omniture

Colgate Umum Teknologi Rintis Direka Untuk Revolusikan Kesihatan Mulut

Colgate-Palmolive
2020-01-07 03:04 107

Berus Gigi Elektrik Pintar Colgate ® Plaqless Pro Menang Anugerah Inovasi di CES Menjelang Pelancaran Tahun 2020  

LAS VEGAS, 7 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Colgate memperkenalkan berus gigi pintar pertama seumpamanya dengan teknologi sensor optik baharu yang dapat mengesan pembentukan biofilem dalam mulut agar ia dapat disingkirkan ketika memberus gigi. Berus gigi elektrik pintar Colgate® Plaqless Pro bertujuan untuk merevolusikan penjagaan mulut dengan menyediakan maklumat yang tepat pada waktu sebenar yang khusus untuk setiap mulut dan teknik memberus gigi yang berbeza bagi setiap individu.

 

Apabila dilancarkan lewat tahun ini, berus gigi Colgate® Plaqless Pro akan menjadi berus gigi elektrik pertama yang disediakan secara komersial yang dapat mengesan pembentukan biofilem dan memberi tunjuk ajar pada waktu sebenar bagi pemberusan yang lebih lengkap. Ia diiktiraf di Pameran Elektronik Pengguna (CES) hari ini dengan anugerah Inovasi Terbaik untuk Kesihatan dan Kecantikan.

"Di klinik doktor gigi, kami mula melihat suatu peralihan ke arah penjagaan mulut secara jitu yang menyesuaikan rawatan mengikut keperluan khusus setiap pesakit," kata Dr. Maria Ryan, Ketua Pegawai Pergigian Colgate. "Berus gigi elektrik pintar Colgate® Plaqless Pro diinspirasikan oleh peralihan berkenaan dan meningkatkan keberkesanan memberus dengan mengambil kira teknik pemberusan individu dan pembentukan biofilem dalam mulut mereka. Selain itu, dengan memaklumkan serta merta kepada pengguna apabila suatu kawasan bersih, Plaqless Pro membimbing mereka untuk memberus dengan lebih baik, membantu pesakit mahupun penyedia penjagaan mulut untuk membina perkongsian yang lebih kukuh bagi mencapai kesihatan mulut yang optimum."

Berus gigi elektrik pintar Colgate® Plaqless Pro membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu mereka perlu memberus lebih lama di suatu kawasan dalam mulut mereka atau ketika kesemua pembentukan biofilem telah disingkirkan. Menggunakan cincin cahaya di sekeliling berus gigi pengguna akan melihat cahaya berwarna biru apabila pembentukan dapat dikesan dan kemudian lampu berwarna putih muncul untuk memaklumkan pengguna bagi meneruskan langkah seterusnya. Pengguna kini boleh memberus dengan yakin, mengetahui apabila gigi mereka benar-benar bersih.

Colgate Connect App dihubungkan kepada berus gigi melalui teknologi Bluetooth® bagi memberikan pengguna dengan pengalaman memberus yang tepat dan diperibadikan. Sensor yang dibenamkan dalam pemegang berus gigi menghasilkan peta mulut pengguna yang komprehensif. Setiap kali mereka memberus, pengguna boleh merujuk aplikasi tersebut bagi melihat dengan tepat di mana mereka memberus gigi mereka, di mana mereka tertinggal tempat untuk memberus dan kini, sekiranya kawasan yang diberus benar-benar bersih. Aplikasi tersebut juga memberi maklum balas memberus yang segera, data diperibadikan, tunjuk ajar dan juga panduan penjagaan mulut.

"Kami teruja untuk memperkenalkan teknologi rintis ini dengan sensor yang dapat melihat melalui ubat gigi yang berbuih bagi memberi maklumat yang dapat membantu orang ramai untuk mengambil tanggungjawab yang lebih tinggi untuk kesihatan mulut mereka," kata Patricia Verduin, Ketua Pegawai Teknologi untuk Colgate-Palmolive. "Plaqless Pro baharu kami memberi pembersihan yang hebat daripada berus gigi berkuasa, pengesanan lokasi terbukti peranti penjagaan mulut yang canggih dan kini pengesanan pengimbas mulut yang memberi maklum balas pemberusan peribadi pada waktu sebenar demi pembersihan yang menakjubkan."

Berus gigi Colgate® Plaqless Pro boleh didapati pada tahun 2020 di shop.colgate.com/ces.

Latar Belakang Colgate-Palmolive:
Colgate-Palmolive ialah Syarikat produk pengguna global yang terkemuka, memberi tumpuan pada Penjagaan Mulut, Penjagaan Peribadi, Penjagaan Rumah dan Pemakanan Haiwan Peliharaan. Dengan lebih daripada 34,000 kakitangan dan produk-produknya yang dijual di lebih 200 buah negara dan wilayah, Colgate terkenal dengan jenama-jenama yang menjadi sebutan ramai seperti Colgate, Palmolive, elmex, Tom's of Maine, Sorriso, Speed Stick, Lady Speed Stick, Softsoap, Irish Spring, Protex, Sanex, Filorga, eltaMD, PCA Skin, Ajax, Axion, Fabuloso, Soupline dan Suavitel, selain Hill's Science Diet dan Hill's Prescription Diet. Syarikat ini juga diiktiraf untuk kepimpinan dan inovasinya dalam menggalakkan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat, termasuk pencapaiannya dalam menjimatkan air, mengurangkan pembaziran, menggalakkan kitar semula serta meningkatkan kesihatan mulut kanak-kanak melalui program Bright Smiles, Bright Futures, yang telah mendekati lebih daripada satu bilion orang kanak-kanak sejak tahun 1991. Untuk maklumat lanjut tentang perniagaan global Colgate dan bagaimana Syarikat membina masa depan yang diraikan dengan senyuman, kunjungi
http://www.colgatepalmolive.com.

Hubungi Nike Communications: Jenna Ebbink
Telefon: 818.388.2821
Emel: jebbink@nikecomm.com

Hubungi Nike Communications: Sam Steiner
Telefon: 651.212.0179
Emel: ssteiner@nikecomm.com 


Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1061180/COLGATE_Logo.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1061408/Colgate_Palmolive_Plaqless.jpg  

Source: Colgate-Palmolive
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Dentistry Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news