omniture

Chubb lantik Jason Keen sebagai Presiden Divisyen, Chubb Global Markets

Chubb
2019-11-15 21:36 138

LONDON, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Chubb mengumumkan pelantikan Jason Keen sebagai Presiden Divisyen, Chubb Global Markets.

Dalam peranan ini, Jason akan menggalas tanggungjawab untuk kepimpinan, strategi dan prestasi Chubb Global Markets, yang terdiri daripada perniagaan borong dan khusus Pasaran London Chubb termasuk platform Lloyd syarikat.

Jason akan memegang jawatan beliau pada awal tahun baharu ini dan akan melapor kepada David Furby, Presiden Serantau, Chubb European Group. Pelantikan beliau tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Jason menggantikan Matthew Shaw, yang akan berundur daripada syarikat.

Jason menyertai ACE (kini Chubb) pada tahun 2010 Penaja Jamin Hartanah Serantau, Asia Pasifik dan memikul tanggungjawab keseluruhan untuk portfolio Hartanah dan Kasualti syarikat di Asia Pasifik pada tahun 2016. Terdahulu, beliau bekerja untuk sindiket Lloyd, Talbot Underwriting Ltd dan Ascot Underwriting Ltd. 

"Kepintaran penajajaminan mantap Jason merupakan ciri yang membezakan dalam kejayaan beliau setakat ini dan begitu selaras dengan tradisi disiplin penajajaminan dan keputusan konsisten Chubb Global Markets kami," kata Juan Luis Ortega, Naib Presiden Eksekutif, Chubb Group dan Presiden, Overseas General Insurance.

David Furby, Naib Presiden Kanan, Chubb Group dan Presiden Serantau European Group menambah:

"Saya berasa gembira melantik Jason memimpin perniagaan Chubb Global Markets. Beliau membawa pengetahuan insurans dan pengalaman kepimpinan perniagaan yang luas untuk jawatan ini. Saya amat yakin dengan kebolehan beliau bagi memimpin perniagaan borong kami pada waktu yang sangat penting dan saya benar-benar tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau dalam bidang kuasa baharu beliau."

Latar Belakang Chubb 

Chubb ialah syarikat insurans hartanah dan kasualti diniagakan secara terbuka yang terbesar di dunia. Menerusi operasinya di 54 buah negara dan wilayah, Chubb menyediakan insurans hartanah serta kasualti komersial dan peribadi, insurans kemalangan peribadi dan kesihatan tambahan, insurans semula dan juga insurans nyawa untuk pelbagai kumpulan pelanggan. Sebagai sebuah syarikat penajajaminan, kami menilai, mengandaikan dan mengurus risiko dengan pemahaman dan disiplin. Kami menyediakan perkhidmatan dan membayar tuntutan kami dengan adil dan segera. Syarikat turut ditakrifkan oleh tawaran produk dan perkhidmatan ekstensifnya, keupayaan pengedaran yang luas, kekuatan kewangan luar biasa dan operasi tempatan di seluruh dunia. Syarikat induk Chubb Limited disenaraikan dalam Bursa Saham New York (NYSE: CB) dan merupakan komponen dalam indeks S&P 500. Chubb mengekalkan pejabat eksekutif di Zurich, New York, London, Paris dan lokasi-lokasi lain serta turut menggaji kira-kira 30,000 kakitangan di seluruh dunia. Maklumat tambahan boleh didapati di: chubb.com/uk

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/324916/Chubb_Logo.jpg  

Source: Chubb
Related Stocks:
NYSE:CB
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Personnel announcements