omniture

IN Groupe Umum Pemerolehan SURYS dan Perkukuh Kedudukannya sebagai Peneraju Keselamatan untuk Identiti, serta Pembayaran Perbankan dan Fidusiari

IN Groupe
2019-12-12 07:53 104

PARIS, 12 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember 2019, IN Groupe, (dahulunya Imprimerie Nationale), pakar global bagi identiti selamat dan perkhidmatan digital, memuktamadkan pemerolehan SURYS, peneraju global bagi penyelesaian keselamatan optik, peneraju Perancis bagi pasaran keselamatan dan kebolehkesanan dokumen serta perintis dalam pengesahan optik-digital.  

SURYS, yang mana ibu pejabatnya terletak di Bussy-Saint-Georges (77), mempunyai 2 kilang di Perancis dan AS serta beberapa unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Perancis, Jerman dan AS. SURYS juga mempunyai akses ke pangkalan data yang terbesar di dunia bagi dokumen identiti, melalui subsidiarinya Keesing yang berpangkalan di Belanda. Penyelesaiannya diterima pakai oleh lebih 130 buah negara (pasport di Perancis, Brazil dan China, wang kertas bank di Filipina) serta oleh jenama-jenama besar dalam usaha memerangi barangan tiruan.

Menerusi pemerolehan ini, IN Groupe memberi akses kepada Perancis kepada pengusaha yang terkenal di peringkat antarabangsa, peneraju dunia dalam pasaran untuk komponen keselamatan pasport (ciri-ciri keselamatan Surys terdapat dalam 50% pasport dunia).

Mewujudkan jaguh komponen selamat Perancis

Kepakaran SURYS dalam pengesahan dan perlindungan data boleh ubah pada dokumen dan analisis imej akan melengkapi tawaran keseluruhan IN Groupe, khususnya dalam bidang komponen selamat.

Cita-cita strategik IN Groupe adalah untuk mewujudkan sebuah pusat yang dikhususkan untuk komponen selamat (komponen elektronik dan optik) yang menjamin identiti serta transaksi perbankan dan fidusiari. Pusat komponen ini akan dipacu oleh subsidiari IN Groupe, SPS, peneraju dunia bagi dwiteknologi untuk komponen elektronik dalam kad cip serta oleh SURYS.

Kedua-dua penyelesaian SURYS dan SPS-IN Groupe mempunyai misi untuk mendayakan keselamatan identiti, perbankan dan fidusiari memandangkan ia merupakan sebahagian daripada dokumen identiti, kad bank dan wang kertas bank. Kedua-dua pasukan ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap inovasi dan juga R&D. Mereka akan berada dalam keadaan yang membolehkan mereka memanfaatkan kepakaran teknologi mereka yang unik dan bernilai tambah tinggi, disokong oleh proses-proses perindustrian IN Groupe yang andal. Mereka akan menyasarkan secara terbuka semua pengusaha pasaran.

Latar Belakang IN Groupe 

IN Group menawarkan penyelesaian identiti selamat dan perkhidmatan digital canggih yang mengintegrasikan elektronik dan biometrik. IN Groupe ialah jenama baharu Groupe Imprimerie Nationale yang dipegang 100% oleh Negara Perancis. - Pusing ganti: €314.2j (2018) - 1,000 kakitangan - 5 tapak - 8 pejabat jualan antarabangsa - 77 negara menggunakan penyelesaiannya - 28 kerajaan rakan kongsi.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/788638/IN_Groupe_Logo.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1043016/SURYS_Logo.jpg

Source: IN Groupe
Keywords: Biometrics Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers