omniture

Merck Lesenkan Teknologi Suntingan Gen CRISPR kepada Evotec

Merck
2019-11-13 17:11 146

-- Lesen untuk mempercepatkan penyelidikan, membolehkan pengujian dan pembangunan ubat-ubatan baharu

DARMSTADT, Jerman, 13 November 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian lesen bagi menyediakan Evotec SE dengan akses kepada harta intelek CRISPR asas Merck. Evotec, sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang beribu pejabat di Hamburg, Jerman, akan menggunakan teknologi penyuntingan genom CRISPR Merck bagi menghasilkan titisan sel yang disunting bagi tujuan penyelidikan komersial dan dalaman Evotec.

Merck's CRISPR license to Evotec is the impetus for important drug testing and discovery, which will accelerate research and lead to new therapy development
Merck's CRISPR license to Evotec is the impetus for important drug testing and discovery, which will accelerate research and lead to new therapy development

"Lesen CRISPR ini merupakan dorongan untuk pengujian dan penemuan ubatan penting yang berjanji untuk mempercepatkan penyelidikan dan membawa kepada pembangunan terapi yang baharu," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Merck telah menjadi peneraju inovasi bagi penyuntingan gen selama 15 tahun dan terus bekerjasama dengan industri dan dunia akademik bagi menyelesaikan masalah yang rumit menggunakan teknologi CRISPR berpaten kami, secara beretika dan bertanggungjawab."

Evotec merancang untuk menggunakan portfolio harta intelek CRISPR Merck bagi membangunkan cerakinan yang direkayasa dengan tepat bagi menentukan biologi dan ketoksikan untuk calon-calon ubat berpotensi semasa kitaran pembangunan ubatan.

"Evotec teruja untuk meneruskan perkongsian kukuhnya dengan Merck melalui pelesenan teknologi CRISPR rintis mereka," kata Craig Johnstone, Ketua Pegawai Operasi Evotec. "Visi dan minat kami terhadap inovasi termasuk menggunakan teknologi CRISPR untuk menguji dan menambah baik kecekapan ubat-ubatan baharu yang kami bangunkan untuk memberi kelegaan kepada pesakit yang menderita akibat keadaan yang terabai di seluruh dunia."

Lesen baharu ini memperkukuh kolaborasi terdahulu antara Merck dan Evotec. Pada November 2016, syarikat-syarikat ini memeterai satu set perjanjian yang mana Evotec akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan menggunakan koleksi reagen genetik Merck termasuk pustaka CRISPR dan shRNA. Menggabungkan akses kepada pustaka penyuntingan genom Merck dengan kepakaran pemeriksaan Evotec menawarkan laluan yang lebih pantas untuk menerokai dan mengenal pasti sasaran ubatan baharu.

Merck memegang 20 paten berkaitan CRISPR di seluruh dunia dari segi kaedah dan komposisi, termasuk teknologi asas CRISPR Cas9 untuk penyepaduan genetik dalam sel-sel mamalia.

Merck menyokong usaha penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan yang teliti menurut piawaian yang beretika dan sah di sisi undang-undang. Syarikat menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas dan luaran bagi memberi panduan untuk penyelidikan yang melibatkan perniagaannya, termasuk penyelidikan tentang atau menggunakan penyuntingan genom. Merck turut menakrifkan kedudukan operasi jelas yang mengambil kira isu-isu saintifik dan masyarakat untuk memaklumkan pendekatan terapeutik yang meyakinkan untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 56,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Latar Belakang Evotec SE
Evotec ialah sebuah syarikat perikatan penemuan ubatan dan perkongsian pembangunan yang memberi tumpuan pada pendekatan produk inovatif yang berkembang pesat bersama syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi terkemuka, bidang akademik, kumpulan sokongan pesakit dan pemodal teroka. Kami beroperasi di seluruh dunia dan lebih daripada 2,800 kakitangan kami menyediakan penyelesaian penemuan dan pembangunan ubatan mandiri dan bersepadu yang berkualiti tinggi. Kami meliputi semua aktiviti bermula daripada sasaran-kepada-klinik bagi memenuhi keperluan industri terhadap inovasi dan kecekapan dalam penemuan dan pembangunan ubatan (EVT Execute). Syarikat telah mewujudkan kedudukan unik dengan menghimpunkan pakar-pakar saintifik bertaraf tinggi dan menyepadukan teknologi canggih serta pengalaman dan kepakaran penting dalam bidang-bidang terapeutik utama termasuk penyakit berkaitan neuron, diabetes dan komplikasi diabetes, kesakitan dan keradangan, onkologi, penyakit berjangkit, penyakit pernafasan dan fibrosis. Atas dasar ini, Evotec telah membina perancangan yang luas dan mendalam menerusi kira-kira 100 peluang produk milik bersama pada peringkat klinikal, praklinikal dan penemuan (EVT Innovate). Evotec telah menjalin beberapa perikatan jangka panjang bersama rakan-rakan kongsi termasuk Bayer, Boehringer Ingelheim, Celgene, CHDI, Novartis, Novo Nordisk, Pfizer, Sanofi, Takeda, UCB dan lain-lain. Untuk maklumat tambahan sila kunjungi www.evotec.com dan ikuti kami di Twitter @Evotec.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1025983/Evotec_CRISPR.jpg

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements