omniture

Texas Chicken™ Malaysia Menang Dua Anugerah untuk Kualiti dan Kecemerlangan

Texas Chicken
2019-11-16 05:25 257

Jenama Terima Putra Brand Award Gangsa dan Jenama Halal Terbaik Dunia daripada The Brand Laureate.

ATLANTA, 16 November 2019 /PRNewswire/ -- Pada penghujung September, Texas Chicken™ di Malaysia menerima dua pengiktirafan untuk prestasi berkualitinya dalam kesemua restoran di wilayah berkenaan, Anugerah Putra Brand, merupakan anugerah gaya pilihan orang ramai, dan anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia Tahunan The BrandLaureate disampaikan oleh The World Brands Foundation.

"Ini merupakan dua pengiktirafan berprestij yang kami terima dengan rasa amat berbangga bagi pihak seluruh jenama Texas Chicken," kata Tony Moralejo, naib presiden eksekutif perniagaan antarabangsa untuk Texas Chicken. "Ini hanyalah bukti tambahan bahawa dengan menyajikan rasa Texas yang berani, dengan bahan-bahan berkualiti dan persiapan yang dibuat sendiri merupakan konsep yang diingini oleh orang ramai dan berjaya pada banyak peringkat."

Texas Chicken Malaysia telah menerima anugerah Gangsa dalam Kategori Restoran & Makanan Segera daripada Putra Brand Awards. Pemenang-pemenang ditentukan semata-mata oleh pengguna yang mengundi menerusi himpunan dengan kira-kira 9,000 responden. Ini merupakan kali pertama Texas Chicken dinamakan sebagai salah satu pemenang, yang meletakkannya sebagai salah sebuah restoran kegemaran dengan khidmat pantas di Malaysia. The World Brands Foundation menganugerahi Texas Chicken Malaysia dengan Jenama Halal Terbaik Dunia atas komitmennya untuk mendukung status halal dan memenuhi keperluan ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini merupakan kali pertama Texas Chicken menerima anugerah ini.

"Pencapaian yang mengagumkan ini tidak mungkin dapat diraih tanpa usaha bersama daripada kakitangan kami yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mendorong jenama tersebut maju ke hadapan. Anugerah-anugerah ini akan menjadi dorongan yang besar buat pasukan kami dalam perjalanan kami untuk mengembangkan perniagaan kami dan membawa pengalaman menjamu selera yang hebat kepada lebih ramai penduduk Malaysia," kata Dato' Jaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings.

Kedua-dua pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting buat jenama yang agak baharu di wilayah ini. Restoran-restoran TexasChicken pertama di Malaysia dibuka pada tahun 2013 dan serta merta berkembang ke 60 lokasi restoran dan terus bertambah. "Peluang mencapai sebegitu banyak dalam tempoh yang singkat adalah amat mengujakan buat kami," kata Moralejo. "Kami terus menjadikan pencapaian ini sebagai yang pertama daripada banyak anugerah akan datang untuk TexasChicken di Malaysia dan seluruh dunia."

Latar Belakang Church's Chicken® / Texas Chicken
Ditubuhkan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W. Church, Church's Chicken, berserta jenama saudaranya, Texas Chicken di luar benua Amerika, ialah salah satu rangkaian restoran ayam khidmat pantas yang terbesar di dunia. Jenama ini mengkhusus dalam Ayam Perisa Asli dan Pedas, yang disediakan segar sepanjang hari dalam hidangan kecil yang diadun dengan tangan dan disalut serdak roti sebanyak dua kali, TenderStrips®, sandwic, Honey-Butter Biscuits™ yang dibuat sendiri dan dibakar segar serta hidangan sampingan klasik seperti gaya di rumah demi nilai yang hebat. Church's Chicken dan Texas Chicken mempunyai lebih 1,500 lokasi dalam 25 buah negara manakala jualan seluruh sistem mencecah lebih $1 bilion. Untuk maklumat lanjut tentang peluang-peluang francais Church's Chicken® atau Texas Chicken®, layari http://www.churchs.com.

Latar Belakang Envictus International Holdings Limited
Pada Julai 2012, Kumpulan ini menandatangani Perjanjian Francais Berbilang Unit Antarabangsa 10-tahun yang eksklusif dengan Cajun Global LLC yang berpangkalan di AS untuk hak-hak eksklusif bagi membangunkan dan mengendalikan restoran-restoran Texas Chicken di Malaysia dan Brunei mulai tahun 2013 hingga 2022. Ini menandakan kemasukan Sulung Kumpulan ini dalam segmen makanan segera. Restoran-restoran ini menghidangkan ayam goreng besar lembut dan lazat penuh berperisa, Kentang jejari, biskut mentega madu, kentang lecek, coleslaw, burger dan sundae, antaranya. Sejak pembukaan kedai utama yang pertama, Envictus memanfaatkan permintaan kukuh untuk konsep restoran Texas Chicken dengan mengembangkan kehadirannya pada kadar yang baik untuk mencecah sejumlah 60 buah restoran pada ketika ini, khususnya di kawasan Lembah Klang di Malaysia.

Hubungan Media:
Peyton Sadler
866-571-3449
peyton@inklinkmarketing

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/374365/texas_chicken_3d_Logo.jpg

Source: Texas Chicken
Related Links:
Keywords: Restaurants Retail Awards