omniture

Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia Bertemu Pope Francis Gereja Katolik dan Imam Besar al-Azhar buat Pertama Kali untuk Persembahkan Rumah Keluarga Abrahamik

The Higher Committee for Human Fraternity
2019-11-18 19:23 304

Jawatankuasa Tinggi turut Alu-alukan Irina Bokova, mantan Ketua Pengarah UNESCO, yang menjadi ahli kesembilan menyertai jawatankuasa tersebut, termasuk himpunan pelbagai ketua agama, pendidikan dan budaya antarabangsa

ABU DHABI, UAE, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, sebuah kumpulan dengan ketua agama, ilmuwan berpendidikan dan pemimpin budaya dari seluruh dunia, bertemu dengan Yang Mulia Pope Francis daripada Gereja Katolik dan Imam Besar al-Azhar, Yang Dimuliakan Sheikh Ahmed el-Tayeb, buat julung kalinya bagi menyampaikan perkembangan terkini tentang Rumah Keluarga Abrahamik, salah satu daripada projek pertama yang akan dibimbing oleh Jawatankuasa Tinggi, yang bakal ditempatkan di Pulau Saadiyat di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu.

The Higher Committee for Human Fraternity
The Higher Committee for Human Fraternity

Pertemuan ini dibuat semasa pengumuman tentang penambahan Irina Bokova, mantan Ketua Pengarah UNESCO, ke dalam jawatankuasa ini.

Bokova berkhidmat sebagai Ketua Pengarah UNESCO selama dua penggal dari tahun 2009 hingga 2017, yang mana dalam tempoh tersebut beliau mendapat reputasi kerana menyokong kuat toleransi agama dan kewujudan bersama secara aman. Di samping itu, Bokova merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, selain Duta Bulgaria ke Perancis manakala di UNESCO, sebagai Wakil Presiden Republik Bulgaria ke Organisation Internationale de la Francophonie.

Jawatankuasa Tinggi ini mempersembahkan Rumah Keluarga Abrahamik kepada Yang Mulia Pope Francis daripada Gereja Katolik dan Imam Besar al-Azhar, Yang Dimuliakan Sheikh Ahmed el-Tayeb di Vatican, sebuah projek yang mencerminkan aspirasi di sebalik Dokumen Persaudaraan Manusia. Sebuah gereja, masjid dan sinagog akan berkongsi ruang kolektif buat julung kalinya, bertindak sebagai komuniti untuk dialog dan pertukaran antara agama dan memupuk nilai hidup bersama secara aman dan penerimaan antara kepercayaan, bangsa dan budaya berbeza. Reka bentuk Rumah Keluarga Abrahamik dianugerahkan kepada arkitek tersohor di dunia, Sir David Adjaye OBE, pada September 2019.

Ia merupakan salah satu projek pertama yang akan dibimbing oleh pihak Jawatankuasa Tinggi, selain peranannya dalam mengawasi prinsip dan aspirasi Dokumen Persaudaraan Manusia untuk Keamanan Dunia dan Kehidupan Bersama, ditandatangani oleh Yang Mulia Pope Francis daripada Gereja Katolik dan Imam Besar al-Azhar, Yang Dimuliakan Sheikh Ahmed el-Tayeb di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), semasa kunjungan Paus yang bersejarah pada Februari 2019.

Pertemuan tersebut turut mengemukakan tentang penambahan Irina Bokova, yang mana dalam kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia, akan menggunakan kebolehan terkenal beliau dan pengalaman antarabangsa yang tiada tandingan untuk membantu jawatankuasa berkenaan mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia.

Melalui satu kenyataan bersama, Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia berkata: "Sepanjang kerjaya beliau, Bokova telah membuktikan dirinya sebagai pejuang toleransi dan kewujudan bersama antara komuniti. Beliau membawakan pengalaman tidak ternilai yang luas dalam penyelarasan program serta inisiatif di peringkat antarabangsa yang akan menjadi penting dalam mencapai tujuan Jawatankuasa Tinggi."

Mengulas mengenai pengumuman berkenaan, Irina Bokova berkata: "Saya berbesar hati dapat menyertai badan utama dengan ketua-ketua agama dan budaya ini yang bermatlamat untuk mencapai objektif-objektif Dokumen Persaudaraan Manusia yang bersejarah, yang mana, dalam dunia yang amat memerlukan dialog dan sifat saling menghormati, menjadi sangat penting."

Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia melibatkan ahli-ahli dari UAE, Sepanyol, Itali, Mesir serta AS dan hari ini, Bulgaria. Ahli-ahli tersebut ialah: Yang Mulia Miguel Àngel Ayuso Guixot, Presiden Majlis Pontifikal untuk Dialog Antara Agama Holy See; Hakim Mohamed Mahmoud Abdel Salam, Bekas Penasihat Imam Besar Al-Azhar, Yang Dimuliakan Sheikh Ahmad At-Tayyeb; Rabai M. Bruce Lustig, Rabai  Kanan di Washington Hebrew Congregation; Monsignor Yoannis Lahzi Gaid, Setiausaha Peribadi Bapa Suci; Profesor Mohamed Hussein Mahrasawi, Presiden Al-Azhar University; Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi; Dr. Sultan Faisal Al Remeithi, Ketua Setiausaha Muslim Council of Elders; dan Yasser Hareb, seorang penulis dan penyampai berita TV Emiriah Arab Bersatu.

Jawatankuasa Tinggi ini turut menambah: "Sempena peristiwa Hari Toleransi Antarabangsa, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Irina Bokova untuk menyokong ahli-ahli jawatankuasa bagi menggalakkan kewujudan bersama, persaudaraan dan toleransi di serata dunia."

Tujuan Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia adalah untuk mengilhamkan kewujudan bersama secara aman dalam kalangan individu dengan kepercayaan, latar belakang dan bangsa berbeza di seluruh dunia. Jawatankuasa ini akan bertindak menerusi aspirasi yang digariskan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia dengan mengadakan mesyuarat bersama ketua agama, ketua organisasi antarabangsa dan lain-lain bagi menggalakkan tindakan yang akan mencipta dunia yang lebih aman buat semua umat manusia.

Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia akan terus berkembang untuk menggabungkan ketua-ketua daripada mazhab dan kepercayaan lain pada tahun-tahun akan datang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.forhumanfraternity.org

Latar Belakang Jawatankuasa Tinggi Persaudaraan Manusia  

Jawatankuasa Tinggi merupakan himpunan pelbagai ketua agama, ilmuwan berpendidikan dan pemimpin budaya dari seluruh dunia yang ditugaskan untuk memenuhi prinsip dan aspirasi yang digariskan dalam Dokumen Persaudaraan Manusia.

Bidang tugas jawatankuasa ini termasuk pertemuan bersama ketua agama, ketua organisasi antarabangsa dan lain-lain dari seluruh dunia untuk menyokong dan menyebarkan nilai-nilai saling menghormati dan kewujudan bersama secara aman, selain memberi nasihat tentang pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk merealisasikan dokumen tersebut termasuk Rumah Keluarga Abrahamik, sebuah pusat antara agama yang bakal dibina di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Jawatankuasa ini berada pada tahap awal namun mengujakan dalam perjalanannya dan mula meletakkan asas dari segi bagaimana ia akan berganding bahu bersama-sama untuk mencapai matlamatnya dan akan terus berkembang bagi melibatkan ketua-ketua daripada agama, mazhab dan kepercayaan lain.

Ahli-ahli jawatankuasa ini ialah:

  • Kardinal Lantikan Miguel Àngel Ayuso Guixot, Presiden Majlis Pontifikal untuk Dialog Antara Agama Holy See
  • Hakim Mohamed Mahmoud Abdel Salam, Bekas Penasihat Imam Besar Al-Azhar, Yang Dimuliakan Sheikh Ahmad At-Tayyeb
  • Rabai M. Bruce Lustig, Rabai Kanan di Washington Hebrew Congregation
  • Monsignor Yoannis Lahzi Gaid, Setiausaha Peribadi Bapa Suci
  • Profesor Mohamed Hussein Mahrasawi, Presiden Al-Azhar University
  • Mohamed Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi
  • Dr. Sultan Faisal Al Remeithi, Ketua Setiausaha Muslim Council of Elders
  • Yasser Hareb, seorang penulis dan penyampai berita TV Emiriah Arab Bersatu
  • Irina Bokova, Mantan Ketua Pengarah UNESCO

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1030484/Human_Fraternity.jpg

Untuk Pertanyaan Media UAE dan Timur Tengah, sila hubungi:
press@forhumanfraternity.org
T: +971 (0)50 8531916

Untuk Pertanyaan Media Antarabangsa, sila hubungi:
press@forhumanfraternity.org
T: +1 (212) 704-8245

Source: The Higher Committee for Human Fraternity
Keywords: Education Publishing/Information Service Religion Trade show news