omniture

Simposium Biocon Biologics '100 Tahun Insulin - Menyampaikan Akses Sejagat & Penjagaan Saksama' Benar-benar Sealiran Dengan KOL Terkemuka di Kongres IDF 2019

Biocon Biologics
2019-12-13 12:18 107

BENGALURU, India, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Biocon Biologics, sebuah organisasi bioserupa global 'bidang khusus' yang bersepadu sepenuhnya, menghimpunkan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) termasuk pakar perubatan, saintis, ahli profesional penjagaan kesihatan, wakil kerajaan, penggubal dasar dan anggota IDF, di simposiumnya mengenai '100 tahun Insulin – Menyampaikan Akses Sejagat & Penjagaan Saksama' yang diadakan semasa Kongres IDF 2019, di Busan, Korea Selatan. Simposium berkenaan diadakan sebagai lanjutan daripada Program Akses Sejagatnya yang bertujuan untuk membolehkan pemegang kepentingan yang pelbagai menyertai misinya untuk Membuka akses kepada insulin melalui misi 10 sennya.

Simposium berkenaan dirasmikan oleh En Satish Sivan, Timbalan Ketua Misi, Kedutaan India di Korea, yang menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh Biocon Biologics untuk membuka akses yang berpatutan kepada insulin buat pesakit di seluruh dunia. "India sewajarnya digelar ibu kota farmasi dunia menerusi rekod prestasi yang konsisten dalam mengeluarkan produk-produk farmaseutikal berpatutan yang berkualiti tinggi dengan kemajuan dalam terapeutik Biologi. India telah menyaksikan syarikat-syarika seperti Biocon menjadi peneraju dunia dalam membangunkan entiti terapeutik Bioserupa khususnya untuk diabetes dan kanser," kata beliau.

Simposium berkenaan menerima ucapan oleh Dr Andrew Boulton, Profesor di Manchester University dan Presiden, IDF, Dr Radhakrisha Sothiratnam,  perunding pakar perubatan, Hospital Columbia Asia, Seremban, Malaysia, Dr Irl Hirsch, Profesor Metabolisme, Endrokrinologi dan Pemakanan, University of Washington, A.S., Renza Scibilia, Pengurus - Diabetes Jenis 1 dan Suara Pengguna, Diabetes Australia.

"Adakah diabetes merupakan kanser abad ke-21? Bukan malaria mahupun AIDS, tetapi diabetes merupakan cabaran kesihatan yang terbesar hari ini. Ledakan Diabetes di Asia mengakibatkan kenaikan Tsunami Awam Global. Peningkatan 150% dalam diabetes jenis 2 di Asia Selatan dari tahun 2000 hingga 2035, telahpun dianggarkan. Kekurangan akses yang saksama kepada insulin yang mampu milik kekal menjadi halangan utama terhadap rawatan yang berjaya dan mengakibatkan komplikasi komorbid dan kematian yang tidak disangka-sangka. Dalam pasaran-pasaran maju juga, orang ramai di luar jaringan keselamatan kesihatan merasa sukar untuk mendapatkan terapi insulin yang mahal. Bagi menangani beban ekonomi besar yang ditimbulkan oleh diabetes ini, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu memastikan bahawa mereka mempunyai sistem perlindungan kesihatan sejagat yang melibatkan insulin dan penjagaan diabetes," kata Dr Andrew Boulton, Profesor di Manchester University dan Presiden IDF.

"Simposium kami di Kongres IDF menghimpunkan KOL yang terkemuka dari seluruh dunia untuk mencari penyelesaian jangka panjang yang berdaya maju bagi meningkatkan akses dan kemampuan kepada insulin. Perbincangan tersebut menuju kepada diabetes sebagai cabaran sejagat untuk pesakit bukan sahaja di LMIC, tetapi juga dalam pasaran-pasaran membangun seperti AS, yang mana pesakit di luar jaringan keselamatan kesihatan terpaksa mencatu insulin lantaran kosnya yang tinggi. Kami percaya Biocon Biologics berserta pemegang kepentingan yang lain termasuk penyedia insulin yang sealiran dapat mendayakan akses yang saksama kepada insulin untuk pesakit di seluruh dunia," kata Christiane Hamacher, Ketua Pegawai Eksekutif, Biocon Biologics.

Baca Lebih Lanjut: http://bit.ly/PR191211

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1039641/Biocon_Biocologics_Logo.jpg  

 

 

Source: Biocon Biologics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news