omniture

Cambridge Quantum Computing Umum Keluaran Baharu Tindanan Perisian t|ket⟩™ yang Dikemas Kini

Cambridge Quantum Computing Limited
2019-11-19 18:18 252

t|ket   sedia peralatan penting yang membolehkan pengguna memaksimumkan prestasi komputer kuantum dalam era NISQ

CAMBRIDGE, England, 19 November 2019 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing ("CQC") hari ini mengumumkan pelancaran pytket 0.4 – kemas kini utama versi python untuk tindanan perisian dan kerangka penyusun kuantum t|ket mereka yang sudahpun merupakan yang terbaik dalam kelasnya. 

t|ket CQC menawarkan aliran kerja fleksibel untuk membangunkan kimia kuantum dan aplikasi pembelajaran mesin kuantum. T|ket⟩⟩ merupakan pengoptimum litar dan sistem peruntukan bit kuantum yang utama dalam kelasnya, menjana litar berkecekapan tinggi yang ditalakan kepada mana-mana pemproses dan peranti kuantum utama.

Enjin kompilasi ini menyediakan pas pengoptimuman berorientasikan aplikasi berprestasi tinggi, dengan antara muka konsisten merentasi penghalaan, pengoptimuman dan transformasi litar yang lain.  Penggabung transformasi unik ini membolehkan pengguna mereka bentuk pas mereka sendiri, untuk meminimumkan keperluan sumber kuantum bagi aplikasi pilihan mereka, sementara sentiasa memastikan ketepatan litar keseluruhan, tanpa mengira platform sasaran.

Selain penambahbaikan dalam pengoptimuman litar dan penghalaan qubit, antara muka bahagian belakang konsisten yang baharu membolehkan pengguna membuat pertukaran secara lancar antara platform atau simulator perkomputeran kuantum berbeza dengan menukar satu baris kod tunggal dan masih menggunakan sepenuhnya kelebihan kompilasi berprestasi tinggi t|ket, yang kini menggunakan data penentukuran peranti (di mana tersedia) untuk memaksimumkan kesetiaan litar keseluruhan.

Tambahan lagi, kini bahagian depan t|ket menyertakan ciri yang membolehkan pembinaan litar fleksibel, termasuk get pelbagai kawalan, kelas tertentu get tersuai dan sokongan untuk bahasa pemprograman Quipper.

Untuk butiran lanjut, termasuk terma penggunaan: https://cqcl.github.io/pytket/build/html/index.html

Latar Belakang Cambridge Quantum Computing

Cambridge Quantum Computing (CQC) ialah syarikat perisian perkomputeran kuantum terkemuka dunia dengan lebih 60 saintis termasuk 35 pemegang doktor falsafah di serata pejabat di Cambridge (UK), San Francisco, London dan Tokyo. CQC membina peralatan untuk pengkomersialan teknologi kuantum yang akan mempunyai kesan global mendalam.

CQC menggabungkan kepakaran dalam perisian kuantum, terutamanya platform pembangunan kuantum (t|ket⟩TM), aplikasi perusahaan dalam bidang kimia kuantum (EUMEN), pembelajaran mesin kuantum (QML) dan keselamatan siber (IronBridge).

Untuk maklumat lanjut mengenai CQC, lawati www.cambridgequantum.com

Source: Cambridge Quantum Computing Limited
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services