omniture

Diinspirasikan oleh Teknologi Canggih - Dikuasakan oleh Haute Parfumerie, F1® Lancar Jenama Wangian Baharu yang Mengujakan Menggunakan Seni Cetakan 3D

SA Designer Parfums Ltd
2019-12-10 15:52 131

LONDON, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Designer Parfums dan F1® telah memilih latar belakang yang memukau daripada perlumbaan terakhir dekad ini, FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019, untuk memperkenalkan jenama wangian baharu - diinspirasikan oleh keterujaan, keghairahan, teknologi dan kedinamikan Formula 1® - yang akan dijual pada tahun hadapan.

agile_embrace
agile_embrace

Projek yang berani ini merupakan jalinan antara seni, teknologi, reka bentuk dan daya kreativiti olfaktif tanpa batasan.

Ellie Norman, Pengarah Pemasaran & Komunikasi, Formula 1 berkata: "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Designer Parfums bagi memperkenalkan koleksi wangian baharu kami. Wangian unik dan botol terinspirasi F1 tempahan khas ini merangkumkan kualiti sukan yang dinamik, dan merancang untuk melancarkan koleksi penuh pada awal tahun hadapan."

Dipacu oleh kecemerlangan, kejituan yang berat tuntutannya dan teknologi yang canggih, menjadi legenda kepada Formula 1®, ia telah memulakan perjalanan unik untuk menceritakan kisah Formula 1® yang evokatif melalui wangian.

"Kami memanfaatkan warisan dan prinsip-prinsip sukan tersebut untuk membina jenama wangian unik yang menggabungkan pendekatan yang amat munasabah kepada dunia minyak wangi dengan nilai-nilai utama Formula 1. Menjadi jenama wangian pertama yang menggunakan pencetakan 3D merupakan satu pencapaian yang amat besar dan kami berharap dapat mendorong pencapaian ini lebih jauh pada tahun-tahun akan datang apabila kami bakal menawarkan pengguna dengan keupayaan untuk mencipta reka bentuk tersuai mereka sendiri," kata Dilesh Mehta, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums.

Kejuruteraan canggih Formula 1®, garisan organik dan prinsip bentuk, memberikan kekayaan rujukan kepada pereka berwawasan Ross Lovegrove yang mereka bentuk tiga hasil seni cetakan 3D bagi melambangkan pelancaran koleksi berkenaan. Pencetakan 3D dianggap menjadi laluan yang jelas dan satu-satunya untuk meneladani dan menjelmakan semangat F1.

Peminat harus bersiap sedia untuk menjangkakan sesuatu yang tidak diduga tatkala mereka berpeluang untuk menikmati wangian tempahan khas itu buat julung kalinya serta menyaksikan apa yang bakal muncul daripada koleksi yang benar-benar unik pada tahun 2020.

Reka bentuk daripada Ross termasuk:

RANGKUMAN TANGKAS 

Berdasarkan prinsip-prinsip bentuk yang terhasil daripada aliran, garisan melingkari teras dalaman yang mengandungi bahagian utama rekaan. Bertindak sebagai perlindungan sensual sama seperti bagaimana struktur kereta mengelilingi dan melindungi pemandu dengan kejituan beranatomi.

Cetakan 3D

SIMETRI ALIRAN 

Terhasil daripada garisan organik yang berkembang pada reka bentuk aerodinamik kereta, konsep ini merupakan bukti bahawa fizik daya semula jadi yang diharmonikan dengan bahan-bahan termaju dapat menghasilkan bentuk baharu estetik bio teknologi untuk Abad ke-21.

Ledakan Titanium Cetakan 3D

GANTUNGAN KOMPAK 

Kerangka ruang sebagai eksorangka dengan lapisan yang menggantung kelalang dalaman di dalam geometri cetakan 3D yang kukuh, dan merujuk kejuruteraan struktur inovatif yang canggih.

Cetakan 3D

Digantung dalam cetakan 3D edisi terhad yang pertama seumpamanya ini kami menemui jantung projek ini – satu koleksi dengan lima wangian yang hebat dari dunia Haute Parfumerie.

