omniture

Pendamai Antarabangsa Profesor Padraig O'Malley Terima Global Citizen Award Henley & Partners Berprestij

Henley & Partners
2019-11-15 15:30 122

LONDON, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Pendamai antarabangsa Prof. Dr. Padraig O'Malley telah dinamakan oleh Henley & Partners sebagai penerima tahun 2019 bagi Global Citizen Award, satu penghormatan tahunan yang mengiktiraf individu yang menunjukkan keberanian dan komitmen luar biasa ke arah meningkatkan dan menyokong komuniti global.

Selama lebih 40 tahun, Prof. O'Malley berusaha untuk menyatukan kumpulan-kumpulan individu yang mana penentangan antara satu sama lain telah memecahbelahkan negara-negara mereka, khususnya di Ireland Utara, Afrika Selatan dan Iraq.

Menandakan kemuncak Persidangan Kewarganegaraan Global tahunan ke-13 firma migrasi pelaburan tersebut, majlis makan malam gala Global Citizen Award berlangsung di Dewan Utama Rosewood Hotel di London dan dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan, penggubal-penggubal dasar, para pemimpin pemikiran dan pakar-pakar industri dari seluruh dunia.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners dan daripada Jawatankuasa Global Citizen Award, menjelaskan pilihan pemenang untuk tahun ini: "Dengan nasionalisme dan dasar pemencilan semakin meningkat, kadang kala dapat dirasakan bahawa ideal berhubung kolaborasi dan kerjasama tidak lagi diterima. Dedikasi Prof. Padraig O'Malley terhadap ideal ini menunjukkan kepada kita bahawa dunia yang lebih baik dapat dicapai sekiranya kita mengetepikan perbezaan dan berganding bahu bersama-sama."

Prof. O'Malley sangat terlibat dalam proses damai di Ireland Utara, memainkan peranan kritikal dalam menyatukan puak-puak lawan dan meletakkan asas untuk Perjanjian Good Friday. Di Afrika Selatan, beliau mencatatkan dengan terperinci peralihan daripada aparteid kepada demokrasi dan diiktiraf kerana memainkan peranan utama yang sebahagian besarnya tidak disanjung dalam peralihan berkenaan. Di Iraq, beliau memujuk pemimpin-pemimpin daripada puak-puak politik dan agama yang berseteru di negara tersebut untuk bertemu di Finland bagi mengadakan perbincangan yang akan membentuk asas perjanjian damai.

Mengucapkan terima kasih kepada Henley & Partners atas pengiktirafan yang diberikan olehnya terhadap usaha beliau, Prof. O'Malley berkata, "Proses membina keamanan bukanlah untuk memastikan bahawa pandangan sebuah kumpulan mengatasi kumpulan yang lain, namun ia tentang pembinaan visi bersama demi masa depan yang lebih baik. Bekerjasama dengan masyarakat yang mengalami peralihan telah menunjukkan kepada saya bahawa meskipun kita menghadapi masalah, cabaran dan konteks yang berbeza, kita boleh belajar dan memberi pengajaran kepada satu sama lain."

Sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya, penerima anugerah tahun 2019 telah dipilih daripada himpunan calon oleh jawatankuasa anugerah bebas. Penerima-penerima terdahulu bagi anugerah tersebut termasuk Diep N. Vuong, Pengasas Bersama dan Presiden Pacific Links Foundation, yang berkempen untuk hak-hak mangsa penyeludupan manusia, Monique Morrow, Presiden dan Pengasas Bersama The Humanized Internet, yang menggunakan teknologi baharu bagi mempertahankan hak-hak individu yang lemah, Dr. Imtiaz Sooliman, Pengasas bagi pertubuhan bantuan bencana yang terbesar di Afrika, Gift of the Givers Foundation, serta Harald Höppner, Pengasas projek bantuan pelarian Sea Watch.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Kaelin: "Daripada memberi penghormatan kepada ahli-ahli politik atau selebriti-selebriti, jawatankuasa tersebut mengiktiraf mereka yang mempunyai pandangan di lapangan tentang isu global yang signifikan dan yang mana prospek kerjanya menunjukkan pemahaman tentang maksud sebenar kewarganegaraan global."

Hubungan media 

Sarah Nicklin
Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Kanan
sarah.nicklin@henleyglobal.com

 

 

Source: Henley & Partners
Keywords: Homeland Security Publishing/Information Service Travel Awards Public Interest