omniture

Janio dan MDEC bekerjasama untuk memacu transformasi digital PKS Malaysia

Janio
2019-11-22 14:05 333

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Janio telah dilantik sebagai rakan kongsi inisiatif e-Dagang rentas sempadan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) untuk membantu memacu Peta Jalan Strategik e-Dagang Nasional Malaysia (NESR). Sebagai rakan kongsi MDEC, Janio membantu perusahaan kecil dan sederhana Malaysia berkembang di luar negara dengan menyediakan penyelesaian logistik merentas sempadan yang akan menyampaikan produk mereka di seluruh Asia Tenggara.

Dibangunkan pada 1996 oleh kerajaan Malaysia, MDEC giat berusaha untuk memacukan transformasi digital merentasi seluruh sektor di Malaysia, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Antara inisiatif mereka ialah membawa masuk lebih banyak pedagang ke Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

DFTZ ialah platform perdagangan dunia elektronik yang direka bentuk bagi memudahkan eksport untuk PKS Malaysia. Ia dengan menyediakan platform, aktiviti e-pemenuhan pesanan dan langkah-langkah mempertingkatkan pemudahan perdagangan. Rangkaian logistik Janio yang beroperasi dalam DFTZ membolehkan eksport PKS Malaysia untuk menyampaii kepada pelanggan antarabangsa.

Demi membantu MDEC memacu NESR lebih jauh, Janio telah bekerjasama dengan MDEC untuk menganjurkan acara bagi membawa lebih banyak perniagaan Malaysia memasuki ke e-Dagang dan DFTZ secara aktif.

Di acara-acara ini, Janio berkongsi pandangan untuk membantu meningkatkan penggunaan e-Dagang rentas sempadan oleh pedagang dan cara memanfaatkan peluang e-Dagang antarabangsa di Asia Tenggara. Acara ini termasuk Forum e-Dagang Sarawak, Karnival Inovasi ICT Terengganu dan acara terbaru pada 31 Oktober di Kuala Lumpur dinamakan "Jom Jadi Global: Berjaya di Indonesia menerusi e-Dagang."

Janio juga menghubungkan PKS Malaysia kepada pelbagai rakan kongsi e-Dagang seperti JDID dan Avana. Menerusi rakan kongsi ini, pedagang Malaysia boleh mendapatkan ilmu dan kepakaran merentas seluruh ekosistem e-Dagang termasuk kemasukan ke pasaran antarabangsa dan senarai pasaran dalam talian dan serta banyak lagi.

Carol Fung, Ketua Penyesuaian PKS di MDEC, menambah, "Janio telah banyak membantu dalam pelaksanaan program penyesuaian MDEC untuk memacu NESR ke hadapan. Terutamanya dalam membantu para pedagang mengakses pasaran antarabangsa seperti Indonesia."

"Kami tidak sabar menanti untuk bekerjasama dengan MDEC bagi membantu lebih banyak perniagaan berkembang merentas sempadan e-Dagang," kata Syed Ali Ridha Madihid, Ketua Pegawai Operasi Janio Asia.

Latar Belakang Janio:

Janio ialah penyedia perkhidmatan logistik rentas sempadan yang memudahkan penyampaian e-dagang di Asia Tenggara. Menggabungkan teknologi dengan pengetahuan pasaran, Janio menyediakan penyelesaian logistik dari hujung ke hujung yang berkesan, termasuk bayaran tunai semasa penghantaran antarabangsa dan pelepasan kastam yang membolehkan penghantar menguruskan penghantaran antarabangsa menggunakan platform tunggal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.janio.asia

 

Source: Janio
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Contracts