omniture

Biro CIIE tandatangani MOU dengan New Zealand

China International Import Expo (CIIE)
2019-12-17 10:58 310

AUCKLAND, New Zealand, 17 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Wakil-wakil daripada Biro Ekspo Import Antarabangsa China dan New Zealand Trade and Enterprise menandatangani satu memorandum persefahaman di acara promosi untuk edisi 2020 CIIE di Auckland, New Zealand pada 9 Disember.

Biro CIIE tandatangani MOU dengan New Zealand
Biro CIIE tandatangani MOU dengan New Zealand

Sebulan selepas penutupan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali kedua, jerayawara luar negara berjalan rancak untuk mengalu-alukan syarikat-syarikat asing bagi memanfaatkan pasaran China yang semakin berkembang dan merebut peluang perniagaan di edisi tahun hadapan.

Telah menyertai CIIE selama dua tahun berturut-turut, kerajaan dan perusahaan New Zealand menunjukkan minat yang berterusan untuk mengambil bahagian dalam acara tahun 2020 selepas jerayawara promosi di Auckland, New Zealand pada 9 Disember.

Bilangan pempamer New Zealand di CIIE tahun ini meningkat kira-kira sebanyak 40 peratus berbanding dengan edisi sulung, manakala jumlah kawasan pameran turut meningkat kira-kira sebanyak 20 peratus, kata Sun Chenghai, naib pengarah Biro CIIE dan pengerusi Lembaga Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

Caroline Bilkey, pengarah Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan di pejabat Auckland New Zealand, memuji CIIE sebagai platform yang hebat untuk perusahaan negara beliau berkembang ke pasaran Cina. Beliau turut menyatakan bahawa syarikat-syarikat New Zealand telah mendapat manfaat daripada ekspo berkenaan sepanjang dua tahun yang lalu.

Lebih daripada 60 buah syarikat New Zealand mengambil bahagian dalam CIIE kedua, mencakupi kawasan pameran seluas lebih 6,000 meter persegi.

Syarikat-syarikat New Zealand dialu-alukan untuk menyokong CIIE kali ketiga dan memainkan peranan yang lebih penting dalam pasaran Cina, menurut Huang Yuefeng, kaunselor ekonomi dan komersial Kedutaan Cina di New Zealand.

Semasa berlangsungnya acara berkenaan, Biro CIIE dan New Zealand Trade and Enterprise menandatangani memorandum persefahaman untuk ekspo tahun hadapan.

Rakan dagangan terbesar New Zealand, China juga merupakan pasaran eksport dan sumber import utama negara Oceania tersebut.

Statistik rasmi menunjukkan bahawa pada tahun 2018, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah $16.86 bilion. Eksport New Zealand ke China pada tahun lalu bernilai $11.08 bilion.

CIIE kedua melabuhkan tirai dengan $71.13 bllion nilai urus niaga tentatif yang dicapai untuk pembelian barangan dan perkhidmatan selama setahun, satu kenaikan mendadak berbanding tahun lalu.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://www.ciie.org/zbh/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672359-1?lang=0

Source: China International Import Expo (CIIE)
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news