omniture

dmg events Keluarkan Laporan Pasca Acara dan Dapatan Daripada Gastech 2019

dmg events
2019-11-21 05:20 102

Pameran dan Persidangan Gastech 2019 berlangsung pada on 17 – 19 September di Houston bertempat di NRG Center. Acara berkenaan dihadiri oleh lebih 30,000 hadirin antarabangsa, 689 pempamer dan 2,516 hadirin persidangan daripada 30 sektor industri dan 112 buah negara.

LONDON, 20 November 2019 /PRNewswire/ -- Penganjur-penganjur acara Pameran dan Persidangan Gastech, dmg events, telah mengeluarkan laporan pasca acara yang memperincikan keputusan tinjauan bebas dan pandangan daripada acara tersebut yang berlangsung pada September lalu.

Laporan berkenaan menyediakan sorotan daripada seluruh program persidangan dan lantai acara pameran, angka kehadiran dan demografi, maklum balas daripada hadirin selain keputusan tinjauan bebas daripada satu sampel hadirin semasa berlangsungnya acara dan juga selepas acara.

Tokoh-tokoh kerajaan, awam dan industri utama yang hadir termasuk:

  • Presiden George W. Bush
  • Puan Laura W. Bush
  • Dr Michio Kaku, Futurist
  • Jim Bridenstine, Pentadbir, NASA
  • Pengerusi Neil Chatterjee, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengawalseliaan Tenaga Persekutuan
  • Peter Clarke, Ketua LNG Global, Naib Presiden Kanan, ExxonMobil Upstream Oil & Gas Company
  • De La Rey Venter, Naib Presiden Eksekutif, Usaha Niaga Gas Bersepadu, Shell
  • Meg Gentle, Ketua Pegawai Eksekutif, Tellurian
  • Mike Sabel, Pengerusi Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama & Pengasas, Venture Global LNG
  • T.Y.T. Nadeem Babar, Pembantu Khas kepada Perdana Menteri (SAPM) untuk Divisyen Petroleum, Republik Islam Pakistan
  • T.Y.T. Fatma Zohra Cherfi, Timbalan Menteri Tenaga, Republik Demokratik Rakyat Algeria
  • YB Bill Johnston, Menteri Perlombongan dan Petroleum serta Tenaga, Kerajaan Australia Barat
  • Tony Attah, Pengarah Urusan & Ketua Eksekutif, Nigeria LNG
  • Mark Loquan, Presiden, The National Gas Company of Trinidad & Tobago
  • Peter Coleman, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Woodside
  • Rachid Hachichi, Ketua Pegawai Eksekutif, Sonatrach

"Kami berasa amat gembira kerana dapat membawakan acara yang begitu berjaya bagi tahun 2019," kata Nick Ornstien, Naib Presiden Acara – Tenaga Global untuk dmg events. "Sebagaimana yang ditunjukkan daripada laporan pasca acara, Gastech menjadi keutamaan dalam perbincangan tentang gas dan tenaga global. Dengan menghimpunkan kerajaan, syarikat, organisasi dan individu yang serupa untuk berkongsi penyelidikan asal dan teknologi, memperkenalkan strategi komersial terkini – kesemuanya yang akhirnya dapat mendorong perniagaan dan membentuk masa depan untuk industri yang mengujakan dan pesat berkembang ini."

Laporan pasca acara Gastech 2019 disediakan untuk dimuat turun secara dalam talian di www.gastechevent.com/psr.

Gastech 2020 akan diadakan mulai 8 – 10 September di Singapore EXPO di Singapura, untuk maklumat lanjut kunjungi www.gastechevent.com.

Hubungan Media: 
Samantha Lynch
Pengurus Pemasaran Kanan
marketing@gastechevent.com
+44-(0)203-615-5940

Source: dmg events
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Publishing/Information Service Transportation Utilities New products/services Survey, Polls & Research Trade show news