omniture

British School Jakarta Jenamakan Semula Program Pendidikan Tahun-tahun Awalnya

British School Jakarta (BSJ)
2019-12-24 06:49 327

JAKARTA, Indonesia, 24 Disember 2019 /PRNewswire/ -- British School Jakarta (BSJ) telah menjenamakan semula program pendidikan tahun-tahun awalnya dengan menukar namanya semula kepada "Tabika (Kindergarten)" - sebutan yang lebih difahami untuk ibu bapa di Indonesia. Ketua Sekolah Rendah BSJ, Shane Nathan, menjelaskan bahawa pertukaran tersebut adalah untuk mencerminkan tahap pendidikan ini dengan lebih baik.

BSJ has enhanced curriculum and facilities to focus on each student’s individual learning needs.
BSJ has enhanced curriculum and facilities to focus on each student’s individual learning needs.

"Nama sebelumnya iaitu Tahap Asas Satu dan Dua (Foundation Stage One and Two) adalah berdasarkan kepada Kurikulum Kebangsaan Bahasa Inggeris. Kami mendapati ramai ibu bapa Indonesia yang tidak memahami perkaitan FS1 dan FS2 atau sejauh mana ia sesuai untuk kurikulum sekolah kami secara keseluruhan. Sebutan Tadika Satu dan Dua digunakan secara meluas di Indonesia, maka ia merupakan keputusan yang logik untuk menukar istilahnya," kata En. Nathan. 

Dengan pertukaran nama tersebut, BSJ meningkatkan kurikulum dan kemudahan yang memberi tumpuan pada keperluan pembelajaran individu setiap pelajar. En. Nathan menegaskan, "Kami ingin membuat perubahan keseluruhan - satu bahagian adalah untuk menjadikannya lebih mudah buat ibu bapa untuk memahami nilai sebenar program dan kemudahan kami, agar mereka boleh terlibat secara aktif dalam kemajuan pendidikan anak-anak mereka."

Ini termasuk kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak perlu belajar, meneroka dan mengawal pengalaman pendidikan mereka dengan sendirinya. Justeru itu, program Tadika BSJ terdiri daripada pembelajaran pengalaman dan pembelajaran fleksibel menerusi pendekatan Reggio Emilia dan pergerakan sekolah rimba yang memberi tumpuan pada pembelajaran secara amali oleh pelajar-pelajar.

"Ini termasuk kefleksibelan yang lebih besar dari segi kehadiran, membolehkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk bilangan hari yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Dengan kefleksibelan sedemikian, kami dapat memahami dengan lebih baik kesediaan kanak-kanak untuk memasuki sekolah dan bagaimana hal berkenaan mungkin memberi kesan kepada kemahiran pendidikan dan pembangunan mereka," tambah Nathan.

Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan dan daya kreativiti kanak-kanak dalam persekitaran yang aktif dan berasaskan pengalaman, sekolah berkeluasan 18 hektar itu menyediakan pelbagai ruang tertutup yang boleh diakses. Kanak-kanak berupaya untuk bergerak bebas dari penyediaan ruang dalaman ke kawasan luar yang mana mereka boleh meneroka dan bermain di taman yang subur, lubang pasir, trek basikal dan BSJ merupakan sekolah yang pertama dan satu-satunya di Indonesia - yang membolehkan kanak-kanak membuat penemuan kreatif dengan air di kawasan bermain air interaktif ditempah khas yang baru dipasang.

Penolong Ketua untuk Kesejahteraan Pelajar BSJ, Laura Crossland, menambah, "Kami berhasrat untuk menyediakan pelajar-pelajar dengan tempat di mana mereka boleh meneroka pemikiran kreatif mereka dengan bebas dan membina rasa ingin tahu yang semula jadi dalam persekitaran di sekeliling mereka. Dengan bermain, kanak-kanak belajar cara untuk menangani risiko dan cabaran, tidak lama kemudian, mereka akan mula melihat keadaan ini sebagai proses pembelajaran yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama, kami memastikan agar pelajar dapat belajar kemahiran yang diperlukan untuk masuk ke sekolah rendah."

Latar Belakang British School Jakarta:

British School Jakarta telah lama menikmati reputasi sebagai tapak permulaan yang cemerlang untuk kanak-kanak yang ingin memasuki universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1974, BSJ telah mendidik masyarakat melibatkan lebih 50 bangsa di Indonesia, tekal menghantar pelajar-pelajarnya ke universiti-universiti terbaik di seluruh dunia termasuk universiti-universiti Ivy League AS dan Russell Group UK.

Hubungan media:

Farhana Asnap
+62217451670
farhana@bsj.sch.id 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672421-1?lang=0

Source: British School Jakarta (BSJ)
Keywords: Education Children-related news Restructurings/recapitalizations