omniture

Walmart Canada dan DLT Labs™ lancar penyelesaian rantaian blok pengeluaran penuh terbesar dunia untuk aplikasi industri

DLT Labs Inc.
2019-11-18 13:10 149
  • Jaringan barangan angkut dan pembayaran berasaskan rantaian blok Walmart Canada, direka dan dibina oleh Walmart Canada dan DLT Labs™, mewujudkan kolaborasi dan perkongsian maklumat termaju dengan 70 syarikat pengangkutan dengan trak pihak ketiga yang mengangkut inventori untuk Walmart Canada di seluruh negara
  • Penyelesaian rantaian blok pengeluaran penuh perusahaan pertama dilancarkan secara meluas untuk fungsi misi kritikal setakat ini

TORONTO, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Walmart Canada dan DLT Labs™ hari ini mengumumkan pelancaran jaringan barangan angkut dan pembayaran berasaskan rantaian blok Walmart Canada, penyelesaian rantaian blok pengeluaran penuh yang terbesar di dunia untuk sebarang aplikasi perindustrian. Sistem baharu ini menggunakan teknologi lejar teragih bagi mengesan penyerahan, mengesahkan transaksi dan mengautomasikan pembayaran dan penyelarasan antara Walmart Canada dan pengangkutnya yang menghantar inventori kepada lebih 400 gedung runcit di seluruh Kanada setiap tahun. Semua pengangkut pihak ketiga Walmart Canada dijadualkan beroperasi pada 1 Februari 2020. Penyelesaian ini boleh diakses menggunakan portal web dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan.

Walmart Canada bekerjasama dengan DLT Labs™ untuk mengautomasikan data barangan angkut dan pembayaran menggunakan platform rantaian bekalan utama DLT DL Asset Track™. Jaringan barangan angkut dan pembayaran berasaskan rantaian blok yang baharu ini mengurus, menyepadukan dan menyegerakkan semua data rantaian bekalan dan logistik pada waktu sebenar, mengagregatkan data antara Walmart Canada dan kumpulan trak pihak ketiganya pada lejar bersama. Penyelesaian ini juga mengautomasikan pelbagai pengiraan yang diperlukan untuk membolehkan penghantaran invois, pembayaran dan penyelesaian pada waktu sebenar. Dalam masa yang sama, ia bersepadu secara lancar dengan sistem legasi setiap syarikat, maka organisasi-organisasi boleh terus mengikuti proses sedia ada mereka tanpa latihan semula atau pelaburan baharu dalam teknologi. Inovasi ini terhasil daripada fokus berterusan Walmart Canada untuk mengurangkan kos bagi memastikan harga terendah setiap hari untuk pengguna Kanada.

John Bayliss, naib presiden kanan, logistik dan rantaian bekalan, Walmart Canada, berkata, "Walmart Canada berdedikasi terhadap kecekapan dalam seluruh perniagaan kami, termasuk yang paling penting dalam rantaian bekalan dan pengurusan logistik kami. Rakan-rakan kongsi pengangkut kami memindahkan lebih 500,000 muatan inventori ke seluruh negara, yang mewujudkan jumlah data transaksi yang luar biasa banyak. Platform teknologi rantaian blok dinamik dan interaktif yang baharu ini mewujudkan ketelusan sepenuhnya antara Walmart Canada dan semua rakan kongsi pengangkut kami." Bayliss menambah, "Rantaian blok mendayakan kemajuan bahan dalam jaringan pengangkutan pintar kami, dengan pembayaran dipercepatkan, penjimatan kos yang ekstensif dan faedah-faedah lain antara rantaian bekalan kami. Selain itu, tahap kecekapan yang dipertingkat ini menonjolkan platform yang hebat buat kami untuk terus mengurangkan jejak alam sekitar kami dan meneruskan kepimpinan kami dalam kelestarian alam sekitar."

Loudon Owen, Ketua Pegawai Eksekutif DLT Labs™, berkata, "Walmart ialah peneraju global dalam inovasi, dengan tumpuan yang berterusan untuk meningkatkan kehidupan orang ramai dan DLT Labs™ pula berbesar hati untuk bekerjasama dengan sebuah organisasi yang begitu luar biasa bagi membawa penyelesaian rantaian blok yang pertama dan terbesar di dunia kepada industri untuk dijayakan. Ini membuktikan nilai tinggi rantaian blok dan mewujudkan keadaan untuk merevolusikan pengurusan rantaian bekalan dan logistik, hasil daripada kebolehannya untuk mendayakan perkongsian maklumat yang selamat, mengurus kepercayaan dan mengurangkan sisa dalam proses operasi berbilang rakan kongsi." Owen menambah, "Sebagaimana konsep Roman, 'dictum meum pactum' (bermaksud 'kata itu kota') menjadi asas untuk membina perdagangan, produk ini mewujudkan perjanjian digital yang selamat menggunakan rantaian blok bagi memperbaharui kepercayaan dan kecekapan dalam perdagangan global."

Bison Transport merupakan rakan kongsi pengangkut dalam usaha rintis jaringan barangan angkut dan pembayaran berasaskan rantaian blok baharu ini. Menurut Rod Hendrickson, Naib Presiden Kewangan, Bison Transport, "Rakan-rakan kongsi hebat mencari cara yang inovatif untuk mencipta penyelesaian perniagaan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Inisiatif rantaian blok yang diusahakan oleh kami bersama Walmart dan DLT Labs menumpu pada pencarian tersebut – penyelesaian yang saling memberi manfaat yang berfungsi dengan baik untuk Bison Transport dan Walmart Canada. Projek ini merupakan suatu paradigma baharu yang akan meningkatkan dengan ketara aliran kerja, mengurangkan kertas kerja dan menjadikan perniagaan yang kami jalankan bersama Walmart lebih cekap." 

Pusat-pusat agihan Walmart Canada merupakan hab aktiviti, dengan lebih 4,500 rakan sekutu dan pemandu memindahkan ribuan barangan sehari dari lokasi-lokasi yang terletak di Calgary, Mississauga dan Cornwall ke gedung-gedung dari seluruh negara di Kanada. Walmart Canada mengendalikan 8.75 juta kaki persegi pusat agihan dan memindahkan lebih 853 juta kotak barangan setiap tahun. Barangan ini diangkut dengan kombinasi kumpulan pengangkutan pihak ketiga selain kumpulan pengangkutan milik Walmart Canada dengan 180 traktor, 2,000 treler dan lebih 350 pemandu. Setiap treler pihak ketiga menjejaki kira-kira 200 titik data bagi setiap penghantaran. Mengautomasikan koleksi dan pengurusan data ini menggunakan rantaian blok menghasilkan penjimatan kos yang signifikan.

Walmart Canada komited terhadap kepimpinan berterusan dalam membangunkan jaringan pengangkutan yang pintar, telahpun mewujudkan teknik-teknik yang lebih cekap untuk pemuatan, penghalaan, pemanduan dan penambahbaikan cekap tenaga dengan pengeluar trak. Saling sambungan data antara Walmart Canada dan rakan-rakan kongsi pengangkutnya menyediakan platform untuk meningkatkan operasi dengan ketara, penyelarasan penyerahan dan kecekapan penghalaan, pengurangan sisa dan kos serta penyelarasan dan pemprosesan bayaran automatik.

FAEDAH-FAEDAH LANGSUNG PENYELESAIAN BARANGAN ANGKUT & PEMBAYARAN
DIBANGUNKAN OLEH WALMART CANADA DAN DLT LABS™

  • Perolehan & Integriti Data: Repositori teragih meningkatkan kepercayaan dan ketelusan dengan berkongsi maklumat dan mengautomasikan aliran kerja serta pengiraan bagi meminimumkan usaha manual serta meningkatkan ketepatan.
  • Kecekapan Sistem: Penggunaan sumber kolektif yang lebih baik, termasuk tindak balas lebih cepat, penjejakan dan pengesanan lebih baik dan pengesanan masalah lebih awal.
  • Masa Transaksi Lebih Pantas: Penggabungan waktu sebenar semua peraturan dan transaksi perniagaan bagi menghasilkan invois tunggal dapat mengurangkan masa menunggu dan mempercepatkan bayaran. 
  • Menghapuskan Pertikaian: Semua peserta kini dapat mengurus dengan berkesan penghantaran yang rumit, invois, pembayaran dan proses penyelesaian, sambil mengurangkan masa tidak produktif yang diluangkan terhadap pertikaian dan perdamaian.
  • Mengurangkan Kos: Peningkatan kecekapan mengurangkan kos teknologi perusahaan dan pentadbiran semua pihak.
  • Belanjawan dan Perancangan Lebih Baik: Data waktu sebenar yang tepat kini dapat digunakan untuk analitik dipertingkat dan pemodelan prediktif.

