omniture

TMRW by UOB, bank pertama di Thailand lancar biometrik cap jari dan wajah bagi pembukaan akaun lebih pantas dan lebih selamat

United Overseas Bank
2019-12-11 17:12 353

SINGAPURA, 11 Disember 2019 /PRNewswire/ -- TMRW by UOB, bank mudah alih yang pertama untuk generasi digital ASEAN, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan biometrik cap jari dan wajah untuk memudahkan para pelanggan TMRW mereka membuka akaun dengan lebih pantas dan lebih selamat.

Sehubungan itu, TMRW merupakan bank pertama di Thailand yang menawarkan kedua-dua bentuk biometrik bagi meningkatkan lagi proses pembukaan akaun. Pelanggan TMRW dapat menggunakan keupayaan biometrik yang dipertingkat di kesemua 350 kios pengesahan TMRW, terletak di sekitar laluan pejalan kaki sibuk yang merentasi bandaraya Bangkok.

En. Natee Srirussamee, Ketua Digital Runcit, UOB (Thai) berkata bahawa, "Di TMRW, kami komited untuk menjadikan perbankan lebih mudah, lebih menarik dan telus buat generasi digital Thailand. Kami mengalu-alukan maklum balas dari para pelanggan kami memandangkan ia memberi kami peluang untuk menambah baik TMRW dengan cara yang paling penting buat mereka.

"Sebagai contoh, peratusan kecil pelanggan kami yang telah menggunakan biometrik cap jari untuk mengesahkan akaun mereka di kios TMRW mendapati bahawa pengalaman tersebut kurang lancar. Maka kami telah meningkatkan fungsi ini dengan teknologi pengecaman wajah yang terkini bagi menjamin proses pembukaan akaun yang lebih lancar untuk semua."

TMRW tingkatkan suit ciri-cirinya melangkaui biometrik

Keupayaan biometrik terimbuh TMRW merupakan sebahagian daripada suit ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh bank mudah alih ini bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Untuk berbuat demikian, Bank ini menjalankan tinjauan bersama lebih 4,000 pelanggan bagi memahami secara lebih mendalam bagaimana mereka berhubung dengan TMRW. TMRW kemudiannya menggunakan pemahaman ini untuk menambah baik aplikasinya agar ia terus relevan untuk keperluan dan keutamaan pelanggannya.

Sebagai contoh, pelanggan TMRW akan berpeluang untuk memanfaatkan kemudahan antaramuka pengguna diperbaharui yang disesuaikan untuk generasi digital Thailand. Ini termasuk menyelaraskan maklumat yang diterima oleh pelanggan pada halaman utama mereka selain mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan oleh pelanggan untuk membayar bil mereka dan untuk mengurus kad kredit mereka pada waktu sebenar.

"Model perniagaan dipacu data yang unik daripada TMRW meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam semua yang kami lakukan. Bagi mencipta pengalaman yang sentiasa menarik buat pelanggan kami, kami akan terus belajar daripada pemahaman data yang kami kumpulkan daripada transaksi mereka. Memandangkan keperluan dan permintaan mereka berubah dari masa ke masa, cara kami berhubung dengan mereka turut berubah," kata En. Srirussamee.

Sebagai bank mudah alih yang pertama di Thailand, TMRW telah mengubah cara generasi digital Thailand mengalami perkhidmatan perbankan sejak pelancaran rasmi Bank tersebut pada 8 Mac 2019. Sebagai contoh, TMRW menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (atau Artificial Intelligence) untuk memperibadikan pengalaman TMRW dan untuk menawarkan pemahaman yang khusus untuk setiap pelanggan. Untuk menjadikan simpanan dan pengurusan kewangan menyeronokkan buat pelanggannya, TMRW juga menjadi Bank pertama di Thailand yang mereka bentuk permainan pengurusan wang yang membantu pelanggan mencapai matlamat simpanan mereka mengikut langkah-langkah yang lebih kecil dan boleh dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:
Facebook TMRW di https://www.facebook.com/tmrwthailand/ 
Laman Sesawang TMRW di www.tmrwbyuob.com

Versi terkini sedia dimuat turun sekarang melalui Apple App Store dan Google Play Store.

United Overseas Bank

United Overseas Bank Limited (UOB) ialah sebuah bank yang terkemuka di Asia dengan jaringan global melibatkan lebih 500 pejabat di 19 buah negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak diperbadankan pada tahun 1935, UOB berkembang secara organik dan melalui beberapa pemerolehan strategik. UOB diberi penarafan dalam kalangan bank-bank utama dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- masing-masing oleh Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan subsidiari perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, selain cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh wilayah berkenaan.

Selama lebih daripada lapan dekad, generasi-generasi kakitangan UOB telah melaksanakan semangat keusahawanan, fokus pada penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melakukan perkara yang betul buat pelanggan dan juga rakan sekerja kami.

Kami berpegang kepada prinsip menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited untuk mencetuskan perbezaan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam komuniti di tempat kami beroperasi. Sebagaimana kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mengurus kewangan mereka dengan bijak dan juga untuk mengembangkan perniagaan mereka, UOB teguh dalam sokongan kami terhadap pembangunan sosial, khususnya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2661922-1?lang=0

Source: United Overseas Bank
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer/Electronics High Tech Security New products/services