omniture

Manchester City Umum Perkongsian Global Baharu bersama Syarikat Gergasi Peralatan Pengguna, Midea

Midea
2020-01-09 13:31 317

FOSHAN, China, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Manchester City telah mengumumkan satu perkongsian global yang baharu bersama pengeluar peralatan pengguna #1 dunia, Midea.

Manchester City Umum Perkongsian Global Baharu bersama Syarikat Gergasi Peralatan Pengguna, Midea
Manchester City Umum Perkongsian Global Baharu bersama Syarikat Gergasi Peralatan Pengguna, Midea

Omar Berrada, Ketua Pegawai Operasi untuk Manchester City, mengalu-alukan Midea ke dalam keluarga City dan berkata: "Ketika kami melangkah ke separuh kedua musim ini, kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan jenama yang begitu terkemuka seperti Midea yang telah membuatkan kami kagum dengan operasi dan cita-cita mereka. Dikaitkan dengan organisasi-organisasi yang berkongsi falsafah dan pendekatan yang serupa terhadap inovasi adalah penting buat kami dan kami teruja untuk melihat perkongsian ini menjadi kenyataan."

Midea akan dapat dilihat di sekitar Stadium Etihad pada hari-hari perlawanan utama sepanjang beberapa bulan akan datang melalui penjenamaan dan pengaktifan bersepadu. Syarikat gergasi peralatan rumah tersebut juga merancang untuk membangunkan kempen digital yang inovatif untuk musim 2019/2020 selebihnya.

Brando Brandstaeter, Ketua Jenama & Komunikasi di Bahagian Perniagaan Antarabangsa Midea, mengulas: "Midea mungkin merupakan salah sebuah syarikat terbesar yang mula disedari oleh ramai pengguna di seluruh dunia dan dengan bantuan City, kami berhasrat untuk membuat satu lonjakan yang besar ke hadapan. Midea adalah besar, kami menawarkan salah satu rangkaian produk yang paling komprehensif di dunia dalam industri peralatan rumah. Kami telah mencari-cari rakan kongsi yang tepat sejak 2 tahun yang lalu dan kami teruja kerana telah menemui padanan yang sempurna dengan Manchester City, sebuah organisasi yang berkongsi falsafah kami dalam berusaha lebih daripada yang diperlukan buat peminat-peminat mereka. Di Midea, kami percaya untuk menyediakan penyelesaian yang tidak diduga mesra dengan menerima pendekatan bertumpu pengguna dan penyelesaian masalah, manakala City menawarkan peminat globalnya dengan lebih daripada 90 minit bola sepak yang menarik di padang. Kami berkongsi nilai yang sama iaitu bukan sekadar meraih kemenangan sahaja tetapi ia kemenangan bermakna. Kami yakin bahawa sinergi antara kedua-dua jenama ini akan membawa kami ke tahap yang baharu."

Untuk maklumat lanjut, hubungi: 

Emily Oliver, Emily.Oliver@cityfootball.com, +44 7720 342 124
Brando Brandstaeter, Brando.Brandstaeter@Midea.com, +86 186 8822 8676

Latar Belakang Manchester City Football Club 

Manchester City FC ialah kelab Liga Perdana Inggeris yang asalnya ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St Mark's West Gorton. Ia secara rasminya menjadi Manchester City FC pada tahun 1894 dan sejak itu meraih kemenangan Piala Pemenang-pemenang Piala Eropah, enam gelaran Kejohanan Liga, termasuk empat gelaran Liga Perdana (2012, 2014, 2018, 2019) dan enam Piala FA. Manchester City FC ialah salah satu daripada lapan kelab yang terdiri daripada City Football Group dan mengambil kira New York City FC dan Melbourne City FC antara kelab-kelab saudaranya.

Di bawah pengurus Pep Guardiola, salah seorang daripada pengurus yang paling banyak menerima anugerah dalam dunia bola sepak, Kelab ini bermain perlawanan negara asal domestik dan Liga Juara-juara UEFA di Stadium Etihad, arena mengagumkan dengan 55,000 tempat duduk yang telah dianggap tempat asal City sejak tahun 2003. Hari ini, Stadium ini terletak di Kampus Etihad yang lebih luas, yang turut mencakupi City Football Academy, kemudahan latihan prestasi dan pembangunan belia termaju yang terletak di tengah-tengah Manchester Timur. Mempunyai Academy Stadium dengan kapasiti 7,000, City Football Academy juga merupakan lokasi Manchester City Women's Football Club dan Elite Development Squad berlatih setiap hari dan bermain perlawanan tempat asal kompetitif mereka.

Latar Belakang Midea & Midea Group

Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam perniagaan peralatan rumah Midea Group – syarikat teknologi tinggi global terkemuka yang menduduki tempat #312 dalam Global Fortune 500 2019. Perniagaan Midea Group melangkaui peralatan rumah dan terdiri daripada tonggak perniagaan seperti HVAC, robotik dan pengautomatan, kediaman pintar dan IoT, selain logistik dan komponen pintar. Semua perniagaan Midea Group berusaha ke arah satu prinsip keyakinan: #HumanizingTechnology.

Jenama Midea Home Appliances menawarkan salah satu rangkaian produk yang paling komprehensif di dunia dalam industri peralatan rumah, mengkhusus dalam rawatan-udara (penyelesaian penyaman udara komersial dan kediaman), penyejukan, dobi, dapur besar dan peralatan memasak, peralatan dapur kecil, peralatan air, penjagaan lantai dan pencahayaan.

Midea percaya dalam menyediakan penyelesaian dengan kemudahan yang tidak diduga dengan menerima pendekatan bertumpu pengguna dan penyelesaian masalah. Berusaha lebih daripada yang diperlukan demi masa depan, sentiasa meneroka dan mencipta bagi memenuhi kehendak pengguna kami yang sentiasa berubah-ubah.

Midea, antara banyak jenama yang lain, merupakan Pengeluar Peralatan Pengguna[1] #1 dunia, Jenama Rawatan Udara[2] #1 dunia, Pengeluar Peralatan Utama[3] #1 dunia dan Jenama Peralatan Memasak Kecil[4] #1 dunia.

Sebanyak 34 pusat pengeluaran Midea di seluruh dunia dan lebih 150,000 kakitangan di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah menjana pendapatan tahunan sebanyak lebih USD 39.5 bilion pada tahun 2018. 28 pusat inovasi seluruh dunia Midea dan komitmen yang teguh terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) menghasilkan lebih daripada 50,000 paten yang dibenarkan setakat hari ini.

https://www.midea-group.com/Our-Businesses/home-appliances/midea 
https://www.midea-group.com/NewsRoom/News/ManchesterCityPartnership

[1] "Midea – Pengeluar Peralatan Pengguna No.1 Dunia"

Sumber: Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 20ed, setiap peralatan pengguna ditakrifkan untuk menyertakan pengeluaran mesin basuh pinggan mangkuk/peralatan penyejukan/peralatan dobi rumah/peralatan memasak besar/ketuhar gelombang mikro/penyaman udara, jumlah pengeluar dalam unit, data 2019.

[2] "Midea – Jenama Rawatan Udara No.1 Dunia"

Sumber: Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 20ed, jualan jumlah runcit dalam unit, data 2019.

[3] "Midea – Pengeluar Peralatan Utama No.1 Dunia"

Sumber: Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 20ed, setiap definisi kategori peralatan Utama, jumlah pengeluar dalam unit, data 2019."

[4] "Midea – Jenama Peralatan Memasak Kecil No.1 Dunia"

Sumber: Euromonitor International Limited; Consumer Appliances 20ed, setiap definisi kategori Peralatan Memasak Kecil, jualan jumlah runcit dalam unit, data 2019.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200107/2684242-1?lang=0

Source: Midea
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements