omniture

Education Relief Foundation: Selatan Global Terajui Untuk Bangunkan Sistem Pendidikan Sesuai untuk Masa Depan

The Education Relief Foundation
2019-11-18 21:00 341

GENEVA, 18 November 2019 /PRNewswire/ -- Dengan semua semakan yang telah selesai, Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif kini telah dimuktamadkan. Deklarasi Sejagat ini akan diterima pakai secara rasminya di Bandar Raya Djibouti semasa majlis penutupan III ForumBIE 2030 – Sidang Kemuncak Antarabangsa bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif, yang akan diadakan pada 27-29 Januari 2020.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8649551-education-relief-foundation-system-future/

President of the Republic of Djibouti, Ismaïl Omar Guelleh, and ERF President Manssour Bin Mussallam, when they met to discuss the holding of the III ForumBIE 2030 in Djibouti
President of the Republic of Djibouti, Ismaïl Omar Guelleh, and ERF President Manssour Bin Mussallam, when they met to discuss the holding of the III ForumBIE 2030 in Djibouti

Sebagai sebahagian daripada komitmen yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat ini, penerimaannya akan menyaksikan pembentukan instrumen berbilang hala baharu dari segi kerjasama teknikal dan kewangan, bagi memastikan mekanisme yang mampan untuk menyokong sistem pendidikan di seluruh dunia.

Deklarasi Sejagat ini mengikuti semangat persetujuan antarabangsa yang terdahulu. Ia menggabungkan idea-idea berkenaan, menghubungkannya dengan konsep-konsep baharu dan menempatkannya dalam struktur yang holistik, fleksibel dan berfungsi yang diletakkan pada empat tonggak utama: Intrapengkulturan, Transdisciplinarity, Dialektisisme dan Kontekstualiti.

Deklarasi Sejagat ini, yang memasukkannya sendiri dalam proses yang diterajui oleh negara-negara Selatan Global, menangani keperluan segera untuk menggubal reformasi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan komuniti dan masyarakat yang dikontekskan serta peri pentingnya pembangunan mampan, dengan menempatkan sumber-sumber yang diperlukan pada pengaturan kolektifnya.

Education Relief Foundation (ERF) ialah sebuah pertubuhan bukan untuk keuntungan dan bukan kerajaan yang berpangkalan di Geneva yang bermatlamat untuk membangunkan, mempromosikan dan menerapkan pendidikan yang seimbang dan inklusif melalui pembangunan dasar, pembinaan kapasiti dan penglibatan masyarakat awam, antara aktiviti-aktiviti lain.

ForumBIE 2030 yang pertama diadakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland pada Disember 2017. Pada November 2018, II ForumBIE 2030 di Bandar Raya Mexico menyaksikan pelancaran Panduan Global bagi Etika, Prinsip, Dasar dan Amalan dalam Pendidikan Seimbang dan Inklusif serta penandatanganan awal Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan Seimbang dan Inklusif – dokumen yang menyeru untuk persiapan Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif.

Setakat ini, Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan Seimbang dan Inklusif telah mengumpulkan 41 tandatangan, mewakili 671 entiti kerajaan, akademik dan masyarakat awam dari 110 buah negara.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1029420/President_of_Djibouti_and_ERF_President.jpg

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Etienne Lacombe-Kishibe, Ketua Bahagian Media dan Komunikasi

E: e.kishibe@educationrelief.org | T: 0041 (0) 22 920 0859 | M: 0041 (0) 79 864 2692

 

 

 

 

Source: The Education Relief Foundation
Keywords: Banking/Financial Service