omniture

Publicis Sapient Dinamakan Peneraju antara Agensi-agensi Pengalaman Digital Global

Publicis Sapient
2019-11-18 13:03 117

NEW YORK, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Publicis Sapient, hab transformasi digital Publicis Groupe, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai Peneraju dalam The Forrester Wave™: Agensi-agensi Pengalaman Digital Global, Suku Keempat Tahun 2019. Publicis Sapient merupakan antara 14 penyedia perkhidmatan yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam penilaian ini.

Selain diiktiraf sebagai Peneraju, laporan ini menonjolkan Publicis Sapient sebagai penyedia perkhidmatan berkedudukan tertinggi dalam kategori Tawaran Semasa. Menurut Forrester: "Publicis Sapient mengurus maklumat melalui strategi, reka bentuk dan kejuruteraan" dan "dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan lain yang dinilai, Publicis Sapient mempunyai penerimaan pelanggan yang lebih tinggi serta penilaian strategi dan pandangan pengalaman pelanggannya, reka bentuk pengalaman, kejuruteraan produk serta perkhidmatan teknologi."

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh Forrester sebagai Peneraju. Kami percaya bahawa pengiktirafan ini memperlihatkan pengalaman digital yang kami cipta yang membolehkan klien kami melangkaui jangkaan pelanggan mereka," kata John Maeda, Ketua Pegawai Pengalaman di Publicis Sapient. "Selama mana Apple telah mendominasi dalam rekaan, kami telah melakar pengalaman 'dataful' (penuh data) secara diam-diam untuk klien kami yang menggabungkan pandangan pengguna dengan teknologi baharu bagi mencipta nilai perniagaan yang transformatif.''

Laporan The Forrester Wave™: Agensi-agensi Pengalaman Digital Global, Suku Keempat Tahun 2019 membantu golongan profesional pembangunan dan penyampaian aplikasi memilih vendor yang betul untuk keperluan mereka dan mengakui bahawa: "Hari ini dan selama-lamanya, pengalaman digital merupakan keseluruhan hubungan yang dijalin oleh pelanggan atau pekerja bersama syarikat anda" dan "Pengalaman digital kini mengulangi dan menyokong seluruh perjalanan pelanggan, sama ada secara langsung melalui layan diri atau tidak langsung melalui pekerja."

Laporan berkenaan, yang ditulis oleh Ted Schadler, Naib Presiden dan Penganalisis Utama di Forrester, berkata: "Pelanggan rujukan menyukai kebolehan Publicis Sapient menghubungkan inisiatif kepada transformasi digital yang lebih luas dan untuk memupuk perkongsian yang mendalam. Seorang pelanggan berkata, 'mereka benar-benar melihat sesuatu perkara dari perspektif nilai perniagaan dan nilai pelanggan bagi mendorong impak untuk perniagaan kami.'" Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa "Publicis Sapient ialah padanan yang baik untuk syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat runding dan transformasi pengalaman."

Forrester menilai setiap satu daripada 14 penyedia perkhidmatan terhadap 24 kriteria, yang dikumpulkan kepada tiga kategori: Tawaran Semasa, Strategi dan Kehadiran Pasaran. Setiap penyedia perkhidmatan yang dimasukkan ke dalam penilaian tersebut mempunyai portfolio perkhidmatan pengalaman digital dan kapasiti untuk menyampaikan, kehadiran global dan keupayaan penyampaian serta kepimpinan pasaran dan keterlihatan. Untuk melihat laporan penuh, sila kunjungi publicissapient.com.

Latar Belakang Publicis Sapient
Publicis Sapient ialah rakan kongsi transformasi digital yang membantu organisasi-organisasi yang dibina mendapat kemudahan digital, baik dalam cara mereka bekerja dan cara mereka melayani pelanggan. Kami membantu meneroka nilai melalui pemikiran permulaan dan kaedah moden, menggabungkan strategi, perundingan dan pengalaman pelanggan dengan kejuruteraan tangkas serta kreativiti penyelesaian masalah. Sebagai perintis digital dengan 20,000 orang dan 53 pejabat di seluruh dunia, pengalaman kami merangkumi teknologi, sains data, perundingan dan obsesi pelanggan – digabungkan dengan budaya rasa ingin tahu dan yang tidak kenal lelah – membolehkan kami mempercepatkan perniagaan pelanggan kami melalui perekaan produk dan perkhidmatan yang benar-benar dihargai oleh pelanggan mereka. Publicis Sapient ialah hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe. Untuk maklumat lanjut, kunjungi publicissapient.com

Hubungan Media:
Ashish Prashar
Pengarah Kanan Komunikasi Luar Global
ashish.prashar@publicissapient.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/823375/Publicis_Sapient_Logo.jpg

 

Source: Publicis Sapient
Keywords: Computer/Electronics Awards