omniture

Platform fesyen global, SSENSE, perluas tawarannya dengan pelancaran pakaian anjing

SSENSE
2019-12-07 23:08 162

Koleksi termasuk pakaian dan aksesori anjing daripada campuran jenama mewah dan pereka baru muncul, kini disediakan di ssense.com

MONTREAL, 7 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Platform fesyen global, SSENSE, dengan sukacitanya mengumumkan penampilan sulung pakaian anjing di ssense.com. Mengaplikasikan arah pembelian yang utama dalam industri untuk menyusun beraneka jenis label mewah yang mantap, pereka baru muncul dan jenama kasual—direka khas untuk anjing—ini merupakan yang pertama untuk SSENSE tatkala ia berkembang ke dalam segmen pakaian haiwan kesayangan.

Logo: SSENSE
Logo: SSENSE

SSENSE bekerjasama erat dengan jenama-jenama untuk membangunkan beraneka jenis pakaian anjing, menggunakan koleksi eksklusif daripada 032c, Ashley Williams, Burberry, Heron Preston, Marine Serre, Moncler Genius, Paul Smith, Stutterheim, Versace dan VIP. Koleksi pertama termasuk abah-abah, cawak, kolar, baju panas, loket kolar dan banyak lagi dengan harga jualan bermula daripada ¥7500 JPY hingga ¥140500 JPY.

"Saya memiliki dua ekor anjing yang diselamatkan yang amat saya sayangi. Peluang untuk menghasilkan kapsul yang mengutamakan mereka untuk SSENSE ialah sesuatu yang lahir dari hati," kata pereka Ashley Williams. "Grafik sahabat baik mencerminkan DNA jenama Ashley Williams dan perasaan saya terhadap anjing, umumnya. Kami turut menyertakan padanan kolar anjing dan aksesori rambut dalam fabrik kami yang paling popular, yang kami harapkan agar orang ramai dapat menikmatinya bersama haiwan kesayangan mereka."

Inspirasi untuk melancarkan pakaian anjing di ssense.com tercetus oleh reaksi yang amat positif terhadap siri Instagram SSENSE #SSENSEInterns yang berlaku semula, yang mana jenama tersebut menampilkan anjing kakitangan memperagakan fesyen terkini. Wawasan ini terus disokong oleh trend pakaian haiwan kesayangan yang semakin berkembang dan peluang untuk berhubung dengan pengguna ini.

"Semakin ramai golongan milenia yang berbelanja lebih banyak untuk haiwan kesayangan mereka, terutamanya anjing. Terdapat minat yang semakin meningkat untuk mencerminkan gaya individu mereka dan personaliti anjing mereka melalui pakaian. Dengan hampir 80% daripada audiens SSENSE berada dalam lingkungan umur 18 dan 34 tahun, kami menyaksikan lonjakan pantas dalam penglibatan bilamana kami menyiarkan #SSENSEInterns pada akaun Instagram kami. Di samping itu, hampir 70% daripada kakitangan SSENSE merupakan golongan milenia, maka kami dapat melihat sendiri tumpuan yang semakin meningkat diberikan kepada haiwan kesayangan dalam pejabat kami yang mesra anjing," jelas Brigitte Chartrand, Pengarah Kanan Womenswear Buying untuk SSENSE. "Bagi kebanyakan jenama yang bekerjasama dengan kami, ini merupakan kali pertama mereka mempertimbangkan untuk mengeluarkan pakaian dan aksesori anjing, seraya menjadikannya projek yang menyeronokkan untuk berkolaborasi. Kami amat teruja untuk melancarkan bersama sekumpulan jenama yang mencerminkan sudut pandangan SSENSE."

Bagi melancarkan koleksi pakaian anjing, SSENSE memilih model-model anjing—termasuk #SSENSEInterns—yang menonjolkan personaliti setiap jenama. Koleksi-koleksi oleh 1017 ALYX 9SM, MISBHV, Martine Ali, Maisie Wilen, Thom Browne dan banyak lagi akan dilancarkan pada Musim Bunga 2020.

Latar Belakang SSENSE

SSENSE ialah platform fesyen berpangkalan di Montreal dengan jangkauan global. Ditubuhkan pada tahun 2003, SSENSE menentukan kepesatan pertumbuhan pelopor bagi jualan runcit berarah menerusi campuran label mewah, kasual dan avant-garde. Hampir 80% daripada audiensnya berumur antara 18 hingga 34 tahun. Kini menawarkan perkhidmatan di 150 buah negara, menjana purata 76 juta paparan halaman bulanan dan mencapai pertumbuhan tahunan dua digit yang tinggi sejak penubuhannya, bidang tumpuannya berkembang melangkaui entiti e-dagang biasa tatkala ia meneroka hubungan antara kandungan, perdagangan dan budaya. Lebih daripada sekadar penjual runcit, SSENSE menjadi protagonis budaya atas usahanya sendiri. Untuk maklumat lanjut kunjungi ssense.com.

Untuk maklumat lanjut: press@ssense.com  

SSENSE dogwear
SSENSE dogwear

   

SSENSE dogwear
SSENSE dogwear

     

SSENSE dogwear
SSENSE dogwear

      

SSENSE dogwear
SSENSE dogwear

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1040485/SSENSE_SCREEN_Reg.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1040486/SSENSE_dogwear_heron_preston.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1040487/SSENSE_dogwear_thom_browne.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1040489/SSENSE_dogwear_versace.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1040491/SSENSE_dogwear_moncler.jpg

 

Source: SSENSE
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Animals/Pets