omniture

­­Scaled Agile Umum Ketersediaan Umum SAFe® 5.0 Dengan Kecekapan Teras untuk Dayakan Ketangkasan Perniagaan

Scaled Agile, Inc.
2020-01-09 11:00 112

Versi Rintis Rangka Kerja Scaled Agile Melangkaui IT untuk Menyelaraskan Seluruh Perusahaan menurut Strategi dan Pelaksanaan

BOULDER, Colorado, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, rangka kerja yang terkemuka di dunia untuk ketangkasan perniagaan, hari ini mengumumkan ketersediaan umum SAFe® 5.0 untuk Perusahaan Lean. Versi baharu SAFe menampilkan kemajuan penting dalam strategi, pelaksanaan dan kecekapan kepimpinan yang diperlukan untuk sesebuah organisasi menyediakan penyelesaian perniagaan yang inovatif dengan lebih pantas berbanding persaingan.

 

Dengan mengambil pendekatan bahawa ketangkasan perniagaan memerlukan penglibatan semua dalam menyediakan penyelesaian—pemimpin perniagaan dan teknologi, pembangunan, operasi IT, undang-undang, pemasaran, kewangan, sokongan, pematuhan, keselamatan dan lain-lain—menggunakan amalan Lean dan Agile, SAFe 5.0 memberi panduan dari segi cara untuk melanjutkan penetapan minda Lean-Agile ke dalam bidang perniagaan berkenaan.

"Dengan kadar inovasi teknologi yang belum pernah terjadi sebelum ini, menjadi semakin jelas bahawa model perniagaan sedia ada, hierarki organisasi dan infrastruktur teknologi semata-mata tidak dapat bersaing dengan betapa pantasnya syarikat-syarikat perlu beradaptasi dalam era digital," kata Dean Leffingwell, pengasas bersama dan ketua metodologi SAI. "SAFe 5.0 membantu organisasi-organisasi menangani kekurangan teknikal dan ketangkasan, selain ketakserasian strategik dan taktikal antara perniagaan dan IT, untuk menguasai kecekapan teras yang diperlukan bagi mencapai ketangkasan perniagaan yang sebenar."

Sorotan Utama SAFe® 5.0:

  • Penambahan pemusatan pelanggan dan pemikiran reka bentuk membolehkan organisasi untuk memahami masalah dan mereka bentuk penyelesaian yang betul dengan lebih baik
  • Panduan Ukur dan Berkembang membantu organisasi untuk menentukan keadaan ketangkasan perniagaan semasanya dan mengenal pasti langkah-langkah taktikal yang diperlukan untuk bertambah baik
  • Kecekapan Budaya Pembelajaran Berterusan menyediakan set nilai dan amalan yang menggalakkan semua orang dalam perusahaan untuk terus belajar—dan menginovasi—bersama-sama
  • Kecekapan Ketangkasan Organisasi membantu pasukan mengoptimumkan proses perniagaan mereka, mengembangkan strategi dengan komitmen baharu yang jelas dan muktamad serta beradaptasi dengan pantas bagi memanfaatkan peluang baharu
  • Dengan peluasan untuk melibatkan pasukan perniagaan, SAFe 5.0 membolehkan semua pasukan dalam organisasi untuk mengambil bahagian dalam menghasilkan, menyampaikan dan menyokong penyelesaian perniagaan yang inovatif.
  • Prinsip SAFe baharu—Pengaturan Sekitar Nilai—membantu perusahaan untuk menyelaraskan usaha pembangunan mereka sekitar aliran nilai penuh, hujung-ke-hujung

"Hal yang membuatkan kami benar-benar teruja dengan SAFe 5.0 ialah pemikiran reka bentuk dan pemusatan pelanggan kini terdapat dalam rangka kerja berkenaan," kata Carmen Farenthold, pengarah teknologi jualan di PepsiCo. "Kami perlu meletakkan pengguna akhir sebagai keutamaan dalam apa yang kami lakukan kerana ia bukanlah mengenai penyediaan penyelesaian teknologi semata-mata untuk penyelesaian teknologi. Ia berkenaan pengguna yang akan memanfaatkan penyelesaian tersebut."

"Mereka yang menguasai penyampaian perisian berskala besar akan menakrifkan landskap ekonomi abad kedua puluh satu," kata Dr. Mik Kersten, Ketua Pegawai Eksekutif Tasktop dan pengarang buku Project to Product. "SAFe 5.0 ialah satu pelancaran yang amat penting dan saya yakin akan menjadi kunci bagi membantu organisasi perusahaan yang tidak terkira banyaknya berjaya dalam peralihan mereka bermula daripada projek kepada produk."

Laman sesawang SAFe 5.0 disediakan di scaledagileframework.com dan Soalan Sering Ditanya (FAQ) tentang SAFe 5.0 disediakan di support.scaledagile.com. Tarikh-tarikh penting sekitar pelancaran penuh tersebut ialah:

  • Laman sesawang SAFe 4.6 kekal tersedia di v46.scaledagileframework.com sehingga Januari 2021  
  • Kursus-kursus SAFe 5.0 dikemas kini yang menyediakan latihan komprehensif dan pensijilan berhubung peranan serta kecekapan SAFe akan disediakan pada Januari 2020  

Latar Belakang Scaled Agile, Inc.

Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja utama dunia untuk ketangkasan perusahaan. Melalui pembelajaran dan pensijilan, jaringan rakan kongsi global dan komuniti yang semakin berkembang melibatkan lebih 500,000 ahli profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan dalam budaya mereka agar mereka dapat mengenal pasti dan membawa nilai pelanggan dengan pantas, memanfaatkan peluang-peluang baru muncul serta meningkatkan hasil perniagaan. Scaled Agile ialah ahli yang menyumbang dalam pergerakan kedermawanan korporat dan khidmat masyarakat Pledge 1%. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.

Sumber-sumber:

Kajian Kes SAFe
SAFe dalam Berita

“SAFe 5.0 is a monumental release that I am convinced will be key in helping countless enterprise organizations succeed in their shift from project to product.” —Dr. Mik Kersten, CEO of Tasktop. Learn about SAFe 5.0 and business agility at scaledagileframework.com.
“SAFe 5.0 is a monumental release that I am convinced will be key in helping countless enterprise organizations succeed in their shift from project to product.” —Dr. Mik Kersten, CEO of Tasktop. Learn about SAFe 5.0 and business agility at scaledagileframework.com.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=TVncDr32Nbk
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1062335/Say_Hello_SAFe_5.jpg   

Source: Scaled Agile, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications