omniture

TET Bermula Awal untuk Pemegang Kad FE CREDIT, dengan Himpunan Tawaran Hebat daripada FE CREDIT

VPBank Finance Company Limited
2019-12-31 04:58 302

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 31 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Bagi memulakan perayaan TET lebih awal, VP Bank Finance Company Limited (FE CREDIT), salah satu pengeluar kad Kredit yang terbesar di Vietnam telah mengumumkan pelancaran tiga promosi kad yang menarik.

  • 15X Mata Oi Plus: Oi Plus ialah satu-satunya program Ganjaran, yang memberi insentif kepada perbelanjaan harian seperti barangan runcit, caj semula mudah alih dan sebagainya dengan 1 mata=1 VND, bagi memastikan tiada kekeliruan antara pemegang kad. Untuk musim perayaan ini, pemegang kad boleh mendapat bukan 10X tetapi 15X mata bagi semua perbelanjaan.
  • Mengganjari Pembayaran Utiliti: Aplikasi FE Mobile memberi kemudahan kepada pemegang kad untuk membayar semua bil utiliti bukan hanya sekali tetapi secara berulang kali. Pada musim perayaan ini, semua pendaftaran bayaran berulang akan mendapat faedah dua kali ganda – mata Oi Plus dan Pulangan Wang Tunai.
  • 2 klik untuk mendapat wang tunai dengan diskaun 5%: Untuk sebarang keperluan tunai segera semasa musim perayaan ini, pemegang kad boleh memohon wang tunai dengan hanya 2 klik dan mendapat kod yang boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai di cawangan bank serta outlet VN Post. Untuk semua transaksi sedemikian, pelanggan juga akan menerima pulangan wang tunai besar 5%.

 

Promosi TET untuk Pemegang Kad FE Credit
Promosi TET untuk Pemegang Kad FE Credit

En. Kalidas Ghose , Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "Sebagai peneraju pasaran, FE CREDIT yakin dengan usaha menjadikan kehidupan yang Pantas dan Diperkaya untuk pemegang kadnya yang dihargai."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE Credit menyambung, "Promosi yang distruktur dengan jelas ini merupakan contoh-contoh lain daripada tumpuan utama kami, iaitu untuk memberi faedah serta nilai yang relevan kepada segmen utama peserta kategori kami."

Cik Winnie Wong , Pengurus Negara Vietnam, Kemboja dan Laos, Mastercard berkata, "Pada musim perayaan ini, ahli-ahli kad MasterCard® FE CREDIT boleh menikmati kebersamaan dan ketenangan minda apabila membayar secara dalam talian dengan Mastercard ® SecureCode™, yang menyediakan lapisan perlindungan dalam talian tambahan."

Latar Belakang FE CREDIT

Perintis bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pinjaman pengguna tidak bercagar dan pasaran kad kredit.FE CREDIT kini menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama, kad kredit dan insurans. FE CREDIT menawarkan perkhidmatan kepada hampir 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 8,500 rakan kongsi merentas 12,000 outlet Tempat Jualan (POS) di seluruh negara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191230/2680015-1?lang=0

Source: VPBank Finance Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services