omniture

HONOR Menang Besar di CES 2020 dengan Momentum Semakin Bertambah untuk Peranti Boleh Dipakai

HONOR
2020-01-15 03:01 445

HONOR Dinobat Jenama Telefon Pintar Global 15 Terbaik Tahunan oleh IDG 

LAS VEGAS, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan senarai anugerah yang dimenangi di CES 2020 oleh media dan organisasi antarabangsa, bukti terhadap produk-produknya yang terbaik dalam kategorinya, prestasi perniagaan yang kukuh, teknologi yang canggih dan pengiktirafan jenama antarabangsa.

HONOR MagicWatch 2 is awarded “Best of CES” 2020 by global media
HONOR MagicWatch 2 is awarded “Best of CES” 2020 by global media

HONOR MagicWatch 2, pembantu pintar dan kesihatan generasi kedua jenama tersebut dengan 14-hari hayat bateri, telah dianugerahkan sebagai yang Terbaik CES 2020 oleh outlet media terbaik antarabangsa Android Headlines, PocketNow dan Ubergizmo. HONOR Band 5 Sport, pengesan kesihatan semua-dalam-satu, turut dianugerahkan Spotlight Award CES 2020 oleh Android Authority sebagai salah satu pilihan utama di CES tahun ini.

HONOR juga dinobatkan sebagai Jenama Telefon Pintar Global 15 Terbaik Tahunan dan Jenama Rintis Inovasi Telefon Pintar 5G Global oleh IDG, hasil daripada inovasi rintisnya dalam arena 5G.

HONOR Crowned Top 15 Global Smart Phone Brand of the Year and Global 5G Smart Phone Innovation Breakthrough Brand by IDG
HONOR Crowned Top 15 Global Smart Phone Brand of the Year and Global 5G Smart Phone Innovation Breakthrough Brand by IDG

 

HONOR Crowned Top 15 Global Smart Phone Brand of the Year and Global 5G Smart Phone Innovation Breakthrough Brand by IDG
HONOR Crowned Top 15 Global Smart Phone Brand of the Year and Global 5G Smart Phone Innovation Breakthrough Brand by IDG

Pada tahun 2019, HONOR telah menyaksikan pertumbuhan penting dalam pasaran-pasaran luar negaranya, mencapai peningkatan 21% berbanding tahun sebelumnya bagi penghantaran telefon pintar dalam tiga suku pertama sahaja, menurut IDC[1]. Disokong oleh strategi IoT 1+8+N yang membuahkan hasil dan berwawasan, HONOR mencatatkan peningkatan 1333% berbanding tahun sebelumnya yang luar biasa besar bagi penghantaran peranti boleh dipakai sepanjang tempoh yang sama[2]. Jenama ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju merentas pasaran-pasaran utama. Di Rusia, HONOR telah mencapai 25% bahagian pasaran[3]

"Kami berbesar hati dianugerahkan sebagai salah satu daripada jenama utama dalam industri oleh IDG. Pengiktirafan ini menonjolkan kejayaan strategi 1+8+N kami, yang bertujuan untuk membina sebuah ekosistem produk-produk pintar yang bersepadu, membuka laluan untuk masyarakat yang benar-benar terhubung. HONOR akan terus menjadi daya penggerak inovasi dalam industri dan memainkan peranan penting bagi mempercepatkan 5G dan pembangunan kehidupan pintar," kata George Zhao, Presiden HONOR.

Memandang ke depan menuju tahun 2020 dan seterusnya, HONOR berdedikasi untuk mencipta lebih banyak teknologi rintis yang memenangi anugerah, bermula dengan komputer peribadi (PC), peranti boleh dipakai, audio pintar dan skrin pintar. Nantikan lebih banyak kejutan daripada HONOR.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah jenama teknologi yang terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengguna natif digital melalui produk yang dioptimumkan internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan melaksanakan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi terkini kepada pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

[1] Laporan IDC, Suku Pertama - Suku Ketiga 2019  

[2] Laporan IDC, Suku Pertama - Suku Ketiga 2019, berdasarkan pertumbuhan yang disumbangkan oleh jam tangan dan produk gelang HONOR

[3] Laporan IDC, November 2019

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2690062-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2690062-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2690062-1-c?lang=0

 

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news