omniture

Royal Canadian Mint Rai Ulang Tahun ke-75 Hari V-E pada Dolar Perak Pruf 2020

Royal Canadian Mint
2020-01-09 19:23 135

OTTAWA, Ontario, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Tujuh puluh lima tahun selepas tentera Kanada dan sekutu-sekutu mereka membebaskan Eropah Barat pada bulan-bulan terakhir Perang Dunia Kedua, Royal Canadian Mint mendedikasikan Dolar Perak Pruf tahunannya untuk memperingati mereka. Syiling boleh kumpul yang istimewa ini menampilkan karya seni oleh pereka duit syiling berbakat Pandora Young, yang menggambarkan dengan jelas curahan perasaan orang awam yang bersorak-sorak untuk askar-askar yang menang. Sebagai penghormatan kepada setiap pasukan tentera, rupa bentuk jelas seorang kelasi, askar dan askar udara menonjol dengan kemasan seakan-akan cermin di hadapan khalayak yang menunjukkan tanda syukur. "V" yang amat besar untuk kemenangan di tengah-tengah duit syiling ini dan dua tarikh 1945-2020 menyempurnakan reka bentuk ini. Ilustrasi yang sama muncul pada Set Pruf Perak Halus 2020, yang menampilkan saduran emas selektif pada "V" dan bahagian tepi Dolar Perak Pruf. Duit syiling istimewa tersebut mengiringi versi perak tulen 99.99% bagi duit syiling edaran 2020 Kanada. Tanda kenangan yang tidak dapat dilupakan ini serta banyak lagi yang lain ditawarkan dalam pelancaran produk yang pertama bagi tahun 2020, disediakan mulai hari ini.

The Royal Canadian Mint's Proof Silver Dollar celebrating the 75th anniversary of V-E Day
The Royal Canadian Mint's Proof Silver Dollar celebrating the 75th anniversary of V-E Day

Rupa bentuk askar udara daripada Dolar Perak Pruf 2020 berubah menjadi ukiran indah yang terperinci pada Syiling Emas 14-Karat $100 2020 – Ulang Tahun ke-75 Hari V-E. Reka bentuk belakang oleh artis Guelph, Ontario Laurie McGaw merupakan tabik hormat Hari V-E kepada Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF). Di sebalik latar belakang "V" untuk Kemenangan (Victory), komander udara diapit oleh seorang juruterbang di sebelah kanan beliau dan seorang ahli yang melambai daripada Divisyen RCAF Wanita di sebelah kiri beliau. Juruterbang ini menunjukkan tanda kemenangan manakala komander mengangkat tangan beliau bagi memberi tabik hormat apabila pesawat tempur Spitfire terbang di atas.

Mint ini menonjolkan satu lagi lembaran dalam sejarah Kanada pada Syiling Emas Tulen $200 2020 – Early Canadian History: New France, direka oleh artis Alan Daniel.  Ia menggambarkan perintis Perancis Baharu Louis Hébert dan keluarga beliau membersihkan tanah bagi menanam tanaman untuk Habitation Samuel de Champlain, penempatan 1608 yang menjadi Quebec City. Daniel telah memperoleh lokasi tanah Hébert daripada lukisan Champlain sendiri untuk penempatan beliau, dengan kubunya boleh dilihat pada latar belakang reka bentuk duit syiling ini.

Produk-produk lain yang dilancarkan bulan ini, termasuk beberapa kegemaran abadi termasuk:

  • Set Tidak Diedar Kanada Klasik 2020;
  • Set Hadiah 2020, meraikan tema-tema "Born in 2020", "Married in 2020", "Happy Birthday" dan "O Canada"
  • Syiling Perak Halus $20 2020 – Best Wishes on your Wedding Day, menampilkan reka bentuk berbentuk hati oleh artis Sylvie Daigneault disadur secara selektif dengan emas merah jambu.
  • Syiling Perak Halus $10 2020 – Welcome to the World
  • Syiling Perak Halus $3Celebration of Love, menampilkan sejambak bunga berwarna warni yang dipertingkat dengan kristal, direka oleh Anna Bucciarelli;
  • Syiling Emas Tulen $200 2020 – Canadian Coastal Symbols: The Atlantic, direka oleh Cathy Bursey-Sabourin dan direka bentuk dengan emas tulen 99.999%;
  • Syiling Perak Halus $50 2020 – Real Shapes: The Bluenose, syiling berbentuk skuner bagi meraikan reka bentuk abadi Emanuel Hahn untuk syiling edaran 10-sen Kanada;
  • Syiling Emas Tulen $8 2020 1/25 auns – Lucky Flower Dragon, direka oleh artis Jai Paek; 
  • Syiling Perak Halus $125 2020 – Lucky Dragon, syiling bersadur emas secara selektif, setengah kilo yang direka oleh Simon Ng; dan  
  • Syiling Perak Halus $5 2020 – Birthstones: February yang dipertingkat dengan kristal, menampilkan karya seni Pandora Young

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej duit syiling boleh dilihat di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Duit syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian wakil jualan dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1062921/2020_Fine_Silver_Proof_Dollar___75th_Anniversary_of_V_E_Day_Rev.jpg

Source: Royal Canadian Mint
Related Links:
Keywords: Mining Mining/Metals Precious Metals Awards