omniture

Platform Pemasaran Digital Sojern Dibina Kurangkan Kebergantungan pada OTA untuk Semua Saiz Hotel, Kini Tersedia sebagai Langganan

Sojern
2020-01-09 17:22 85

Berkhidmat kepada 10,000 Pelanggan di 140 Negara, Sojern Tawar Akses Waktu Sebenar Hotel kepada Data Perjalanan dan Penyelesaian Media Digital Holistik

SAN FRANCISCO, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Sojern, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pemasaran digital yang menawarkan perkhidmatan kepada 10,000 pelanggan di lebih 140 buah negara, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan penyelesaian pemasaran digitalnya kepada hartanah hotel dan rangkaian bebas sebagai langganan. Versi komisen daripada penyelesaian yang sama telahpun popular dalam kalangan pelanggan hotel Sojern untuk seketika.

Dengan pakej baharu ini, teknologi gred-perusahaan yang sama dibangunkan untuk memperkasa kempen-kempen pemasaran buat jenama-jenama pelancongan yang terbesar di dunia disediakan kepada hotel-hotel yang lebih kecil pada harga yang rendah dan platform semua dalam satu. Ditawarkan sebagai alternatif tempahan terus untuk tawaran pengedaran hotel dengan agensi-agensi pelancongan dalam talian (OTA), penyelesaian pemasaran digital Sojern memberikan pengiklanan yang amat diperibadikan kepada pengguna merentas pelbagai peranti dan saluran digital seperti Facebook dan Instagram, video, iklan paparan dan carian. Iklan dan kandungan disasarkan ini kemudiannya mendorong pelanggan yang berpotensi ke laman sesawang hotel untuk menempah terus.

Pemasaran dalam talian telah menjadi rumit dan memakan masa, dan akibatnya, industri ini menjadi semakin bergantung pada agensi-agensi pelancongan dalam talian (OTA) untuk membantu memenuhkan bilik, namun demikian hal tersebut sering berlaku dengan kadar komisen yang tinggi dan tiada hubungan langsung dengan pelanggan. Platform Sojern mengenal pasti pengembara dalam pasaran dan menggunakan pengiklanan untuk mendorong tempahan terus dan meningkatkan trafik web pada laman sesawang milik hotel di samping memupuk hubungan pelanggan langsung untuk hotel berkenaan. Sojern mengautomasikan pengurusan dan pengoptimuman kempen agar hotel-hotel dapat memberi tumpuan bukan sahaja pada kerumitan pemasaran digital, tetapi terhadap keutamaan pertama mereka: pengalaman tetamu. Faedah-faedah program tambahan termasuk iklan percuma kreatif, ujian kreatif A/B, perkhidmatan penterjemahan serta pasaran tempatan dan pandangan kompetitif.

Asalnya dibangunkan untuk jenama-jenama hotel yang terbesar di dunia, kini Sojern menawarkan penyelesaian pemasaran digitalnya kepada hotel-hotel dan hartanah rangkaian bebas menerusi dua cara berbeza—kedua-duanya disokong oleh sains data proprietari yang disokong oleh penganalisis kejayaan pelanggan khusus: Pick Your Plan™, atau langganan; serta Pay On The Stay™, atau komisen.

"Hari ini, lebih mudah dan lebih murah berbanding sebelum ini untuk sesebuah hotel membina laman sesawang dan menerima tempahan dalam talian, namun demikian menarik minat pengembara dalam pasaran yang layak ke laman sesawang anda merupakan satu cabaran yang berterusan. Pemilik hotel yang manakah mempunyai masa, belanjawan atau kepakaran untuk menguasai pemasaran dalam carian, Facebook, Instagram, paparan, video, mudah alih, natif dan trend masa depan—khususnya apabila mereka bersaing dengan belanjawan iklan berbilion-bilion dolar daripada OTA?" kata Kurt Weinsheimer, Ketua Pegawai Penyelesaian Sojern. "Sojern telah melihat tingkah laku pengembara merentas mudah alih dan web digital sejak tahun 2007 dan menyediakan penyelesaian kepada jenama-jenama pelancongan yang terbesar di dunia untuk meningkatkan bahagian tempahan langsung mereka dan mencapai prestasi KPI mereka. Kami menyedari bahawa terdapatnya peluang untuk mengubah kepakaran ini menjadi penyelesaian yang mudah kepada pemilik hotel dengan belanjawan lebih kecil yang tidak ingin mengambil risiko daripada model pesanan kemasukan media tradisional."

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pemasaran digital Sojern untuk hotel dan rangkaian bebas, kunjungi www.sojern.com/hotel-marketing.

Latar Belakang Sojern
Penyelesaian pemasaran digital Sojern untuk pelancongan dibina menerusi lebih sedekad kepakaran dalam menganalisis laluan pengembara yang lengkap untuk membeli. Syarikat ini membawa pengembara daripada impian ke destinasi dengan mengaktifkan penyelesaian penjenamaan dan prestasi berbilang saluran pada Sojern Traveler Platform untuk lebih 10,000 pelanggan di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai syarikat Deloitte Technology Fast 500 selama enam tahun berturut-turut, ibu pejabat Sojern terletak di San Francisco dengan 600 kakitangan ditempatkan di Berlin, Dubai, Dublin, Hong Kong, Istanbul, London, Bandar Raya Mexico, New York, Omaha, Paris, São Paulo, Singapura dan Sydney.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/249299/sojern_logo.jpg

Source: Sojern
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel