omniture

Syarikat Restoran Francais Korea Dkore Lancar 'Sos Korea Semua Dalam Satu'

Dkore, All In One Korean Sauce
2019-11-27 09:22 466

SEOUL, Korea Selatan, 27 November 2019 /PRNewswire/ -- 'Dkore', syarikat bagi restoran francais tauhu lembut Korea 'Bukchang-dong Soondubu', melancarkan 'All In One Korean Sauce' ('Sos Korea Semua Dalam Satu'). Sos Korea Semua Dalam Satu terdiri daripada empat jenis: Sos Kimchi, Sos Lada Merah, Sos Stok Tulang Daging dan Sos Pes Kacang Soya. Dengan menggunakan sos ini dalam hidangan masakan tempatan, orang ramai yang tidak biasa dengan makanan Korea juga boleh membuat dan menikmati makanan gabungan baharu, manakala mereka yang menggemari makanan Korea tradisional boleh membuat makanan Korea tanpa perlu ke Korea.

Dkore, Sos Korea Semua Dalam Satu
Dkore, Sos Korea Semua Dalam Satu

Menggunakan Sos Kimchi, yang menyajikan Kimchi, makanan yang mewakili Korea, tukang masak boleh memasak Stew Kimchi Korea tradisional atau Nasi Goreng Kimchi dengan mudah, serta gabungan dengan makanan asing untuk menghasilkan Taco Kimchi dan Sandwic Kimchi. Sos Lada Merah boleh digunakan untuk memasak Stew Tauhu Pedas, yang rasanya serupa dengan restoran Dkore, "Bukchang-dong Soondubu". Ia juga dapat membuat Stew dan Mi pedas. Sos Stok Tulang Daging boleh digunakan dalam masakan periuk panas atau sup dumpling untuk memberi rasa yang mudah, manakala Sos Pes Kacang Soya boleh digunakan untuk membuat Sup Miso.

Sos Korea Semua Dalam Satu, dihasilkan untuk eksport ke luar negara, ialah produk hasil usaha Dkore untuk mengglobalisasikan makanan Korea dan membangunkan budaya Korea. Sejak penubuhannya pada tahun 2001, "Bukchang-dong Soondubu" Dkore yang kini mempunyai 75 kedai di Korea, telah menjadi restoran yang popular bukan sahaja untuk penduduk Korea, tetapi juga untuk pelancong asing dengan menjual makanan yang lazat lagi sihat. Di samping itu, Bukchang-dong Soondubu menjual stew tauhu lembut, samgyetang dan bulgogi, agar anda dapat menikmati pelbagai jenis makanan Korea bersama-sama stew tauhu lembut.

Dkore juga berjaya menghasilkan samgyetang dengan tauhu dan mengumumkan bahawa ia juga akan mengeksport tauhu samgyetang bersama Sos Korea Semua Dalam Satu, yang menggandakan harapan untuk menikmati makanan yang sihat dan lazat.

Pertanyaan Pembelian Sos Korea Semua Dalam Satu: jyshin@dkore.co.kr

Laman sesawang rasmi Dkore: http://www.dkore.co.kr/#introduce

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647254-1?lang=0

Source: Dkore, All In One Korean Sauce
Keywords: Food/Beverages New products/services