omniture

Spin Master Tandatangani Perjanjian Baharu dengan Rubik's untuk Penjenamaan Bersama dengan Perplexus Puzzles

Spin Master
2020-01-03 23:36 150

TORONTO, 3 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. (TSX:TOY; www.spinmaster.com), sebuah syarikat hiburan kanak-kanak bertaraf global, berganding bahu dengan Rubik's Cube yang terkenal di dunia untuk melancarkan Perplexus Puzzles dengan satu putaran, dalam satu perjanjian baharu yang diuruskan oleh The Smiley Company, pemegang lesen induk Rubik's.

Rubik's Cube co-brands with Perplexus Puzzles
Rubik's Cube co-brands with Perplexus Puzzles

Mereka akan bersama-sama membangunkan rangkaian Rubik's x Perplexus yang dijenamakan bersama, yang akan menampilkan teka teki bola-dalam-pagar-selirat 3-D dan alat permainan labirin. Dengan memutar dan memusingkan kiub, pemain cuba untuk mengendalikan bola keluli yang kecil melalui pagar selirat yang rumit, terdiri daripada beberapa langkah sepanjang trek plastik yang sempit. Hasilnya memberikan teka teki dan pagar selirat Rubik's Cube yang utama, lalu menambah satu lagi tahap keseronokan dan menjadikan Rubik's Cube tersebut lebih mencabar berbanding sebelum ini.

"Berkolaborasi dengan alat permainan yang ikonik seperti Rubik's Cube merupakan satu peluang unik untuk meluaskan keseronokan dan cabaran pengalaman permainan Perplexus," kata Elizabeth LoVecchio, Naib Presiden Pemasaran untuk Spin Master Games. "Perplexus telahpun menawan minda, golongan muda mahupun tua dan kami teruja untuk menjalin kerjasama dengan The Smiley Company bagi meluaskan rangkaian popular tersebut dan menerobos lagi sempadan keseronokan dan juga inovasi."

Mengulas tentang pelancaran baharu tersebut, Lori Heiss-Tiplady, Naib Presiden Strategi Jenama di The Smiley Company berkata: "Perplexus menjadi terkenal hasil daripada reka bentuk arca bijaknya dan pelbagai tahap cabaran. Nilai-nilai ini amat sesuai dengan mereka yang telah menjadikan Rubik's Cube sebagai alat permainan yang paling laris terjual dalam sejarah. Kami komited untuk memperluaskan kelayakan merangsang minda jenama Rubik's melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang bertaraf dunia seperti Spin Master, yang berkongsi matlamat kami untuk memupuk generasi-generasi masa depan yang lebih pintar melalui produk-produk yang dapat membantu pembelajaran, merangsang kecerdasan dan mengembangkan status akreditasi STEM Rubik's."

Amat sesuai untuk memberi kanak-kanak permulaan yang menggalakkan terhadap STEM tanpa skrin, pelbagai permainan baharu kini sedang dibangunkan dengan produk pertama bakal dilancarkan pada Musim Panas 2020 dan alat permainan tambahan diperuntukkan untuk dilancarkan tidak lama kemudian.

Latar Belakang Spin Master

Spin Master (TSX:TOY; www.spinmaster.com) ialah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di dunia yang mencipta, mereka bentuk, mengeluarkan, melesenkan dan memasarkan portfolio yang pelbagai, terdiri daripada barang mainan, permainan, produk dan barangan hiburan yang inovatif. Spin Master amat dikenali menerusi jenama-jenama yang memenangi anugerah termasuk Zoomer®, Bakugan®, Erector® by Meccano®, Hatchimals®, Air Hogs® dan PAW Patrol®. Sejak tahun 2000, Spin Master menerima 110 pencalonan Barang Mainan Terbaik Tahunan (TOTY) TIA dengan 30 kemenangan menerusi pelbagai kategori produk, termasuk 13 pencalonan TOTY menerusi Barang Mainan Inovatif Terbaik Tahunan. Setakat ini, Spin Master telah menerbitkan sembilan siri televisyen, termasuk Bakugan: Battle Planet yang dilancarkan semula dan siri terkenal masa kini, PAW Patrol yang ditayangkan di lebih 160 buah negara dan wilayah seluruh dunia. Spin Master menggaji lebih 1,800 kakitangan di negara-negara seluruh dunia termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Perancis, Itali, United Kingdom, Rusia, Slovakia, Poland, Jerman, Sweden, Belanda, China, Hong Kong, Jepun, Vietnam dan Australia. 

Untuk maklumat lanjut: Tammy Smitham, Naib Presiden, Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat, 416-364-6002 samb. 2946, mediarelations@spinmaster.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1060763/Spin_Master_Spin_Master_Signs_New_Deal_With_Rubik_s_For_Co_Brand.jpg

Source: Spin Master
Related Stocks:
Toronto:TOY
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys New products/services