omniture

Silver Peak Dinamakan Peneraju Tahun Kedua Berturut-turut dalam Magic Quadrant 2019 Gardner untuk Infrastruktur Pinggir WAN

Silver Peak
2019-12-10 14:34 256

SINGAPURA, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Silver Peak®, peneraju SD-WAN global, menunaikan janji transformasi Cloud dengan WIDE AREA NETWORK (WAN) pacuan sendiri, hari ini mengumumkan bahawa ia telah ditempatkan bagi tahun kedua berturut-turut dalam kuadran Peneraju bagi Magic Quadrant 2019 Gardner untuk Infrastruktur WAN Edge bagi kesempurnaan visi dan kebolehan pelaksanaannya.

"Kami berbangga kerana dinamakan sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant buat tahun kedua dalam pasaran yang pantas berkembang untuk infrastruktur WAN Edge yang mana kami dapat melihat pergerakan syarikat yang semakin meningkat dalam mentransformasikan infrastruktur WAN Edge mereka bagi menyokong dan mempercepatkan transformasi digital dan Cloud initiative," kata David Hughes, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Silver Peak. "Dengan lebih daripada 1,500 pelanggan yang berjaya menggunakan platform SD-WAN Edge Unity EdgeConnect™ kami, Silver Peak memberi tumpuan eksklusif untuk membolehkan pelanggan kami melaksanakan strategi transformasi WAN yang tiada-kompromi yang dapat memberi kesan berganda terhadap pelaburan sedia ada dan berterusan dalam aplikasi dan juga perkhidmatan Cloud."

Menurut Gartner, "Infrastruktur WAN Edge sedang menjalani perubahan besar memandangkan pemimpin infrastruktur dan operasi bertanggungjawab untuk menyediakan rangkaian dinamik dinamik wajah dan meluaskan permintaan perniagaan. Pemimpin I&O hendaklah mengenal pasti vendor yang menumpukan perhatian pada keperluan untuk menyokong aplikasi dengan penggunaan di-premis dan berasaskan Cloud."

Era Baharu, Asas Baharu, Kemunculan WAN Moden

Dengan kebanyakan aplikasi yang telahpun dipindahkan ke Cloud, terdapatnya peralihan seismik daripada infrastruktur awam khusus kepada berkongsi dan pengakuan bahawa rangkaian legasi tidak berupaya untuk bersaing. Tanpa WAN moden, sesebuah perniagaan tidak dapat merealisasikan manfaat penuh daripada pelaburan infrastrucktur Cloud mereka memandangkan perkhidmatan tergendala dan ternyahgred boleh menjejaskan produktiviti perniagaan dan memberi kesan kepada pendapatan.

Transformasi WAN Tiada Kompromi

Menjangkaukan penghala sedia ada atau reka bentuk Firewall berpusat atau menggunakan keupayaan SD-WAN asas tidak akan menghasilkan kesan berganda pada pelaburan Cloud. Strategi transformasi WAN yang tiada-kompromi diperlukan untuk mempercepatkan transformasi digital dan inisiatif Cloud dengan jayanya. Di Silver Peak, kami percaya terdapatnya enam prinsip asas untuk transformasi WAN yang sebenar:

  • Meninggalkan legasi – melenyapkan keperluan untuk router, Firewall dan rangkaian MPLS khusus yang mahal
  • Beroperasi pada sebarang rangkaian - mengendalikan dengan yakin seluruh perusahaan pada jalur lebar berkongsi, awam, malah suara dan video
  • Menyingkirkan penggantian SLA - memberikan prestasi, kualiti pengalaman dan keselamatan untuk 1,000 aplikasi dan perkhidmatan Cloud
  • Mengautomasikan semuanya - aplikasi dan dasar dipasang atur secara automatik kepada 1,000 cawangan dan mengaturkan perubahan secara berpusat dalam pengaturan dengan keperluan perniagaan
  • Memajukan keselamatan - beralih daripada Firewall khusus di setiap lokasi kepada keselamatan yang dibawakan oleh Cloud dan mengaplikasikan segmentasi hujung-ke-hujung bagi mengurangkan kebarangkalian serangan
  • Kebebasan pilihan - memanfaatkan rakan kongsi dengan teknologi terbaik dalam kelas, membolehkan integrasi satu-klik dan membawakan penyelesaian gabungan yang unggul dengan kualiti pengalaman tertinggi.

Platform Pinggir SD-WAN Dipacu-Perniagaan Moden

Platform SD-WAN Edge Unity EdgeConnect Silver Peak membebaskan secara unik model perniagaan yang mengutamakan Cloud daripada kekangan pendekatan rangkaian konvensional dengan beralih kepada model perangkaian yang mengutamakan perniagaan. EdgeConnect menggantikan penghala, menyatukan SD-WAN, Firewall, segmentasi, penghalaan, pengoptimuman WAN dan keterlihatan aplikasi serta kawalan pada satu platform, mengurus secara berpusat dengan Unity Orchestrator. EdgeConnect direka untuk terus belajar dan beradaptasi kepada keperluan perniagaan yang berubah-ubah bagi membawakan kualiti pengalaman tertinggi kepada pengguna perusahaan dan organisasi IT.

Para pengarang Magic Quadrant 2019 Gardner untuk Infrastruktur Pinggir WAN: Jonathan Forest, Mark Fabbi, Mike Toussaint dan Neil Rickard. Diterbitkan pada 26 November 2019.

Penafian Gartner

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor ini dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai keterangan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Silver Peak

Silver Peak, peneraju SD-WAN global, menunaikan janji transformasi Cloud dengan menyediakan model perangkaian yang mengutamakan perniagaan. Plattform rangkaian kawasan luas pandu sendiri Unity EdgeConnectTM membebaskan perusahaan daripada pendekatan WAN konvensional untuk mentransformasikan rangkaian daripada kekangan kepada perkembangan perniagaan. Beribu-ribu perusahaan di seluruh dunia telah menggunakan penyelesaian WAN Silver Peak merentas 100 buah negara. Ketahui lebih lanjut di silver-peak.com.

© 2019 Silver Peak Systems, Inc. Hak cipta terpelihara. Silver Peak, logo Silver Peak dan semua nama produk, logo dan jenama Silver Peak ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Silver Peak Systems, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Semua nama produk, logo dan jenama lain merupakan hak milik pemilik masing-masing.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2661887-1LOGO?lang=0

Source: Silver Peak
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Survey, Polls & Research