omniture

STL Labur dalam Penginovasi Akses Radio Maya 5G ASOCS

Sterlite Technologies Ltd
2020-01-13 10:59 113

Mengukuhkan portfolio tanpa wayarnya untuk membawakan penyelesaian 5G standard terbuka hujung-ke-hujung 

Santa Clara, California dan Rosh-Ha'ayin, Israel, 13 Januari 2020 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STRTECH), penginovasi rangkaian data bertaraf global, hari ini mengumumkan pelaburan dalam ASOCS, pembangun bagi penyelesaian Rangkaian Akses Radio (vRAN) maya, disruptif dan terbuka, membawakan 4G dan 5G untuk rangkaian selular. Sebagai sebahagian daripada urus niaga keseluruhan, STL memperoleh 12.8% kepentingan dalam syarikat (secara terbitan atau belum lunas) dan perwakilan Lembaga. 

ASOCS ialah perintis bagi Rangkaian Akses Radio maya (vRAN) dan penyedia penyelesaian Stesen Asas maya sepenuhnya untuk Perusahaan dan Rangkaian Syarikat Telekomunikasi. STL dan ASOCS akan bekerjasama bagi mencipta penyelesaian termaju yang akan menumpukan perhatian kepada pelancaran rangkaian 5G. Masa depan RAN berkembang ke arah perkakasan IT tersedia komersial dan radio patuh Standard Terbuka yang akan membolehkan pembawa dan pelanggan mereka menikmati tahap prestasi dan keandalan yang baharu bagi menyampaikan tugas misi kritikal dan rangkaian peribadi setempat. Ia juga akan membolehkan mereka untuk mendapatkan faedah-faedah daripada teknologi canggih yang melibatkan AI dan analitik daripada semua keadaan penggunaan mudah alih.

"Seni bina RAN terbuka dan pemayaan merupakan kunci untuk membina rangkaian bertumpu perisian demi memenuhi kehendak rangkaian masa depan yang berkembang pesat. Penyelesaian bersama antara STL dan ASOCS akan memperkasa Pengendali Rangkaian Mudah Alih untuk membina rangkaian yang terbaik dalam kelas dan membolehkan mereka untuk membina rangkaian mudah alih neutral-vendor dan berautonomi menggunakan radio 5G, SDN, NFV dan teknologi AI. Kami amat teruja untuk melabur dalam ASOCS dan percaya bahawa perkongsian ini akan membolehkan STL dan ASOCS membawakan keupayaan hujung-ke-hujung untuk rangkaian tertumpu (iaitu tanpa wayar mahupun talian dawai) ke pasaran. Kami akan bersama-sama menawarkan penyelesaian susunan penuh kepada pelanggan Perusahaan dan Syarikat Telekomunikasi, termasuk perkhidmatan dan keupayaan penyepaduan sistem STL," kata Dr. Anand Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STL.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan STL. Tumpuan kukuh mereka terhadap teknologi dan hubungan pelanggan yang mantap akan mempunyai masa depan yang cerah bagi membawakan penyelesaian yang fleksibel dan inovatif kepada pelanggan. Kami akan menggunakan pendanaan baharu ini untuk mempercepatkan dan mengembangkan portfolio 5G vRAN kami. Ini merupakan saat yang tepat untuk pengendali mudah alih dan pelanggan perusahaan mereka memperoleh cara yang mudah dan pantas bagi memanfaatkan dan mendapat lebih banyak daripada perkakasan sedia ada mereka, sambil menikmati rangkaian 4G dan 5G yang hebat termasuk keupayaan penghirisan rangkaian, pandangan komprehensif tentang penggunaan rangkaian dan tahap kawalan serta kefleksibelan baharu, kesemuanya dalam satu susunan perisian. Tatkala kami menggabungkan penyelesaian ASOCS dan STL, kami percaya bahawa usaha ini akan menjadi titik perubahan yang sebenar buat industri kami," kata Gilad Garon, Ketua Pegawai Eksekutif ASOCS.

Menerusi perkongsian antara STL - peneraju global bagi reka bentuk dan penggunaan rangkaian Optik dan ASOCS - penyelesaian pemayaan generasi baharu untuk radio, STL dapat membangunkan dan menawarkan penyelesaian rangkaian data tertumpu generasi seterusnya yang terbaik dalam kelas untuk pelanggan Perusahaan dan Syarikat Telekomunikasinya di seluruh dunia.

Latar Belakang STL - Sterlite Technologies Ltd

STL ialah peneraju global bagi penyelesaian rangkaian data hujung-ke-hujung.

Kami mereka bentuk dan menggunakan rangkaian gentian dan tanpa wayar tertumpu berkapasiti tinggi. Dengan kepakaran bermula daripada gentian optik dan kabel, reka bentuk rangkaian berskala hiper serta penggunaan dan perisian rangkaian, kami merupakan penyedia penyelesaian bersepadu yang utama dalam industri untuk rangkaian data global. Kami bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi global, syarikat awan, rangkaian rakyat dan perusahaan besar untuk mereka bentuk, membina dan mengurus rangkaian tentuan perisian yang begitu natif-awan.

STL menjadikan inovasi sebagai asasnya. Dengan tumpuan yang tinggi terhadap pembangunan penyelesaian rangkaian hujung-ke-hujung, kami menjalankan penyelidikan asas dalam aplikasi rangkaian generasi seterusnya di Pusat Kecemerlangan kami. STL mempunyai kehadiran global yang kukuh dengan kemudahan pengilangan prabentuk optik, gentian dan kabel generasi seterusnya di India, Itali, China dan Brazil serta dua pusat pembangunan perisian.

STL.tech  |Twitter | LinkedIn | YouTube

Komunikasi Korporat
Vinay Rawat 
Telefon: +91-8669981631
Ketua – Perhubungan Media
Emel: vinay.rawat@stl.tech

Perhubungan Pelabur
Pankaj Dhawan 
Telefon: +91-8130788887
Ketua – Perhubungan Pelabur 
Emel: pankaj.dhawan@sterlite.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg

Source: Sterlite Technologies Ltd
Related Stocks:
Bloomberg:SOTL@IN Bombay:532374 Bombay:STRTECH.BO India:EQSTRTECH India:STRTECH RICS:STTE.NS
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts