026382/Jason_McKeown_with_headset.jpg 

Source: Neurovalens
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail New products/services