omniture

Natura &Co Tutup Pemerolehan Avon, Tubuh Kumpulan Kecantikan Bidang Khusus Keempat Terbesar di Dunia

Natura &Co
2020-01-05 04:01 177

Pasukan kepimpinan kanan akan dilantik untuk mendorong fasa pertumbuhan baharu 

SÃO PAULO, 5 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Natura &Co (NTCO3 – B3) mengumumkan bahawa ia menjangka untuk menutup pemerolehan Avon Products, Inc. pada hari ini dan melantik pasukan kepimpinan kanan yang baharu bagi mendorong fasa pertumbuhan syarikat yang seterusnya.

Urus niaga bersejarah tersebut mewujudkan syarikat kecantikan bidang khusus yang keempat terbesar di dunia. Ini melambangkan langkah baharu yang utama bagi membina sebuah kumpulan yang didorong oleh matlamat yang komited terhadap cara berbeza untuk menjalankan perniagaan. Natura &Co, yang berdagang dalam bursa saham B3 di Sao Paulo, juga menjangkakan untuk mula berdagang melalui ADR dalam NYSE (NTCO) pada 6 Januari.

Gabungan antara Avon, Natura, The Body Shop dan Aesop menguatkan capaian kumpulan berbilang saluran, berbilang jenama ini dengan ketara, yang akan menjadi peneraju yang tiada tandingan dalam bidang Langsung-kepada-Pengguna, membawakan kecantikan kepada lebih 200 juta pengguna di seluruh dunia pada bila-bila masa, di mana-mana juga, setiap hari melalui berbilang saluran, titik sentuh dan jenama ikonik.

Natura &Co akan memegang jawatan utama dalam jualan hubungan, dalam talian dan luar talian, melalui Avon mahupun Natura, dengan lebih 6.3 juta Perunding dan Wakil. Kumpulan ini juga akan mendapat kedudukan yang kukuh dalam jualan runcit dengan lebih 3,000 kedai dan kehadiran digital yang diperluas dalam kesemua syarikat. Natura &Co akan memperoleh gabungan pendapatan kasar tahunan sebanyak lebih US$10 bilion, lebih 40,000 rakan gabungan, portfolio produk pelengkap yang luas merentas kategori-kategori utama dan jejak global di lebih 100 buah negara.

Sebagai sebuah syarikat yang didorong oleh tujuan, Natura &Co akan mempunyai suara yang lebih lantang bagi menyokong gerakan-gerakan termasuk pemberdayaan wanita, memerangi krisis iklim, kosmetik bebas kezaliman dan membina hubungan yang kukuh bersama komuniti tempatan, kesemuanya merupakan sebahagian daripada kepercayaannya untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang lebih baik melalui impak sosial, ekonomi dan alam sekitar yang positif.

Luiz Seabra, pengasas bersama Natura, mengisytiharkan: "Natura baru sahaja selesai menyambut ulang tahun ke-50 dan tiada cara lain yang lebih baik untuk membuka lembaran seterusnya dalam sejarah kami ini selain untuk mengalu-alukan Avon ke dalam keluarga kami. Kami disatukan dengan visi yang sama dan minat terhadap kecantikan dan hubungan dan kami akan bersama-sama menjadi kuasa untuk kebaikan yang lebih kuat, berusaha untuk membina sebuah dunia yang lebih adil dan lebih indah."

Pelantikan pasukan struktur organisasi dan pengurusan, tertakluk kepada kelulusan korporat yang berkenaan:

Roberto Marques, yang menjadi Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Natura &Co pada tahun 2017, akan turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. En. Marques menyertai Lembaga Pengarah Natura kira-kira empat tahun yang lalu. Sepanjang tempoh ini, beliau memperjuangkan pendekatan bertaraf global, berbilang saluran, berbilang jenama, membawa kepada pemerolehan The Body Shop pada tahun 2017 dan kini penggabungan dengan Avon. Beliau mempunyai pengalaman global yang luas dan rekod prestasi transformasi yang mantap dalam industri barangan pengguna, yang telah diadakan, sebelum Natura &Co, pelbagai jawatan kepimpinan kanan di Johnson & Johnson dan Mondelez International selama lebih 30 tahun.

