omniture

'Project Qatar Mobility': Kenderaan Ulang Alik Pandu Sendiri Bakal Bawa Pengangkutan Awam Tempatan Doha Ke Peringkat Seterusnya pada 2022

Qatar Investment Authority (QIA)
2019-12-16 15:58 98

HANNOVER, Jerman dan DOHA, Qatar, 16 Disember 2019 /PRNewswire/ --

  • QIA dan Volkswagen AG umum inisiatif pengangkutan berautonomi, elektrik rintis untuk mengubah mobiliti bandar di Qatar
  • Prototaip kenderaan ulang alik ID. BUZZ AD daripada Volkswagen Commercial Vehicles dan bas-bas Scania akan beroperasi melalui SDS (sistem pandu sendiri) dengan emisi sifar
  • Aplikasi panggilan tunggangan MOIA digunakan untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut, AID bawakan pengetahuan SDS
  • Hala Tuju Pemanduan Berautonomi didorong ke hadapan

Terdahulu pada hari ini di Forum Doha di Qatar, dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Sheikh Mohamed bin Abdulrahman al-Thani, wakil-wakil daripada Volkswagen AG dan Qatar Investment Authority (QIA) menandatangani 'Project Qatar Mobility'. Penandatanganan ini disaksikan oleh beberapa menteri Qatar, orang kenamaan dan wakil tinggi Qatar dan Jerman.

QIA_VW_Microvan_ext
QIA_VW_Microvan_ext

Buat julung kalinya, kumpulan pengangkutan termaju ulang alik elektrik Tahap 4 pandu sendiri akan menerima era baharu mobiliti bandar di sebuah ibu kota pada tahun 2022: Terdahulu pada hari ini di Forum Doha di Qatar, dengan kehadiran beberapa orang kenamaan Qatar, wakil daripada Volkswagen AG dan Qatar Investment Authority (QIA) menandatangani 'Project Qatar Mobility'.

Matlamatnya adalah untuk membangunkan projek pengangkutan berautonomi rintis dan mengubah masa depan mobiliti bandar kepada penggunaan mampan dan komersial kenderaan ulang alik AD dan Perkhidmatan Bas – malah melangkaui tahun 2022. Memupuk kolaborasi rentas jenama sebagai pelan tindakan untuk penyelesaian AD masa depan, Volkswagen Commercial Vehicles, Scania, MOIA dan AID-Autonomous Intelligent Driving akan memainkan peranan penting dalam projek ini. Semasa berlangsungnya acara sukan yang terbesar di dunia, Qatar akan menjadi tempat untuk sistem pengangkutan awam bebas emisi, elektrik dan berautonomi yang pertama di dunia.

Perjanjian ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif QIA En. Mansoor Al-Mahmoud dan Dr Herbert Diess, Pengerusi Volkswagen Group, dalam sebuah majlis di Doha hari ini. Inisiatif ini, yang dikenali sebagai "Project Qatar Mobility", menekankan komitmen bersama terhadap teknologi pintar dan pengangkutan mesra alam:

QIA dan Volkswagen akan bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur fizikal dan digital yang diperlukan bagi menyepadukan kumpulan kenderaan pandu sendiri ke dalam jaringan pengangkutan awam sedia ada Doha dengan lancar. ID. BUZZ AD berautonomi dan elektrik daripada Volkswagen Commercial Vehicles akan membawa secara ulang alik sehingga 4 penumpang di kawasan Westbay melalui laluan separa tetap, manakala bas-bas Scania berteknologi tinggi mengambil kumpulan yang lebih besar. Unit-unit Volkswagen Group AID dan MOIA akan menyediakan pengetahuan SDS serta perisian aplikasi untuk mengendalikan perkhidmatan ini. Buat julung kalinya, empat jenama Volkswagen Group bekerjasama untuk sebuah projek mobiliti bandar.

Projek bersejarah ini akan mewujudkan ekosistem yang holistik untuk pemanduan berautonomi, termasuk penciptaan rangka kerja undang-undang yang sesuai, infrastruktur bandar pintar dan pemindahan pengetahuan, yang dapat digunakan sebagai pelan tindakan untuk mengubah mobiliti bandar, kedua-dua di Qatar dan selanjutnya. Pengujian tertutup kenderaan ulang alik dan bas tersebut dijangka bermula pada tahun 2020 dan percubaan akan bermula seawal tahun 2021. Projek ini akan berjalan pada tahun 2022, bagi menyediakan wadah teknikal pemanduan berautonomi masa depan.

Dr Herbert Diess, Pengerusi Volkswagen, berkata: "Project Qatar Mobility akan memainkan peranan yang amat penting dalam Strategy Together 2025+ kami. Menangani cabaran pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan pengurusan alam sekitar dikenal pasti sebagai sebahagian daripada visi kami dan menekankan komitmen kami untuk melabur dalam mobiliti generasi seterusnya. Kami akan mengalami pembelajaran dunia sebenar dan menggunakan projek sebagai batu loncatan – untuk generasi-generasi akan datang."

