omniture

LPG SYSTEMS dedahkan kemajuan besar: Pesakit mastektomi yang disinari boleh mendapat manfaat daripada pembentukan semula buah dada invasif minimum

LPG Systems
2019-12-11 02:17 74

NICE, Perancis, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Satu kajian perintis yang diterbitkan dalam Breast Journal membuktikan faedah menggunakan Endermologi - tanda dagangan LPG SYSTEMS-dalam pembentukan semula buah dada selepas mastektomi dan radioterapi. Kajian ini merangkumi 65 wanita yang melakukan pembentukan semula buah dada dengan penempatan protesis +/- isian semula. Pesakit-pesakit ini memilih untuk tidak menjalani pembentukan semula berasaskan flap atau mengalami kontraindikasi terhadap prosedur dan 33 daripada mereka mendapat manfaat daripada Endermologi sebelum prosedur pembentukan semula untuk menyediakan kulit yang disinari. Isi padu lemak yang disuntik sangat ketara dalam kumpulan Endermologi berbanding dengan kawalan isian lipo pertama dan kedua (259.3 mL berbanding 150.6 mL dan 251.8 mL berbanding 154 mL, masing-masing) dan komplikasi dikurangkan (3% berbanding 12.5%). Enam pesakit dalam kumpulan Endermologi menjalani isian lipo semata-mata (3 sesi). Pengarang mencadangkan bahawa Endermologi boleh memberi impak kepada kualiti tisu kutaneus dan subkutaneus yang mengakibatkan hasil pembedahan dan kosmetik yang dipertingkatkan. Pesakit tanpa rawatan Endermologi menunjukkan tanda-tanda trophicity kulit rendah misalnya dilatasi pembuluh, kulit nipis dan retraksi kapsul manakala pesakit dengan rawatan Endermologi menunjukkan trophicity kulit yang dipertingkatkan yang berkemungkinan membawa kepada hasil jangka panjang bagi proses isian lipo. Endermologi boleh memberi impak kepada biologi tisu yang disinari dan dengan itu memulakan nic jana semula yang sesuai. Jika disahkan dalam kajian prospektif, Endermologi boleh menjadi standard dalam penyediaan pesakit bagi pembentukan semula berasaskan isian lipo. 

LPG SYSTEMS ialah peneraju dunia dalam janaan semula selular melalui rangsangan mekano dengan teknologi yang dipatenkannya untuk kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan.

Untuk memuat turun abkstrak artikel: https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/tbj.13645

MONTEUX Clelia, clelia.monteux@lpgsystems.com, +33 (0)4 92 38 39 00

Source: LPG Systems
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Survey, Polls & Research