omniture

Indeks Keganasan Global 2019: Kematian Akibat Keganasan Berkurang Separuh Sejak Empat Tahun Lalu, namun Bilangan Negara Terjejas akibat Keganasan Meningkat

Institute for Economics & Peace
2019-11-22 11:08 359

LONDON, 22 November 2019 /PRNewswire/ --

  • Kematian akibat keganasan menurun sebanyak 15.2 peratus pada 2018 kepada 15,952 seluruh dunia. Ini merupakan penambahbaikan tahun keempat berturut-turut. 
  • Taliban telah mengatasi ISIL untuk menjadi kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia, mencatatkan 71 peratus peningkatan dalam kematian akibat keganasan. Kumpulan ini bertanggungjawab untuk 38 peratus daripada semua kematian akibat pengganas di seluruh dunia pada tahun 2018.
  • 98 negara bertambah baik tahun ini, dengan 40 negara semakin merosot — bilangan tertinggi negara yang bertambah baik berbanding tahun sebelumnya sejak tahun 2004.  
  • Keganasan masih kekal sebagai ancaman keselamatan global dengan 71 negara mencatatkan sekurang-kurangnya satu kematian pada tahun 2018 — bilangan negara kedua tertinggi sejak tahun 2002 dan tambahan empat negara berbanding pada tahun 2017.  
  • Kematian di Eropah menurun sebanyak 70 peratus, dengan Eropah Barat mencatatkan bilangan insiden terendah sejak tahun 2012. 
  • Terdapatnya peningkatan keganasan sayap kanan untuk tahun ketiga berturut-turut di Eropah Barat, Amerika Utara dan Oceania, dengan bilangan kematian meningkat sebanyak 52 peratus pada tahun 2018. Trend ini berterusan sehingga tahun 2019, dengan 77 kematian sehingga penghujung September 2019.
  • Impak ekonomi global terhadap keganasan ialah US$33 bilion pada tahun 2018, berkurangan sebanyak 38 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Indeks Keganasan Global (GTI) 2019, kematian akibat keganasan menurun untuk tahun keempat berturut-turut, selepas memuncak pada tahun 2014. Bilangan kematian kini menurun sebanyak 52 peratus sejak tahun 2014, jatuh daripada 33,555 kepada 15,952. Indeks Keganasan Global tahunan, yang kini memasuki tahun ketujuhnya, dibangunkan oleh Institute for Economics & Peace (IEP) dan menyediakan sumber yang paling komprehensif mengenai trend pengganas global. 

Jumlah kematian menurun sebanyak lebih 15 peratus pada tahun 2018, dengan penurunan terbesar berlaku di Iraq dan Somalia akibat daripada kekalahan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Iraq serta serangan udara yang diketuai oleh AS terhadap Al-Shabaab. Penurunan kematian juga ditunjukkan dalam skor negara, dengan 98 buah negara bertambah baik berbanding 40 buah negara yang merosot. Ini merupakan bilangan negara yang tertinggi yang mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sejak tahun 2004.

Walau bagaimanapun, meskipun GTI mendapati bahawa intensiti keganasan telah menurun, ia turut menunjukkan bahawa keganasan masih tersebar luas dan semakin meningkat, dengan 71 buah negara mengalami sekurang-kurangnya satu kematian. Ini merupakan bilangan kedua tertinggi sejak permulaan abad ini.

  • Bilangan negara yang mencatatkan kematian akibat keganasan meningkat daripada 67 buah negara kepada 71 buah negara pada tahun 2018.
  • Afghanistan mengalami kenaikan terbesar bagi kematian akibat keganasan, meningkat sebanyak 59 peratus daripada tahun sebelumnya dan kini berada di bahagian bawah indeks ini.
  • Buat pertama kali sejak tahun 2003, Iraq bukanlah negara yang paling terjejas akibat keganasan.
  • Selain Afghanistan hanya tiga negara lain — Nigeria, Mali dan Mozambique — mencatatkan kenaikan yang tinggi dalam kematian akibat keganasan pada tahun 2018. Setiap satu daripada negara-negara ini mencatatkan lebih daripada 100 kematian tambahan.
  • Asia Selatan mengalami impak tertinggi akibat keganasan sejak tahun 2002, manakala Amerika Tengah dan wilayah Caribbean mengalami kesan yang paling rendah.

Steve Killelea, Pengerusi Eksekutif IEP, menjelaskan tentang dapatan tersebut: "Kajian oleh IEP mendapati bahawa konflik dan keganasan yang ditaja oleh negeri merupakan punca-punca utama keganasan. Pada tahun 2018, lebih 95 peratus daripada kematian akibat keganasan berlaku di negara-negara yang telahpun mengalami konflik. Apabila digabungkan dengan negara-negara dengan tahap keganasan politik yang tinggi, angka ini melonjak kepada lebih 99 peratus. Daripada 10 buah negara yang paling terjejas akibat keganasan*, kesemuanya terlibat sekurang-kurangnya dalam satu konflik ganas tahun lalu."

Bagi Amerika Utara, Eropah Barat dan Oceania, ancaman daripada keganasan politik sayap kanan telah meningkat sejak lima tahun lalu, dengan 19 buah negara terjejas oleh serangan dalam tempoh ini. Di kawasan-kawasan ini, serangan sayap kanan meningkat sebanyak 320 peratus antara tahun 2014 dan 2018. Trend ini berterusan sehingga tahun 2019, dengan 77 kematian dikaitkan dengan keganasan sayap kanan dari awal tahun hingga penghujung September. Tidak seperti keganasan Islamis, tiada seorang pun pelaku pada tahun 2018 mendakwa sebagai ahli kumpulan pengganas terancang, lalu menjadikannya sukar untuk organisasi-organisasi keselamatan mencegah serangan sedemikian.

Peningkatan dalam aktiviti pengganas di Afghanistan, digandingkan dengan pengurangan secara beransur-ansur konflik di Syria dan Iraq, mengakibatkan Taliban mengatasi ISIL sebagai kumpulan pengganas yang paling berbahaya di dunia pada tahun 2018. Bilangan kematian yang dikaitkan dengan Taliban meningkat hampir 71 peratus, kepada 6,103, dan menyumbang sebanyak 38 peratus daripada semua kematian di seluruh dunia. Sebaliknya, kematian yang dikaitkan dengan ISIL menurun di seluruh dunia sebanyak hampir 70 peratus, menurun daripada 4,350 pada tahun 2017, kepada 1,328 pada tahun 2018. 

Walau bagaimanapun, beberapa kumpulan gabungan ISIL telah mencatatkan peningkatan tahap aktiviti pengganas. Negara Islam Wilayah Khorasan merupakan kumpulan pengganas keempat paling berbahaya pada tahun 2018, dengan lebih seribu kematian direkodkan, dengan kebanyakan daripada kematian ini berlaku di Afghanistan. Secara keseluruhan, terdapat tiga belas kumpulan atau gerakan yang mana masing-masing membunuh lebih daripada seratus orang pada tahun 2018.

Terdapat juga peningkatan penyertaan wanita dalam keganasan, meskipun ia masih menyumbang kepada peratusan yang kecil daripada semua serangan. Trend ini semakin meningkat sejak lima tahun yang lalu, dengan bilangan serangan berani mati wanita meningkat sebanyak 450 peratus antara tahun 2013 dan 2018. Sebaliknya, serangan berani mati lelaki menurun sebanyak 47 peratus dalam tempoh yang sama. Kebanyakan kenaikan ini boleh dikaitkan dengan Boko Haram, menyumbang sebanyak hampir 80 peratus daripada semua serangan berani mati wanita sejak lima tahun yang lalu.

Di Eropah, bilangan kematian akibat keganasan menurun untuk tahun kedua berturut-turut, daripada lebih dua ratus pada tahun 2017 kepada 62 pada tahun 2018. Hanya dua serangan membunuh lima orang atau lebih.

En. Killelea menjelaskan: "Kejatuhan ISIL di Syria dan Iraq ialah salah satu faktor yang membolehkan Eropah Barat untuk merekodkan bilangan insiden terendahnya sejak tahun 2012, dengan tiada kematian dikaitkan dengan kumpulan tersebut pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, keadaan masih kekal tidak menentu, dengan sebahagian besar Syria mengalami perbalahan dan banyak kumpulan lebih kecil yang bersimpati dengan falsafah ISIL masih aktif, tidak menolak kemungkinan berlakunya serangan Islamis yang selanjutnya di Eropah."

Kejatuhan keganasan turut disertai oleh pengurangan dalam impak ekonomi global terhadap keganasan, berkurangan sebanyak 38 peratus kepada US$33 bilion pada tahun 2018. Berbanding bentuk keganasan yang lain seperti pembunuhan, konflik bersenjata dan perbelanjaan ketenteraan, keganasan hanyalah peratusan kecil daripada kos keganasan global keseluruhan, yang bersamaan dengan US$14.1 trilion pada tahun 2018. Namun begitu, impak ekonomi keganasan yang sebenar mungkin lebih tinggi memandangkan angka-angka ini tidak menyumbang kepada kesan tidak langsung terhadap perniagaan, pelaburan dan kos yang berkaitan dengan agensi-agensi keselamatan dalam menangani keganasan.

Catatan untuk Editor
Laporan GTI 2019 penuh dan peta interaktif disediakan di: www.visionofhumanity.org
Ikuti: @GlobPeaceIndex #TerrorismIndex
Klik Suka: www.facebook.com/globalpeaceindex

* 10 negara paling terjejas akibat keganasan
1) Afghanistan 2) Iraq 3) Nigeria 4) Syria 5) Pakistan 6) Somalia 7) India 8) Yaman 9) Filipina 10) Republik Demokratik Congo 

Indeks Keganasan Global (GTI) 
GTI oleh Institute for Economics & Peace menyediakan ringkasan komprehensif mengenai trend dan pola global yang utama terhadap keganasan sejak 18 tahun lalu. Laporan ini menyenaraikan 163 negara (99.7 peratus daripada penduduk global) dari segi bagaimana negara menerima impak akibat keganasan. Penunjuk-penunjuk termasuk bilangan kejadian pengganas, kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Pangkalan Data Keganasan Global
GTI menggunakan data daripada set data Pangkalan Data Keganasan Global (GTD) berhubung keganasan oleh Konsortium Kebangsaan bagi Kajian Keganasan dan Respons terhadap Keganasan (START), sebuah Jabatan dalam Pusat Kecemerlangan Keselamatan Dalam Negeri yang dipimpin oleh University of Maryland. Ia menyediakan sumber paling komprehensif mengenai trend pengganas global.

Institute for Economics & Peace 
Institute for Economics & Peace (IEP) ialah badan pemikir yang terkemuka di dunia yang dikhususkan untuk membangunkan metrik bagi menganalisis keamanan dan mengukur nilai ekonominya. Institut ini melakukannya dengan menghasilkan indeks global dan negara, termasuk Indeks Keamanan Global tahunan, menghitung kos ekonomi keganasan dan memahami keamanan positif.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/792052/IEP_Logo.jpg 

 

 

Source: Institute for Economics & Peace
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Homeland Security Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Public Safety Survey, Polls & Research