omniture

Mystifly Umum Pelancaran 'OnePoint C2' - API Pertama Industri Disesuaikan untuk Tingkatkan Pengalaman Peruncitan Perjalanan Udara

Mystifly
2019-11-18 19:51 245

Pasaran Peruncitan Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia berkedudukan untuk menakrifkan semula penjadualan semula/pembatalan proses pembelian tiket dengan pelancaran ciri produk terkininya      

SINGAPURA, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Menerusi satu lagi langkah untuk memudahkan pengalaman selepas pembelian tiket, Mystifly memperkenalkan – 'OnePoint C2'. Menjurus ke arah peningkatan pengalaman pelanggan untuk pengantara perjalanan, C2 membolehkan pembatalan satu klik yang dijamin dan pertukaran tiket automatik. Digabungkan dengan API OnePoint Mystifly, C2 memperkasa penyedia OTA, Edagang mendatar/menegak & lain-lain untuk menjual Perjalanan Udara dengan cara yang lancar.

Ciri-ciri yang menjadikan C2 sebagai proposisi unik untuk OTA: 

  • Kos penalti dijamin segera untuk bayaran balik/pertukaran tiket udara
  • Lebih 200 syarikat penerbangan dilibatkan
  • API bayaran balik tiket/pertukaran tiket udara satu-klik percuma Debit Memo

Dikuasakan oleh NPL/ML dan dimodelkan dengan 6 tahun data perubahan/pembatalan, C2 mempunyai potensi untuk mencipta semula pendekatan terhadap permintaan selepas penukaran. "Dekad ini akan menyaksikan revolusi dalam peruncitan syarikat penerbangan. Mystifly ialah jenama dan rakan kongsi dalam Industri Penerbangan yang berdedikasi untuk mengukuhkan setiap peringkat dalam proses pembelian tiket. Menerusi tawaran terkini kami – C2, kami menggabungkan pengalaman kami dalam pasaran tambang udara global, kepakaran domain mendalam, petabait data & pembelajaran mesin, bagi menghasilkan produk yang mengemas kini kos penalti dengan segera dan tepat untuk permintaan penjadualan semula/pembatalan. Proses yang ringkas namun berkesan ini melenyapkan kebiasaan dan membuka jalan untuk peruncitan yang lebih cekap," kata Rajeev Kumar, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mystifly.

Menerusi budaya yang memupuk inovasi dan komitmen terhadap kecemerlangan, Mystifly terus membuka jalan bagi menakrifkan semula landskap peruncitan syarikat penerbangan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mystifly, OnePoint, C2 dan faedah-faedahnya, temui pasukan Mystifly di persidangan Phocuswright di Miami antara 18 - 21 November 2019.

Latar Belakang Mystifly:  

Mystifly ialah Pasaran Tambang Udara Global B2B yang menawarkan keupayaan tambang udara & peruncitan syarikat penerbangan daripada lebih 750 syarikat penerbangan IATA dan bukan IATA, termasuk lebih 180 LCC, diperoleh dari lebih 80 negara tempat jualan. Ditubuhkan pada tahun 2009, Mystifly memberi tumpuan untuk mengaplikasikan gabungan yang betul antara teknologi dan proses pemikiran yang berdaya cipta bagi menghasilkan penyelesaian yang mengubah dan memudahkan perjalanan udara. Pasaran Hab Nilai Mystifly menjadi teras kepada strategi masa depannya, mengukuhkan inisiatif peruncitan udara termasuk NDC, One Order dan NewGen ISS bagi membawakan perkhidmatan pengedaran, penyempurnaan dan pembayaran pada satu platform.

Suit produk Mystifly memperkasa lebih 2,500 pelanggan di seluruh dunia. Setelah menutup pusingan pembiayaan Siri A, syarikat yang menguntungkan itu akan segera mengumumkan rancangan pengumpulan dana Siri Bnya.

www.mystifly.com 
LinkedIn: /company/mystifly
Twitter: /MystiflyWorld

Hubungi:
Jyothi P S
Pengurus – Pemasaran
E: marketing@mystifly.com  
M: +91-80-67046000

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1030072/Mystifly_Logo.jpg

Source: Mystifly
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Passenger Aviation Travel New products/services