omniture

CleverTap Persembahkan Siri Video "Inspiring Women"

CleverTap
2020-01-08 00:06 96

Peneraju Penglibatan dan Pengekalan Pengguna Serlahkan Pemimpin Teknologi Wanita Menjelang Hari Wanita Antarabangsa 

MOUNTAIN VIEW, California, 8 Januari 2020 /PRNewswire/ -- CleverTap, sebuah platform peneraju kitar hayat pelanggan dan pengekalan pengguna yang dikuasakan oleh AI, akan meraikan kejayaan pemimpin-pemimpin wanita dalam teknologi dengan "Inspiring Women," sebuah kempen video baharu yang berkonsepkan wawancara. Turut disiarkan pada Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2020, siri video ini akan menyorotkan kisah-kisah, perjalanan, cabaran dan pembelajaran tiga belas orang pemimpin wanita masa kini dalam bidang pemasaran, mempamerkan pencapaian mereka untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada para wanita profesional yang meningkat naik. Wawancara pertama bagi siri ini memaparkan Heather Redling, ketua pemasaran di LEGOLAND Dubai, dan boleh dilayari di laman web CleverTap mulai hari ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak inisiatif telah dilaksanakan berkaitan dengan pemerkasaan wanita, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun pada 8 Mac dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kesaksamaan, memberikan peluang bagi memikirkan tentang kesaksamaan jantina dan pada masa yang sama menyokong para wanita di mana-mana sahaja. "Inspiring Women" dipersembahkan oleh CleverTap bermatlamat untuk memperkasakan wanita dalam teknologi menerusi video-video yang memberikan impak yang akan dilancarkan setiap minggu sehinggalah pada Hari Wanita Antarabangsa.

"Berdasarkan laporan oleh PwC, hanya lima peratus wanita dalam teknologi memegang tampuk kepimpinan," kata Almitra Karnik, ketua pemasaran, CleverTap. "Industri teknologi boleh melakukan lebih lagi untuk menyokong, memberi galakan dan memotivasikan wanita-wanita dalam kepimpinan. 'Inspiring Women' ialah satu langkah kecil yang membolehkan kita menyambut pemimpin wanita masa kini dan pada masa yang sama memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin wanita pada masa depan."

Siri "Inspiring Women" The CleverTap ini sejajar dengan inisiatif Hari Wanita Antarabangsa 2020 – "sebuah dunia yang saksama ialah dunia yang mendayakan" – dan fokus dalam membina sebuah dunia dengan kesaksamaan jantina menerusi keraian kejayaan pencapaian wanita, peningkatan kesedaran menentang prejudis dan tindakan atas dasar kesaksamaan. Menampilkan wawancara daripada wanita-wanita berwawasan yang menjadi peneraju dalam dunia pemasaran, termasuklah kisah-kisah mereka, perjalanan kerjaya, dan pandangan mereka dalam hal-hal semasa industri, siri video ini termasuk:

Heather Redling, Ketua Pemasaran, LEGOLAND Dubai
Olga Andrienko, Ketua Pemasaran Global, SEMrush
-  Purna Virji, Pengurus Kanan Penglibatan Global, Microsoft
Meera Iyer, Ketua Pegawai Pemasaran, Medlife.com
-  K Sudha, Naib Presiden – Ketua Klien, MindShare
Mohita Nagpal, Naib Presiden Pemasaran, Hiver
Namrata Balwani, Jurucakap, Pemasaran, Digital, Ketua Pengalaman Pelanggan, Ketua Transformasi Digital, Mentor Syarikat Baharu, Fakulti Jemputan

Claire Drumond, Ketua Penstrategi Kandungan, Atlassian
-  Kriti, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, DUbeat
Amy Bishop, Pemilik dan Jururunding Pemasaran Digital, Cultivative
-  Shafika Houcine, Pengarah Kumpulan Digital, Saluran di Etisalat
Almitra Karnik, Ketua Pemasaran, CleverTap
Benu Aggarwal, Presiden dan Pengasas, Milestone, Inc.

Wawancara baharu akan dimuatnaik setiap minggu di laman web CleverTap di clevertap.com/inspiringwomen yang mana para penonton boleh berkongsi ulasan dan bertanyakan soalan.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap ialah peneraju bagi platform penglibatan dan pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama memaksimumkan nilai seumur hidup pengguna. Lebih 8,000 jenama pelanggan seluruh dunia, termasuklah Vodafone, Star, Sony, Discovery, Fandango LATAM, Carousell, dan Gojek telah meletakkan kepercayaan kepada CleverTap dalam membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna, justeru meningkatkan hasil jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma modal usaha niaga termasuklah Sequoia India, Tiger Global Management, Accel, dan Recruit Holdings, dan beroperasi di San Francisco, Seattle, London, Singapura, dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, lawati clevertap.com atau ikuti mereka di LinkedIn dan Twitter.

Hubungi:

Charles Orlando
CleverTap
424-425-4384
press@clevertap.com

Dana Gomez 
Walt & Company 
408-369-7200 
dgomez@walt.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Corporate Social Responsibility Women-related news Future Events