Dalam mencipta koleksi F1 Haute Perfumery, Designer Parfums bekerjasama dengan syarikat-syarikat minyak wangi yang paling maju di dunia bagi mencipta koleksi wangian berani yang direka dengan baik dan direkayasa dengan teliti sebagaimana sebuah kereta F1. Pakar-pakar Minyak Wangi telah mengambil inspirasi mereka daripada dunia F1 yang mengujakan, bertenaga dan dinamik - menggabungkan bahan-bahan mentah generasi seterusnya dengan struktur-struktur wangian abadi bagi menghasilkan rangkaian minyak wangi yang mendebarkan sebagaimana perlumbaan itu sendiri.

I - Bergamot dan lemon segar menghablurkan dengan kesegaran berlatarbelakangkan dedaunan nashi yang subur dengan kualiti keperak-perakan dan berlogam lada biji merah jambu dan elemi. Gelombang berangin ambroksan mineral menyaingi melalui komposisinya, menghasilkan badan ringan yang ditonjolkan oleh sifat akigalawood yang inovatif dan berani. Versi moden untuk kayu klasik, yang diberi sentuhan berlogam.

II - Paduan lancar antara sitrus yang segar dan lada biji merah jambu yang bertenaga menonjolkan perhubungan simbiotik antara kereta dan litar, menyaingi bau bergaram yang bercanggah serta minyak nilam yang gelap dan hitam serta kulit, sentuhan yang baharu pada kulit, dengan bau tersendiri getah yang dibakar dan hujan pada asfalt bergaram.

III - Komposisi aerodinamik yang menyaingi campuran hangat antara kayu manis Madagascar dan bergamot Calabria - dua bahan kuat yang berfungsi bersama-sama untuk memperkasa kontras yang hangat dan bertenaga antara lada logam dan kacang tonka. Bau bergaram yang unik membawakan unsur yang inovatif dan dinamik yang menjadikan gaya klasik baharu sepenuhnya. Pemodenan elegan ambar, diperhebatkan melalui rempah ratus dan dark wood.

IV - Wangian bersifat bersahaja dan berkeyakinan yang mempunyai koktel rempah yang berani, yang mana kehangatan lada hitam digabungkan dengan kedinginan juniper, menghasilkan sensasi kontras yang berani. Elemen utamanya, kedalaman narsisus yang mengasyikkan diringankan oleh kualiti mineral orris yang lembut, beralih secara lancar kepada asas maskulin beraneka yang menampilkan paduan antara kulit yang anggun dan Tonkalactone emas. Penafsiran semula Fougère yang berani.

V - Aroma mengujakan dihasilkan daripada bau champagne yang menonjolkan semburan buih berprisma yang berkilauan daripada tempat teratas podium. Pembukaan nota sitrus yang berkilau dan berbuih diberi tenaga oleh cetusan elektrik daripada lada timut, membawa kepada geranium yang berkilau dan segar, diringankan oleh keanggunan daun violet dan dibezakan oleh faset berkayu dan beraneka daripada kayu cendana serta ambrocenide. Keterujaan sambutan berkenaan dirangkumkan dalam aroma yang bersemangat dan juga bertenaga.

Berharga sehingga $10,000, hasil seni edisi terhad ini, dengan koleksi lima wangian yang boleh ditukar ganti dipamerkan di FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019 mulai 29 November - 1 Disember 2019. Untuk butiran lanjut atau mendaftar minat sila kunjungi designerparfums.com

DAN ITU HANYALAH PERMULAAN! 

Mulai April 2020, wangian ini akan mula sampai kepada penjual runcit seluruh dunia. Kali ini pereka Ross Lovegrove menggunakan teknologi pencetakan 3D sintesis cahaya digital yang terkini, mencipta eksorangka berasaskan resin teknopolimer yang teliti dan memukau bagi menempatkan botol wangian tersebut.

$250 RRP boleh didapati di penjual runcit terpilih.

Maklumat lanjut tentang designerparfums.com

 

compact_suspension
compact_suspension

fluid_symmetry
fluid_symmetry
SA_Designer_Parfums_Bottles
SA_Designer_Parfums_Bottles

 

Source: SA Designer Parfums Ltd
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports New products/services