Faedah-faedah ini mungkin diperoleh lantaran ciri-ciri sedia ada dalam teknologi rantaian blok yang membolehkan simpanan data yang dikongsi, tidak berubah dan sangat boleh diaudit pada lejar yang selamat dan dikongsi. Biarpun aplikasi teknologi rantaian blok dalam industri telah lama dibincangkan, ini merupakan pelaksanaan praktikal yang pertama secara meluas dan ia diperlihatkan dengan jelas faedah-faedah ketara rantaian blok. Tambahan pula, platform ini digunakan dalam aspek misi kritikal perniagaan Walmart Canada, rantaian bekalannya dan perlu memenuhi tahap keselamatan dan pengujian tertinggi.

Memandangkan jaringan pengangkutan menjadi semakin saling terhubung dan produk-produk pula dibenamkan dengan peranti pengkomputeran yang membentuk Internet Pelbagai Benda (IoT), sejumlah besar data dihasilkan yang perlu diurus dan disepadukan. Hal ini mencabar khususnya di dalam dan antara berbilang pihak dalam organisasi-organisasi besar yang mana maklumat mungkin disimpan dan digunakan dalam sistem-sistem operasi yang berbeza dan terpecah-pecah. Dalam jaringan pengangkutan, sebagai contoh, terdapat kira-kira 170 kos berubah-ubah untuk setiap trak dari titik data seperti data sistem penentu kedudukan global (GPS), kontrak, penghantaran dan maklumat perakaunan. Meskipun faedah-faedah saling menghubungkan semua pihak adalah besar, mengurus semua maklumat yang dihasilkan boleh menyesakkan sistem teknologi maklumat legasi. Penyelesaian berasaskan rantaian blok ialah jawapannya.

Latar Belakang DLT Labs™ Inc. 
DLT Labs™ ialah peneraju global bagi pembangunan dan penyampaian penyelesaian serta teknologi rantaian blok perusahaan, selain sebagai pelopor dalam penciptaan dan pelaksanaan piawaian untuk pembangunan aplikasi. Platform utamanya, DL Asset Track™ ialah platform modular sepenuhnya dengan antara muka grafik intuitif yang disesuaikan khusus untuk pengurusan rantaian bekalan yang menawarkan platform yang terjamin secara unik untuk merekodkan transaksi serta interaksi digital dengan cara yang telus, tangkas, boleh diaudit dan cekap. Ia merekodkan dan mengemas kini semua transaksi pada waktu sebenar, menjadikan maklumat tersedia kepada semua peserta yang dibenarkan. Dengan rekod prestasi mendalam menerusi inovasi dan salah satu himpunan terbesar dunia pakar-pakar rantaian blok yang amat berpengalaman, DLT Labs™ membolehkan transformasi dan inovasi proses berbilang pemegang kepentingan yang kompleks. Ikuti di DLTLabs.com dan @dltlabs.

Latar Belakang Walmart Canada 
Walmart Canada mengendalikan rantaian yang semakin berkembang dengan lebih 400 gedung seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta pelanggan setiap hari. Gedung dalam talian utama Walmart Canada, walmart.ca dikunjungi oleh 750,000 pelanggan setiap hari. Dengan lebih 85,000 rakan sekutu, Walmart Canada ialah salah satu majikan yang terbesar di Kanada dan tersenarai sebagai salah satu daripada 10 jenama paling berpengaruh terunggul negara. Program kedermawanan ekstensif Walmart Canada memberi tumpuan untuk menyokong keluarga Kanada yang memerlukan dan sejak tahun 1994 Walmart Canada telah mengumpul dan menderma lebih $400 juta kepada badan-badan amal Kanada. Maklumat tambahan boleh didapati di walmartcanada.cafacebook.com/walmartcanada dan @walmartcanada.  

Untuk maklumat lanjut: Untuk pertanyaan media: DLT LABS™ – Loudon Owen, Ketua Pegawai Eksekutif – 416-518-6355 – loudon.owen@dltlabs.com; Walmart Canada – Adam GrachnikAdam.Grachnik@walmart.com

 

Source: DLT Labs Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail Supermarkets Transportation Trucking and Road Transportation Blockchain