omniture

56 Leonard Dengan Pujian Pengkritik Dinamakan Bangunan Penting Dekad Ini

Corcoran Sunshine Marketing Group
2020-01-09 23:43 138

NEW YORK, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- 56 Leonard, menara 60 tingkat yang mendapat pujian pengkritik, diilhamkan oleh arkitek-arkitek yang memenangi Pritzker Prize dan terkenal di dunia Herzog & de Meuron dan Alexico Group, telah diiktiraf kerana menakrifkan semula latar langit New York. Menara TriBeCa yang ikonik dinamakan sebagai salah satu daripada 10 bangunan yang paling penting di Bandar Raya New York pada dekad lalu oleh Curbed New York, sebuah penerbitaan untuk hartanah Amerika dan reka bentuk bandar.

Photo Credit: Alexander Severin
Photo Credit: Alexander Severin

Penghargaan ini mengukuhkan lagi kedudukan 56 Leonard sebagai salah satu mercu tanda global yang paling imaginatif dan penting dari segi seni bina untuk menghiasi pemandangan kaki langit Manhattan. Struktur 60 tingkat melata di sudut Church dan Leonard Street menonjolkan pemandangan mengagumkan landskap kota, sungai, jambatan dan selanjutnya.

Menerusi kolaborasi yang belum pernah terjadi sebelum ini antara artis dan arkitek, menara yang ikonik ini lancar disepadukan dengan arca berbentuk seakan-akan belon enigmatik dengan keluli tahan karat 40-tan, 48-kaki-panjang, 19-kaki-tinggi ditempah khas yang menampung bangunan tersebut dan dihempap olehnya pada dasarnya, oleh artis yang terkenal di peringkat antarabangsa dan memenangi Turner Prize Anish Kapoor. Arca cermin yang besar ini merupakan karya seni awam tetap yang pertama oleh Kapoor di Bandar Raya New York.

56 Leonard, yang mana baru-baru ini menjadi latar untuk majalah Vogue edisi Januari 2020 yang menampilkan Cardi B, menawarkan sebuah emper akhir untuk dijual. Dengan ketinggian lebih 700 kaki di langit, Penthouse 57 – kondominium berkeluasan 5,252-kaki-persegi, 4-bilik tidur, 4.5-bilik mandi dengan ruang keluarga luar berkeluasan 1,763 kaki persegi terbentang merentas tiga teres dan balkoni – disenaraikan pada nilai $24.5 juta. Corcoran Sunshine Marketing Group ialah ejen pemasaran dan jualan eksklusif untuk bangunan ini.

Untuk maklumat lanjut atau bagi menetapkan temujanji, sila hubungi 212.965.1500, atau kunjungi laman sesawang mereka di www.56leonardtribeca.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1063534/56Leonard_5B.jpg

Source: Corcoran Sunshine Marketing Group
Keywords: Advertising Art Construction/Building Entertainment Real Estate Awards