omniture

Penanggung Insurans Utama Jepun SOMPO Holdings Inc. Umum Ujian Rintis Bersama Vymo Tingkatkan Produktiviti Jualan Guna AI dan Analitik

Vymo
2019-12-10 13:31 94

CRM didayakan AI untuk tingkatkan produktiviti jualan merentas saluran perniagaan dengan mobiliti dan kecerdasan kontekstual

TOKYO, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Mengenai kandungan aktiviti 

SOMPO Holdings , SOMPO Himawari Life, salah sebuah syarikat insurans yang terbesar di Asia dengan jejak global melibatkan 80,000 pekerja di 228 buah bandar merentas 30 buah negara, mengumumkan bahawa ia akan menjalankan ujian rintis kajian bersama syarikat CRM generasi seterusnya berpangkalan di AS, Vymo (www.getvymo.com), untuk memanfaatkan kecerdasan kontekstual dan latihan jualan proaktif didayakan AI bagi meningkatkan produktiviti pasukan jualan lapangan. Projek ini dilancarkan pada September 2019.

Mengenai aplikasi yang disediakan oleh Vymo 

Penanggung insurans global menggunakan Vymo sebagai penyelesaian pilihan bagi produktiviti jualan yang mengutamakan mudah alih untuk memacu produktiviti jualan dalam seluruh pasukan jualan. Meskipun kebanyakan CRM memiliki kadar penerimaan kurang daripada 30%, lebih 85% daripada lebih 100,000 pengguna Vymo melog masuk setiap hari untuk merancang aktiviti-aktiviti jualan mereka yang diterjemahkan kepada kesan pendapatan sebanyak 3-10% setiap tahun.

Dengan keupayaan kecerdasan Vymo, wakil-wakil jualan tidak banyak menghabiskan masa mengemas kini CRM dan meluangkan lebih banyak masa menjual. Vymo dapat -

  • Mencatatkan secara automatik aktiviti-aktiviti jualan seperti panggilan melalui penyepaduan pendail, mesyuarat melalui geo-kecerdasan, dan emel melalui penyepaduan pelanggan,
  • Belajar daripada ejen-ejen jualan berprestasi tinggi tentang pelanggan berpotensi yang mana perlu diberikan keutamaan, bila untuk melibatkan diri dengan pelanggan dan apa yang perlu dilakukan seterusnya, dan sebagainya,
  • Melatih secara kontekstual bagi meningkatkan hasil dan mengembangkan pendapatan merentas pelbagai jenis perniagaan

Latar Belakang SOMPO Holdings 

Dipimpin oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kengo Sakurada, SOMPO Holdings Inc. ialah bahagian pengurusan naungan syarikat-syarikat insurans P&C, syarikat-syarikat insurans nyawa dan syarikat-syarikat lain yang dikawal sebagai subsidiari-subsidiari menurut Undang-undang Perniagaan Insurans dan operasi-operasi berkaitan yang lain. Dengan aset-aset bernilai lebih 10 trilion yen, SOMPO Holdings Inc. ialah salah sebuah syarikat insurans yang terbesar di Jepun.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://www.sompo-hd.com

Latar Belakang Vymo 

Vymo  (getvymo.com) ialah Pembantu Jualan Peribadi yang pintar; ia mengumpul aktiviti-aktiviti jualan secara automatik dan meramalkan 'tindakan terbaik selanjutnya' dengan pintar. Vymo mempunyai 100,000 pengguna dalam lebih 50 perusahaan besar seperti AXA, Allianz, Generali, dan Sumitomo. Vymo ialah 'Cool Vendor' Gartner dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Ketahui lebih lanjut mengenai Vymo

Laman sesawang - https://www.getvymo.com 
Lihat Vymo beraksi - http://bit.ly/2HbE54x 
Tetapkan jadual demo - https://www.getvymo.com/demo

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Vymo Japan Co., Ltd.
Moeka Tanayama
Emel: info_japan@getvymo.com
TEL: +81-3-5219-1508

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1026997/Vymo_Logo.jpg

 

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Outsourcing Businesses Contracts Financial Technology