omniture

Wunderman Thompson Bekerjasama dengan Tealium

Tealium
2019-11-20 09:00 238

Tealium akan bawakan penstriman profil kepada timbunan teknologi Awan Pelanggan Wunderman Thompson, memperkasa pelanggan untuk mengumpul, menyeragamkan, mentadbir dan merancang pengalaman dalam masa nyata

SAN DIEGO, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Tealium, pemimpin yang dipercayai dalam perancangan terperinci data pelanggan masa nyata, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Wunderman Thompson, sebuah syarikat WPP, untuk menyepadu CDP AudienceStream Tealium sebagai Enjin Penstriman Profil untuk Awan Pelanggannya.

Awan Pelanggan Wunderman Thompson mengumpulkan jenama dan orang ramai untuk perbualan yang berkaitan dan tepat pada masanya, bertindak sebagai hab dan Gedung penjelasan untuk data pelanggan. Platform ini menyepadu Adtech, Martech dan ekosistem Data lain jenama untuk mewujudkan, mengurus, meningkatkan, memperkaya, mengemaskini, mengawal dan mengaktifkan profil menyeluruh pelanggan mereka. Inovasi ini memperkasa pengalaman yang berkaitan dan diperibadikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja pengalaman-pengalaman tersebut berlaku, menggalakkan penglibatan yang lebih mendalam, tindakan dan penukaran yang lebih tinggi. CDP AudienceStream Tealium bertindak sebagai lapisan profil yang neutral dalam timbunan teknologi, mengawal dan mengemaskini pandangan tunggal pelanggan yang diperkaya di semua titik sentuhan, membolehkan pengalaman dimaklumkan dengan maklumat terkini dan terbaik.

 "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Tealium kerana teknologi ini membolehkan kami mengemaskini dan mengumpul profil pengguna dalam masa nyata di seluruh ekosistem Adtech, memperkasa pelanggan kami untuk menggunakan pengalaman yang mantap untuk pelanggan mereka," kata Jacques van Niekerk, Ketua Pegawai Eksekutif Wunderman Thompson Data. "Dengan Tealium, Awan Pelanggan kami boleh berhubung dengan pelayar, menginges isyarat, mengenal pasti pelanggan, mengemaskini profil mereka, dan bertindak terhadap maklumat ini dengan kandungan secukupnya dalam masa yang singkat, semuanya dalam tempoh milisaat."

"Wunderman Thompson adalah yang paling maju dalam pemasaran yang dipacu data, jadi kami berbangga untuk bertindak sebagai lapisan perancangan terperinci data pelanggan yang membolehkannya untuk menyampaikan pengalaman yang berkaitan dan diperibadikan kepada pelanggan mereka," kata Mike Anderson, Pengasas dan Ketua Operasi Teknologi Tealium. "Kami tidak sabar untuk menyaksikan impak penyepaduan kami dengan Awan Pelanggan Wunderman Thompson dan bagaimana ia akhirnya membantu pelanggan Wunderman Thompson menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat."

Selain CDP AudienceStream Tealium, Tealium menawarkan portfolio penyelesaian yang lengkap dalam Hab Data Universal Tealium yang merangkumi iQ Tag Management Tealium, EventStream (Hab API) dan DataAccess. Tealium juga menawarkan penyelesaian Pengurusan Persetujuan untuk menangani keperluan GDPR dan CCPA dan penghubung prabina kepada beratus-ratus sumber data digital.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Tealium, lawati www.tealium.com.

Latar Belakang Tealium
Tealum merevolusi perniagaan digital hari ini dengan pendekatan sejagat perancangan terperinci data pelanggan – merangkumi web, mudah alih, luar talian dan peranti Internet Komunikasi Benda. Dengan kuasa untuk menyatukan data pelanggan ke dalam satu sumber kebenaran, Tealium menawarkan ekosistem penyepaduan sedia diguna yang menyokong lebih daripada 1,200 vendor dan teknologi dari pihak pelanggan dan dari pihak pelayan. Hab Data Universal Tealium merangkumi pengurusan tag, hab API, platform data pelanggan, dan penyelesaian pengurusan data yang membolehkan organisasi memanfaatkan data masa nyata untuk mewujudkan pengalaman digital yang lebih beraneka dan lebih diperibadikan dalam semua pasukan, teknologi, dan titik sentuhan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.tealium.com.

Latar Belakang Wunderman Thompson
Wunderman Thompson ialah agensi kreatif, data dan teknologi yang dibina untuk menginspirasi pertumbuhan pelanggannya dan orang ramai. Pakar kami menyampaikan penyelesaian hujung-ke-hujung pada global dengan semangat keusahawanan yang menyemai kreativiti dengan teknologi baru muncul untuk menyampaikan hasil kerja revolusioner. Beribu pejabat di New York, kami ialah agensi seluruh dunia yang menghimpunkan lebih 20,000 orang dalam 90 pasaran di seluruh dunia.

Hubungan Media

Tealium 

Katie Pratt 

Walker Sands Communications

katie.pratt@walkersands.com

+1 (312) 964-9108

Wunderman Thompson Data 

Nina Piccinini 

Wunderman Thompson Data

nina.piccinini@wundermanthompson.com

+ 1 (303) 883-6397

 

Source: Tealium
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Contracts Data Analytics