omniture

Syarikat ubat-ubatan global terkemuka laksanakan pelaburan strategik dalam SiO2 Medical Products peroleh akses kepada teknologi pempakejan baharu yang berpotensi disruptif

SiO2 Medical Products, Inc.
2019-11-20 01:37 223
  • Pelaburan sahkan minat untuk menggunakan teknologi SiO2 yang mungkin memberi kelebihan termasuk kualiti dan prestasi dipertingkat 
  • Teknologi rintis SiO2 dijangkakan dapat membantu memberi faedah-faedah kawal selia, pempakejan utama yang dipertingkat dan penjimatan operasi berpotensi untuk pelbagai produk 
  • Pembiayaan bersama-sama dipimpin oleh MPM Capital, sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan utama  

AUBURN, Alabama, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, SiO2 Medical Products mengumumkan satu pelaburan strategik oleh Novartis untuk meneroka dan berkemungkinan menggunakan sains bahannya untuk teknologi pempakejan dalam rangkaian produknya. Bekas SiO2 terdiri daripada badan plastik yang dibentuk dengan lapisan seakan-akan kaca yang nipis pada bahagian dalam. Melalui teknologi berpaten SiO2, pelbagai faedah berpotensi dijangkakan:

 

  • Pempakejan dipertingkat (zarahan rendah, bebas minyak Silikon dan Tungsten, tanpa pelekangan, sekatan oksigen seakan-akan kaca, kawalan dimensi lebih ketat, tiada retakan);
  • Teknologi sains bahan inovatif berpotensi mencapai piawaian kualiti dan keselamatan dipertingkat untuk Biologik. Memandangkan pihak berkuasa kesihatan menjadi lebih ketat tentang kontaminasi zarahan, khususnya dalam produk oftalmik, teknologi SiO2 menawarkan platform unik untuk membantu memenuhi keperluan ini; dan
  • Penjimatan operasi berpotensi yang berkaitan dengan kawalan dimensi lebih baik. Ini membolehkan pengendalian, pengisian, pemeriksaan, antara muka dengan mekanisme (contohnya penyuntik-auto) dan pemberian dos yang lebih tepat.

Dijangkakan bahawa selepas penerimaan pertama yang membuahkan hasil untuk penggunaan oftalmik, teknologi ini boleh dilanjutkan kepada pelbagai produk.

SiO2, sebuah syarikat sains bahan termaju milik persendirian, mengeluarkan bekas ubatan utama Polimer Olefin Siklik (COP) dibentuk-tepat yang menggabungkan sistem salutan yang tipis, lutsinar dan berasaskan silikon yang terdiri daripada organosiloksana dan lapisan-Nano silika. Sistem salutan rintis ini menggabungkan dengan unik ketahanan dan kekonsistenan dimensi plastik dengan ciri-ciri sekatan oksigen, kebolehekstrakan yang rendah dan kestabilan pH kaca (iaitu kuarza).

 "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelabur-pelabur kami Novartis serta MPM Capital dan kami berharap dapat berkolaborasi dengan Novartis untuk pelbagai aplikasi menerusi teknologi sains bahan kami," kata Lawrence Ganti, Ketua Pegawai Komersial. "Novartis berkongsi visi kami untuk memajukan teknologi bagi membawakan hasil pesakit yang lebih baik. Kami percaya kolaborasi ini merupakan salah satu daripada yang pertama seumpamanya yang mana penggunaan sains bahan termaju dalam penyampaian ubatan mungkin dapat membantu menambah baik kehidupan pesakit." Menurutnya dalam satu kenyataan bersama oleh Dr. Robert Pangborn, ketua Penyelidikan & Pembangunan yang telah bersara, Dow Chemical Corp., dan Dr. Bob Langer, Profesor di MIT, kedua-duanya merupakan pemimpin dalam Lembaga Saintifik SiO2 dan menerusi kolaborasi saintis-saintis yang terkemuka dari serata dunia.

"Kepimpinan SiO2 digabungkan dengan kolaborasi Novartis, meletakkan organisasi untuk mencapai kejayaan masa depan," kata Tony Rosenberg, Rakan Kongsi Eksekutif MPM Capital dan Pengarah Lembaga SiO2. "Teknologi salutan permukaan yang inovatif daripada SiO2 untuk bekas ubatan utama berpotensi untuk mendayakan inovasi merentas pelbagai jenis produk semasa kitaran pembangunan hinggalah penyampaian pasaran akhir."

Latar Belakang MPM Capital
MPM Capital ialah sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan dengan lebih dua dekad pengalaman menubuhkan dan melabur dalam syarikat-syarikat sains hayat yang berusaha untuk menterjemahkan inovasi saintifik kepada penawar untuk penyakit-penyakit utama. Menerusi pasukan profesional pelaburan dan Rakan Kongsi Eksekutif yang berpengalaman dan berdedikasi, MPM berusaha untuk memperkasa kejayaan cemerlang perubatan baharu yang dapat mengubah kehidupan pesakit. Firma ini melabur dalam tiga kaedah: BV2018, dana modal usaha niaga; dana lintasan onkologi sahaja (ekuiti persendirian dan awam); serta satu lagi inisiatif pelaburan berfokus onkologi bersama Dana-Farber Cancer Institute. Untuk maklumat lanjut kunjungi http://www.mpmcapital.com/www.mpmcapital.com.

Latar Belakang SiO2 Medical Products
SiO2 Medical Products ialah perbadanan sains bahan termaju A.S. milik persendirian, diurus oleh keluarga yang sama sepanjang 100 tahun lalu yang sentiasa terlibat dalam memperkenalkan teknologi disruptif rintis. Tumpuan syarikat adalah untuk menghasilkan pempakejan yang paling selamat dan paling andal untuk industri bioteknologi dan industri berkaitan. Syarikat telah membangunkan bahan baharu untuk menghasilkan pelbagai produk melaluinya. Syarikat kini terletak di Auburn, Alabama berhampiran Atlanta, Georgia dan dalam usaha untuk membangunkan kemudahan baharu yang terletak berhampiran Basel, Switzerland untuk menghasilkan kualiti 'six-sigma plus' yang sama di kesemua kemudahannya. Syarikat menjalin perkongsian yang mendalam bersama profesor-profesor terkemuka di universiti-universiti penyelidikan terkemuka seperti University of California, University of Chicago, MIT dan CalTech. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.sio2med.com

Kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan tertentu yang berkaitan dengan SiO2 Medical Products yang berdasarkan kepercayaan pengurusan SiO2 serta andaian yang dibuat oleh dan maklumat yang kini tersedia kepada pengurusan SiO2. Kenyataan pandang ke hadapan ini, mengikut sifatnya, tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan ketara. Kenyataan pandang ke hadapan ini termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan prospek perniagaan SiO2, pembangunan masa depan, trend dan keadaan dalam industri dan pasaran geografi yang melaluinya SiO2 beroperasi, strateginya, rancangan, objektif dan matlamat, keupayaannya untuk mengawal kos, kenyataan berkaitan dengan harga, jumlah, operasi, margin, trend pasaran keseluruhan, pengurusan risiko dan kadar tukaran.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/556205/SiO2_Logo.jpg

Source: SiO2 Medical Products, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Paper/Forest Products/Containers Financing agreements