omniture

Tealium Lancar Awan Persendirian Bantu Organisasi-organisasi Kekalkan Keselamatan Data Tiada Tandingan dalam Awan

Tealium
2019-11-15 21:30 142

Inovasi terkini Tealium berikan pelanggan dengan awan persendirian yang menyediakan keselamatan dan privasi data dipertingkat. 

SAN DIEGO, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Tealium, peneraju yang dipercayai bagi perancangan data pelanggan pada waktu sebenar, hari ini mengumumkan pelancaran Tealium Private Cloud, penyelesaian awan persendirian yang pertama untuk infrastruktur data pelanggan dan teknologi platform data pelanggan. Dengan Tealium Private Cloud, organisasi-organisasi boleh mula menggunakan data pelanggan yang dipercayai dan komprehensif di samping terus mematuhi privasi data dan peraturan kawal selia seperti HIPAA.

Tealium Private Cloud  boleh digunakan sebagai awan penyewa tunggal atau berbilang penyewa sambil mengekalkan keselamatan dan kawalan yang dipertingkat berkisarkan data dan terus menyediakan kemudahan pengurusan dan kebolehskalaan yang dikaitkan dengan penawaran awan. Ini dapat membantu mengehadkan jumlah pendedahan dan skop yang diperlukan oleh pelanggan Tealium untuk mengakses apabila mengehoskan data mereka dalam awan dan membolehkan mereka menyepadukan Tealium dengan yakin dalam persekitaran dikawal selia sedia ada mereka.

Semua data dalam Tealium Private Cloud diasingkan dan ditentukan secara serantau, membolehkan kawalan keselamatan yang unik direka bentuk dan dilaksanakan dengan betul. Selain daripada ciri-ciri keselamatan ini, produk-produk dalam Hab Data Sejagat Tealium menyediakan mekanisme keselamatan tambahan yang selaras dengan standard keselamatan canggih kebanyakan perusahaan yang mementingkan privasi.

Tealium Private Cloud ideal untuk organisasi-organisasi yang mengambil berat untuk melindungi data pelanggan yang sensitif dan telah menjalani audit pihak ketiga yang bebas bagi memastikan ia mematuhi keperluan keselamatan dan privasi di bawah HIPAA. Ia juga dapat membantu organisasi-organisasi yang menghadapi pelbagai cabaran berkaitan privasi, sama ada Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) di Kesatuan Eropah atau keperluan pengurusan data geografi khas di kawasan-kawasan seperti Jerman.

"Terdapat keperluan yang serius terhadap pematuhan dalam awan dan untuk organisasi-organisasi yang mementingkan usaha untuk mengekalkan dan menyimpan data pelanggan yang betul dengan cara yang memenuhi keperluan industri," kata Mike Anderson, Pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Tealium. "Kami telah membina penyelesaian awan persendirian yang memberi peluang kepada pelanggan kami untuk meluaskan, mengatur dan melindungi data dengan mudah. Kami berharap dapat terus membangunkan penyelesaian baharu untuk meningkatkan keselamatan pada setiap titik sentuhan dalam seluruh organisasi-organisasi."

Selain membantu syarikat-syarikat untuk memenuhi keperluan pematuhan kawal selia mereka, Tealium mengemas kini semua pensijilan dan pematuhan persekitaran awan persendirian setiap tahun.

"Melindungi data dan kerahsiaan pelanggan kami adalah amat penting buat kami sebagai sebuah organisasi penjagaan kesihatan berorientasi pengguna," kata Bob Harris, Pengarah, Pandangan Pasaran dan Pengguna, Cambia Health Solutions. "Dengan Tealium Private Cloud, kami berupaya untuk memastikan data laluan klik (clickstream) kami mematuhi HIPAA sambil mengumpul dan menganalisis data secara serentak dalam seluruh rangkaian jenama Cambia dengan cara yang selamat untuk memahami pengguna dengan lebih baik dan meningkatkan pengalaman digital mereka."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tealium Private Cloud, kunjungi halaman ini.

Latar Belakang Tealium
Tealium merevolusikan perniagaan digital hari ini dengan pendekatan sejagat terhadap perancangan terperinci data pelanggan – merangkumi web, mudah alih, luar talian dan peranti Internet Pelbagai Benda. Dengan kuasa untuk menyatukan data pelanggan ke dalam satu sumber kebenaran, Tealium menawarkan ekosistem penyepaduan siap guna yang menyokong lebih 1,200 vendor dan teknologi daripada pihak pelanggan dan pihak pelayan. Hab Data Sejagat Tealium merangkumi pengurusan tag, hab API, platform data pelanggan dan penyelesaian pengurusan data yang membolehkan organisasi-organisasi untuk memanfaatkan data waktu sebenar demi mencipta pengalaman digital yang lebih beraneka dan lebih diperibadikan dalam setiap pasukan, teknologi dan titik sentuh pelanggan.

Hubungan Media
Katie Breen
Walker Sands Communications
katie.breen@walkersands.com
+1 (312) 319-7662

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1012013/Tealium_Logo.jpg  

Source: Tealium
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services