Dalam Volkswagen Group, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV) bertanggungjawab untuk Pemanduan Berautonomi, Mobiliti sebagai satu Perkhidmatan (MaaS) dan Pengangkutan sebagai satu Perkhidmatan (TaaS), lantaran hakikat bahawa keadaan penggunaan pertama dirancang dalam sektor komersial. Pada masa depan, VWCV akan seterusnya membangunkan dan mengeluarkan Kenderaan Tujuan Khas (SPV) yang sepadan, seperti teksi-robo dan van-robo. Menggariskan tujuan projek berkenaan, Dr Thomas Sedran, Pengerusi Lembaga VWCV: "Menggunakan Bulli masa depan dengan sistem pemanduan berautonomi yang kini sedang dibangunkan oleh AID, menambah perkongsian tunggangan pintar daripada MOIA dan membolehkannya untuk ditempah melalui aplikasi – seraya bermulalah masa depan pengangkutan bandar: Mobiliti neutral Karbon Dioksida digabungkan dengan teknologi SDS untuk kecekapan dan keselamatan maksimum. Dengan cara ini kami membawa seluruh masyarakat, dengan kesemua keperluannya untuk mobiliti yang bersih, pintar dan lestari. VWCV menjadi penyedia mobiliti bersepadu. Pemanduan Berautonomi menjadi isu utama bagi transformasi perniagaan teras kami."

Henrik Henriksson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Scania berkata: "Di Scania, tujuan kami adalah untuk mendorong peralihan kepada pengangkutan lestari. Pada tahun-tahun akan datang, kemajuan teknologi dan infrastruktur dalam kenderaan elektrik dan berautonomi akan menjadi pendorong utama dalam peralihan ini. Berhubung pengangkutan orang ramai, kadar perkongsian yang lebih tinggi juga penting dan melalui kemajuan dalam pengangkutan berautonomi, ia akan menjadi lebih mudah untuk memperkenalkan lebih kefleksibelan dalam pengangkutan orang ramai yang dikongsi. Ini suatu yang mengujakan apabila dapat memainkan peranan dalam projek-projek termaju seperti ini di Qatar."

Mengulas mengenai pengumuman berkenaan, En. Mansoor Al Mahmoud, Ketua Pegawai Eksekutif QIA berkata: "Untuk bandar-bandar kami berkembang maju, kami memerlukan gelombang inovasi yang baharu. Teknologi pengangkutan didayakan AI dan bebas emisi akan membantu memajukan mobiliti bandar, sekali gus mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan tenaga."

Ketua Pegawai Eksekutif QIA menambah: "Kami berasa bangga kerana QIA berpeluang untuk bekerjasama dengan Volkswagen bagi memastikan Qatar menjadi peneraju teknologi baharu ini. Pembangunan penyelesaian pengangkutan pintar akan membantu mengubah masa depan mobiliti bandar, baik di dalam mahupun di seluruh dunia."

Strategi pelaburan QIA adalah berdasarkan tanggungjawab untuk menjana pulangan yang mantap dan berterusan serta keupayaannya untuk mengenal pasti nilai jangka panjang dalam sebuah syarikat terkemuka bertaraf global merupakan pemacu utama kejayaan kami.

Oleh yang demikian, QIA mengekalkan hubungan erat dengan syarikat-syarikat portfolionya dan melabur dengan banyak dalam visi mereka. QIA ialah pelabur jangka panjang dalam kumpulan Volkswagen dan mempunyai dua wakil yang amat dihormati dalam Lembaga Pengarah Penyelianya. QIA terus menyokong pertumbuhan berterusan kumpulan VW, termasuk pengembangan berterusannya serta kedudukan kepimpinan yang diambil olehnya dalam pengelektrikan kenderaan besar-besaran.

Latar Belakang jenama Volkswagen Commercial Vehicles:
'Kami membawa kejayaan'. Sebagai jenama kendiri dalam Volkswagen Group, Volkswagen Commercial Vehicles (VWCV) bertanggungjawab untuk pembangunan, pembinaan dan jualan kenderaan komersial ringan. Ini termasuk rangkaian Transporter, Caddy dan Amarok yang dikeluarkan di Hannover (D), Poznań (PL), Września (PL) dan Pacheco (ARG). Kenderaan kami membawa pekerja pembinaan, keluarga dan pengembara, roti kecil, bungkusan dan papan luncur air. Setiap hari, mereka membantu ramai orang di seluruh dunia melakukan kerja dengan baik, mereka beroperasi sebagai bengkel bergerak dan mereka membawa pasukan paramedik dan polis ke mana-mana sahaja mereka diperlukan. Pada tahun 2018, jenama Volkswagen Commercial Vehicles menghantar sekitar 500,000 buah kenderaan. Bekerja di tapak syarikat di seluruh dunia ialah lebih daripada 24,000 orang pekerja termasuk kira-kira 15,000 orang pekerja di tapak Hannover.

Maklumat tentang tapak Hannover boleh ditemui di:
https://www.facebook.com/VolkswagenNutzfahrzeugeMeinWerk/

Latar Belakang jenama Scania:
Scania ialah penyedia bagi penyelesaian pengangkutan lestari dan merupakan sebahagian daripada projek yang meninjau peluang untuk pengangkutan orang ramai berautonomi dalam konteks penyelesaian mobiliti di Doha, Qatar.

Latar Belakang MOIA:
MOIA, subsidiari Volkswagen Group, membangunkan perkhidmatan mobiliti dan bekerjasama dengan bandar-bandar dan pengendali-pengendali pengangkutan awam tempatan. MOIA kini membangunkan dan melaksanakan sistem perkongsian tunggangan untuk mengelakkan lalu lintas kereta individu dan untuk menggunakan infrastruktur jalan raya dengan lebih cekap. Bandar-bandar bebas daripada kesesakan, hingar dan emisi. MOIA memulakan perkhidmatan bas atas-permintaannya di bandar-bandar Hannover dan Hamburg, Jerman.

Latar Belakang AID-Autonomous Intelligent Driving:
AID ialah Pusat Kecemerlangan bagi pembangunan pemanduan berautonomi tahap 4 di persekitaran bandar untuk seluruh VW Group. Kami menghimpunkan bakat-bakat perisian, robotik, AI dan automotik terbaik dunia untuk membina sistem pandu sendiri yang berupaya untuk meningkatkan kehidupan berjuta-juta orang. Beribu pejabat di Munich, pada masa kini pasukan AID mempunyai lebih daripada 260 pakar dari 47 buah negara berbeza. Bagi kami, masa depan bukanlah semata-mata untuk membuat kenderaan yang lebih berautonomi, sebaliknya ia tentang menjadikan orang ramai lebih berautonomi.

Latar Belakang Qatar Investment Authority (QIA):
Qatar Investment Authority ialah kumpulan wang kekayaan berdaulat Negara Qatar dan merupakan penyumbang utama bagi merealisasikan Wawasan Negara Qatar 2030. QIA ditubuhkan pada tahun 2005 bagi mengukuhkan ekonomi negara melalui pempelbagaian ke dalam kelas aset baharu. Meneruskan warisan pelaburan Qatar yang bermula sejak lebih daripada tiga dekad lalu, portfolio pelaburan jangka panjang QIA yang semakin berkembang membantu melengkapi kekayaan Negara Qatar dalam sumber aslinya. Beribu pejabat di Doha serta melalui subsidiarinya New York (QIA Advisory), QIA distrukturkan untuk beroperasi pada tahap pelaburan global yang tertinggi. Sebagai pelabur yang bertaraf dunia, QIA berpegang teguh kepada disiplin kewangan dan komersial yang paling ketat. QIA memegang rekod prestasi mantap bagi pelaburan dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti senaraian, hartanah, aset alternatif dan ekuiti persendirian dalam semua pasaran utama di seluruh dunia. QIA mencari peluang pelaburan yang bertanggungjawab dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar dan memandang melangkaui pulangan jangka pendek, tatkala QIA memburu pertumbuhan yang seimbang dan mampan bagi memaksimumkan pulangan jangka panjang.

Penafian
Beberapa kenyataan dalam siaran media ini mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan atau kenyataan dengan jangkaan masa depan berdasarkan maklumat yang tersedia masa kini. Kenyataan sedemikian biasanya tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Faktor-faktor seperti perkembangan keadaan ekonomi umum, keadaan pasaran masa depan, peristiwa kerugian bencana luar biasa, perubahan dalam pasaran modal dan keadaan-keadaan lain boleh menyebabkan peristiwa atau keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding yang dijangkakan oleh kenyataan sedemikian. QIA tidak membuat apa-apa perwakilan atau jaminan, yang dinyatakan atau tersirat, mengenai ketepatan, kesempurnaan atau status yang dikemas kini bagi kenyataan sedemikian. Oleh yang demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun QIA atau mana-mana syarikat-syarikat bersekutu masing-masing tidak akan dipertanggungjawabkan kepada sesiapa sahaja untuk apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil lantaran maklumat dan/atau kenyataan dalam siaran media ini atau untuk apa-apa ganti rugi yang berkaitan.

Hubungan Media
Volkswagen Commercial Vehicles: www.vwn-presse.de
Scania: https://www.scania.com/group/en/press-contacts
AID-Autonomous Intelligent Driving: https://aid-driving.eu/home/press
Qatar Investment Authority (QIA): www.qia.qa

QIA_VW_Microvan_int
QIA_VW_Microvan_int
QIA_VW_Microvan
QIA_VW_Microvan
VW_and_QIA_CEO
VW_and_QIA_CEO

 

Source: Qatar Investment Authority (QIA)
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Contracts Environmental Issues New products/services