En. Marques akan terus mengetuai Jawatankuasa Operasi Kumpulan (GOC) yang pelbagai dan berpengalaman, termasuk Ketua-ketua Pegawai Eksekutif daripada setiap empat perniagaan dan jenama selain kedudukan fungsi utama. Empat unit perniagaan tersebut telah dikelolakan berdasarkan keutamaan strategik Kumpulan di peringkat ini:

  • Natura &Co Amerika Latin, mencakupi tanggungjawab untuk P&L Natura, Avon, The Body Shop di rantau berkenaan dan Aesop di Brazil. Peranan ini akan bertanggungjawab untuk inovasi dan kepimpinan jenama Natura di seluruh dunia
  • Avon (tidak termasuk Amerika Latin), bertanggungjawab untuk P&L bagi semua kluster pasaran di Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Peranan ini juga akan bertanggungjawab untuk inovasi dan kepimpinan jenama Avon di seluruh dunia. Di samping itu, pada masa depan, ia akan bertanggungjawab untuk pengembangan antarabangsa jenama Natura di luar Amerika Latin
  • The Body Shop
  • Aesop

Joao Paulo Ferreira mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Amerika Latin Natura &Co. Organisasi baharu di Amerika Latin akan membolehkan keempat-empat jenama kumpulan ini memaksimumkan potensi mereka, memperoleh sinergi yang signifikan dan mempercepatkan pertumbuhan dalam seluruh jejak dan kehadiran berbilang saluran mereka. En. Ferreira berjaya memimpin pengukuhan semula Natura bagi model jualan langsungnya sejak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada Oktober 2016, mendayakan model komersial baharu dan pendigitalan. Sebelum ini beliau pernah menjadi Naib Presiden Operasi dan Logistik serta Naib Presiden Komersial di Natura selepas melakar kerjaya yang panjang di Unilever.

Angela Cretu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Avon, bertanggungjawab untuk perniagaan di luar Amerika Latin dan untuk pengawasan jenama Avon di seluruh dunia. Seorang anak kelahiran Romania, Cik Cretu mempunyai pengalaman selama 20 tahun di Avon menerusi pelbagai jawatan eksekutif kanan, paling terkini sebagai Naib Presiden Kumpulan dan Pengurus Besar, Eropah Tengah, bertanggungjawab untuk 18 buah negara. Sebelum itu, beliau berjaya memimpin kluster Eropah Timur dan Afrika/Timur Tengah serta peranan Global. Beliau mempunyai minat terhadap Avon, kakitangannya, Wakil serta pelanggan. Selain daripada kemahiran pengurusan beliau yang diiktiraf, perspektif antarabangsa dan pengalaman industri, beliau terlibat secara mendalam menerusi usaha Avon terhadap pemberdayaan ekonomi wanita, kesemuanya akan menjadi aset-aset utama untuk membawa Avon dan Natura melangkah ke hadapan.

David Boynton akan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif The Body Shop, terus mendorong transformasi dan pengukuhan semula jenama yang sedang dijalankan dan telahpun memberi keputusan yang positif. Beliau dahulunya merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Charles Tyrwhitt dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Barat untuk L'Occitane.

Michael O'Keeffe, Ketua Pegawai Eksekutif Aesop sejak tahun 2003, turut kekal dengan jawatan semasa beliau, mendorong pertumbuhan tinggi jenama yang unik dan berprestij ini, dengan sokongan daripada kumpulan selebihnya, mengubahnya menjadi perniagaan "triple bottom line" yang sebenar.

Roberto Marques, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Natura &Co, mengulas: "Bersama-sama pasukan pengurusan kanan yang berpengalaman, pelbagai dan bertaraf antarabangsa yang kami umumkan hari ini, saya berbangga dan bertuah untuk memimpin langkah-langkah Natura &Co yang seterusnya dalam perjalanannya. Aspirasi kami adalah untuk membina bukan sekadar syarikat kecantikan yang terbaik di dunia, tetapi syarikat kecantikan terbaik BUAT dunia. Dengan penambahan Avon, kami telah mewujudkan keluarga syarikat dengan capaian langsung-kepada-pengguna yang tiada tandingan dan platform yang mengagumkan untuk pertumbuhan. Saya berharap agar dapat bekerjasama untuk mendorong lagi pendekatan "triple bottom line" kami dan menulis lembaran yang seterusnya dalam perjalanan kami."

Latar Belakang Natura &Co

Natura &Co ialah sebuah kumpulan kosmetik bertaraf global, didorong oleh tujuan, berbilang saluran dan berbilang jenama yang melibatkan Avon, Natura, The Body Shop dan Aesop. Natura &Co mencatatkan pendapatan bersih sebanyak R$ 13.4 bilion pada tahun 2018. Keempat-empat syarikat yang membentuk kumpulan berkenaan komited untuk menghasilkan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang positif. Selama 130 tahun, Avon telah mempertahankan hak wanita: menyediakan produk-produk kecantikan yang inovatif dan berkualiti yang dijual terutamanya kepada wanita, melalui wanita. Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah sebuah syarikat multinasional Brazil dalam segmen kosmetik dan penjagaan peribadi, peneraju bagi jualan langsung. Ditubuhkan pada tahun 1976 di Brighton, England, oleh Anita Roddick, The Body Shop ialah jenama kecantikan global yang berusaha untuk mencetuskan perbezaan positif di dunia. Jenama kecantikan Australia Aesop ditubuhkan pada tahun 1987 dengan usaha untuk mencipta rangkaian produk superlatif buat kulit, rambut dan tubuh.

PERINGATAN TENTANG KENYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Kenyataan-kenyataan dalam komunikasi ini (atau dalam dokumen yang dikemukakan oleh rujukan) yang bukan fakta atau maklumat bersejarah mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Antara perkara lain, kenyataan pandang ke hadapan ini mungkin termasuk kenyataan berhubung urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; kepercayaan berkaitan penciptaan nilai hasil daripada urus niaga yang dicadangkan melibatkan Natura dan Avon; jadual yang dijangkakan untuk menyelesaikan urus niaga tersebut; faedah dan sinergi urus niaga; peluang masa depan untuk gabungan syarikat; dan mana-mana kenyataan lain berhubung kepercayaan, jangkaan, rancangan, hasrat, keadaan kewangan atau prestasi masa depan Avon dan Natura. Dalam sesetengah keadaan, perkataan seperti "anggaran", "unjuran", "ramalan" , "merancang", "percaya", "mungkin", "berharap", "menjangkakan", "berhasrat", "dirancang", "berpotensi", "boleh", "jangkaan", "dapat", "bakal", "akan" dan ungkapan yang serupa, atau negatif daripada ungkapan tersebut, dapat mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan dan kepercayaan Natura dan Avon berhubung peristiwa masa depan dan melibatkan risiko serta ketidaktentuan yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa. Faktor-faktor ini sukar diramalkan dengan tepat dan mungkin di luar kawalan Natura dan Avon. Kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain hanya tepat setakat tarikh ia dibuat. Ketidaktentuan dan risiko baharu muncul dari masa ke masa dan mustahil untuk Natura atau Avon meramalkan peristiwa ini atau bagaimana ia boleh menjejaskan Natura atau Avon. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada mana-mana kenyataan pandang ke hadapan ini sebagai peramal peristiwa masa depan. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, Natura mahupun Avon tidak mempunyai kewajipan untuk, dan tidak berhasrat untuk, mengemas kini atau menyemak semula kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini atau di tempat lain selepas tarikh komunikasi ini diterbitkan. Lantaran risiko dan ketidaktentuan ini, pelabur perlu ingat bahawa keputusan, peristiwa atau pembangunan yang dibincangkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam komunikasi ini mungkin tidak berlaku. Ketidaktentuan dan faktor risiko yang boleh menjejaskan prestasi masa depan Natura dan/atau Avon dan menyebabkan keputusan berbeza daripada kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, (a) kebolehan pihak-pihak untuk menyempurnakan urus niaga tersebut atau memenuhi syarat-syarat penyempurnaan urus niaga tersebut, termasuk penerimaan kelulusan pemegang saham dan penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk urus niaga tersebut menurut terma yang dijangkakan atau mengikut jadual yang dijangkakan; (b) kebolehan pihak-pihak untuk memenuhi jangkaan berhubung masa, penyelesaian dan perakaunan serta rawatan cukai untuk urus niaga berkenaan; (c) kemungkinan bahawa mana-mana faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan tidak akan direalisasikan atau tidak akan direalisasikan dalam tempoh masa yang dijangkakan; (d) risiko bahawa penyepaduan operasi Avon dengan operasi Natura akan ditangguhkan dengan ketara atau akan menjadi lebih mahal atau sukar daripada yang dijangkakan; (e) kegagalan urus niaga yang dicadangkan untuk membuat penutupan atas apa-apa alasan lain; (f) kesan daripada pengumuman urus niaga tersebut terhadap hubungan pelanggan dan perunding serta keputusan operasi (termasuk, tanpa had, kesukaran untuk mengekalkan hubungan dengan kakitangan atau pelanggan); (g) pencairan yang disebabkan oleh terbitan saham tambahan Natura daripada stok biasanya berhubung dengan urus niaga berkenaan; (h) kemungkinan bahawa urus niaga tersebut mungkin lebih mahal untuk diselesaikan daripada yang dijangkakan, termasuk hasil daripada faktor atau peristiwa yang tidak dijangkakan; (i) pengubahan masa pengurusan berhubung isu-isu berkaitan urus niaga; (j) kemungkinan bahawa perakaunan dan rawatan cukai yang dihasratkan untuk urus niaga yang dicadangkan tidak dicapai; (k) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Bahagian 4 pada Borang Rujukan Natura bagi tahun 2018, versi 15, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Brazil pada 24 April 2019; dan (l) risiko-risiko yang dinyatakan dalam Item 1A daripada Laporan Tahunan yang difailkan baru-baru ini oleh Avon pada Borang 10-K dan laporan-laporan seterusnya pada Borang 10-Q dan 8-K. 

 

Source: Natura &Co
Related Stocks:
OTC:NUACF SaoPaulo:NATU3 SaoPaulo:NTCO3
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics OTC/SmallCap IRW Retail Acquisitions, mergers, takeovers